Quantcast
Channel: The Minimalist Traveler
Viewing all 451 articles
Browse latest View live

Jangan Disebut pada Pasangan Tiada Anak

$
0
0

Perkara Yang tak Patut Disebut pada Pasangan Tiada Anak

 
http://40.media.tumblr.com/tumblr_m469ozNkaa1r6xhz5o1_500.jpg
 
10:45 p.m
apartment
..
 
assalamualaikum and hello lads!
 
kalau diikutkan, orang Malaysia ni memang peramah kan. sebab apa peramah? sebab suka berbasa-basi. tapi kadang-kadang sampai soalan yang ditanya tu menusuk ke dasar hati kita. tak kisahlah kita ni single ke dah kahwin ke duda ke bujang terlajak ke, pasti ada sahaja yang akan mengajukan soalan-soalan lagak kita ni seperti manusia tidak berperasaan. 
 
tapi kali ini aku cuma akan tunjuk sahaja perkara yang tak patut disebut di hadapan pasangan yang belum/tidak mempunyai anak.  ini berdasarkan artikel yang aku baca.

1. "Korang dah mencuba lagi ke belum?"


http://gifrific.com/wp-content/uploads/2013/08/Dwight-Schrute-Shakes-Head-and-Rolls-Eyes.gif 
 

2. "Seronoknya korang dapat tidur berdua/dapat habiskan masa berdua je/dapat bazirkan duit dekat benda yang korang nak"

 
reaction animated GIF 
 

3. "Nanti korang tahulah bila korang ada anak"

 
smh animated GIF 
 

4. "Yeah, enjoy lah korang punya marriage puas-puas, nanti bila dah anak, semuanya akan berubah"

 
win animated GIF 
 

5. "Kau rasa kau penat sekarang? Tunggu bila korang dah ada anak nanti"

 
zooey deschanel animated GIF 
 

6. "Untunglah korang masih berdua je."

 
awkward animated GIF 
 

7. "Korang takkan tahu nikmat cinta tu selagi korang tak dapat anak-anak"

 
sad animated GIF 
 

8.  "So, bila lah baru aku dapat tengok muka anak-anak korang ni?"


hair animated GIF
 

9. "Jangan sampai menyesal bila korang dah tua nanti."

 
http://media.tumblr.com/tumblr_lvlzc9QStE1qcvyp7.gif 
 

10. "Kawan-kawan kau ada anak masing-masing,  masa tu tak ada sesiapa dapat duduk lepak dengan kau."


http://cdn2.gurl.com/wp-content/uploads/2013/10/annoyed-gif1.gif 
 
mungkin ada reason kenapa mereka tidak mempunyai anak. mungkin sebab pernah keguguran, mungkin sebab masalah kesihatan, mungkin sememangnya tanggungjawab mereka sanga besar dalam karier masing-masing sampai takut tak terjaga anak-anak nanti. Takkanlah mereka kena explain dekat kita kan. 
 
 - credit to TheStir
 
post signature

Berjalan-Jalan di Kelantan

$
0
0

Kenduri Kahwin di Kelantan

11:46 p.m
apartment
layan EFG
 
http://knovelblogs.com/wp-content/uploads/2012/02/Road-Trip-by-Nicholas-T.jpg
 
assalamualaikum and hello lads!
 
in shaa ALLAH harini aku akan bertolak ke Kelantan. ada kenduri kakak kepada kawan aku, Dayah. jauh nak ke Kelantan. kami berempat perempuan pula tu. mahu tak risau ummi ayah aku. harap-harap elok sahaja perjalanan esok. in shaa ALLAH..
 
pendek sahaja entri ini. doakan perjalanan kami ye. :)
 
adios~ 
 
in shaa ALLAH aku janji akan blogwalking lepas semester akhir di Uniten ni tamat. ^^
 
 
 
 
post signature

Lee Min Ho Jalani Penggambaran 'Bounty Hunters' di Malaysia

$
0
0

 Filem Bounty Hunters oleh Lee Min Ho di Malaysia

 
Lee Minho Gangnam Blues leading role  #BountyHunters: Korean Superstar Lee Min Ho To Film New Movie In Malaysia Lee Minho Gangnam Blues leading role
 
9:40 a.m
apartment
.. 

assalamualaikum and hello lads!

ha, bagi peminat Korea di Malaysia ni, sudah semestinya korang tahu siapa Lee Min Ho kan? tapi korang tahu tak Lee Min Ho bakal menjalani penggambarannya di Malaysia dengan filem yang bertajuk 'Bounty Hunters' (gambar atas sekadar hiasan)
 
credit to www.kdramastars.com

pertama kalinya Lee Min Ho datang ke Malaysia untuk global tour nya sebagai penyanyi pada tahun 2013. Tahun lepas pula, Lee Min Ho mengadakan fan meetings sebagai duta OSIM uDiva dan juga Innisfree. Lee Min Ho sekali lagi bertemu dengan peminatnya di majlis grand launch 11street. 

tahun ini, Lee Min Ho bakal datang ke Malaysia sebagai pelakon pula. Menurut Malaysian Digest, filem ini adalah terbitan dari tiga produksi iaitu Korea, Hong Kong dan China. 

filem arahan Shin Tae Ra (selain itu, antara filem di bawah arahannya adalah "My Girlfriend is An Agent" dan juga "Runaway Cop") ini memakan sebanyak USD41.5 juta. banyak oi. lagi-lagi melibatkan banyak negara. 

dalam filem Bounty Hunters ini, Lee Min Ho akan berlakon sebagai Yi-San, lelaki yang mahir dalam seni mempertahankan diri. Beliau juga akan berganding bersama Tiffany Tang, seorang pelakon wanita Cina. Tiffany pula akan membawa watak wanita penggoda bernama Wonder Woman Cat.

ha, tak sabar nak tengok filem Lee Min Ho? nantikannya tak lama lagi pada tahun 2016 okay. bookmark siap-siap. jangan lupa!

adios~

http://i.hizliresim.com/l7RNOk.jpg
credit to forums.soompi.com
 
 
 
 
post signature

GIVE AWAY by BUDAK KACAMATA : JANGAN BACA NOVEL NI

Perhentian Bas yang Menarik Perhatian Ramai

$
0
0

Perhentian Bas yang Menarik Perhatian Ramai

 

assalamualaikum and hello lads!

ini dah lama ada dalam simpanan Tumblr aku. dan harini aku akan share dengan korang. cool kan. hahahahhhaa. kalau bus stop dekat Malaysia buat macam ni, awal sebulan dua orang akan rasa teruja lah. sampai tertipu. lepas tu vandalisme. hmm. -.-
 
 
 
 
 
 
 
 
 
post signature

Sehari di Melaka .:Kota A Famosa:.

$
0
0

Berjalan-jalan di A Famosa Melaka

2:55 p.m
rumah makcik
buat thesis

assalamualaikum and hello lads!





aduhai. stress buat thesis ni hahaha. sem lepas duduk tengok kawan-kawan buat thesis diorang. sem ni aku pula memecahkan kepala dengan buat thesis projek aku. bukan pening nak pun kalau diikutkan. tapi tak tahu nak buat ayat apa. takut tak menepati apa yang Uniten perlukan. apa aku merepek ni.

so, memandangkan final exam aku akhirnya sudah habis! kami berempat (aku, Mek, Ana dengan Hidayah) memutuskan untuk berjimba di Melaka. mulanya plan nak buat banyak hari tapi aku dengan Ana ada thesis yang perlu disiapkan, so satu hari je kami punya cerita travel ini.

bergerak pada pukul 10pagi, dengan keadaan yang berjerebu, akhirnya kami sampai di kota A Famosa pada pukul 11 pagi. sampai je kena beli kupon tau. aku rasa tak semua tempat ada. so, korang pergilah beli dulu kupon letak kereta. lepas dah beli, barulah bergerak masuk ke dalam kawasan A Famosa.

credit to missnurulrahimah.blogspot.com
parking dia agak susahlah nak cari. alang-alang kalau malas nak cari kat luar, masuk je parking dalam mall. ada banyak mall dekat area A Famosa tu. situ pun ada kawasan sekolah. agaknya sebab tu banyak kereta.

ada tempat yang menarik perhatian aku. tapi kawan-kawan aku kata takut tak berbaloi, so tak apalah. aku pendam je dulu hahahaha.






jenuh juga rupanya nak naik A Famosa ni. dah lama tak jogging. so stamina berkurangan sedikit. ada juga budak-budak sekolah datang melawat even keadaan jerebu macam ni. nak masuk ke A Famosa free sahaja. tertarik tengok beca. tapi segan. sebab colorful sangat becanya. tak ada kaitan 









lepas dah bergambar puas-puas dekat atas tu, kami singgah ke muzium pula. hahaha. kami ni geng sejarah. so, alang-alang dah sampai sana, kami belilah tiket nak masuk muzium. dari apa aku tengok dekat bahagian kaunter muzium tu, ada 6 jenis muzium yang berbeza. tiket nya cuma bayar sedikit sahaja. dan boleh terus masuk semua muzium.



kemain member aku ni bersembang hahahaah




sakan kawan aku, Ana bersembang dengan pakcik tu sampai pakcik tu kasi murah tiketnya. muahhahahaa. muzium yang pertam kami masuk memang dah ada depan mata.

Muzim Seri Melaka


sebenarnya ini dah terbalik. patutnya masuk dulu Muzium yang menceritakan pasal Tanah Melayu, tapi kami dah terus masuk ke zaman sekarang punya era. so, tak apalah. alang-alang dah masuk, layankan sahaja.

tak ramai pun orang. hari Isninlah katakan.




Muzium Sastera Melaka


kemudian kami bergerak pula ke Muzium Kesusasteraan. dekat sini menarik juga. kita dapat tengok buku first edition sasterawan negara. ada A Samad Said. ada Mushi Abdullah. dan lain-lain.






aku rasa sepanjang bergerak ke muzium tu, kami je yang paling bising. hahahahhaaha. eh, ke muzium boleh bising eh? sakan bercerita pasal sejarah. pasal sastera semua.

kemudian bergerak pula ke Galeri Laksamana Cheng Ho.




tahu tak ini duit zaman dulu





Muzium Sejarah dan Etnografi

 
ni pun menarik juga. tengok zaman dulu punya adat perkahwinan. lepas tu ada baba nyonya punya. ada untuk mertua lah. ada rumah zaman dulu. memang unik. seronok juga kalau dapat belajar kan. 
 
meh sambut tangan aku. main hoon na

cuba tengok betul-betul apa yang unik dengan hantaran ni

 
seterusnya muzium pendidikan. agak scary patung-patung dia. takut nak tunjuk. hahaha. okay, nanti aku sambung lagi cerita kami di Melaka.
 
adios~
 
 
post signature

Sehari di Melaka | Padang Pasir Pantai Klebang

$
0
0

 Padang Pasir Pantai Klebang

7:30 p.m
rumah makcik
letih

cuti cuti di melaka

assalamualaikum and hello lads!

akhirnya, harini pergi print juga thesis aku. Isnin dah kena hantar. macam apa je thesis. tak tahulah nak rasa menangis ke gembira ke sebab dah habis segala-galanya. kita berserah je lah. 

okay, berbalik pada kisah di Melaka haritu. aku, Mek, Ana dan Hidayah ada buat plan untuk berjalan-jalan di Melaka selama sehari. memandangkan aku dengan Ana ada thesis yang perlu disiapkan. selepas bergerak dari Muzium. kami menuju ke Pantai Klebang pula. 

apapun, solat mesti diutamakan dahulu. uniklah masjid dekat Melaka ni. bentuk bumbung dia sangat menarik. sampai kadang-kadang aku confuse. ini masjid ke? heh. 
 
masjid pantai klebangmasjid pantai klebang
 
rajin sungguh anak-anak dara ni kemas masjid. ada sesiapa berkenan?

sebenarnya tak susah pun nak ke Padang Pasir Pantai Klebang ni. cuma iyelah. bila kita tak arif dengan kawasan situ, memang ke sana ke sinilah oi berjalannya. cara dia senang je nak ke Padang Pasir Pantai Klebang tu. kita cuma dari Pantai Klebang, jalan je straight lagi ikut laluan tepi pantai tu naik kereta, sampai jumpa T junction. then, ambil simpang kiri sebab kanan memang tak boleh pergi, then U-turn. lepas tu straighttttttttt je. 

masa jalan straight ni, kita akan melepasi satu kawasan yang berpasir tidak rata. jangan risau, tengok je macam ke dunia mana dah kita pergi. but that's the only way untuk kita pemandu kereta bukan 4-wheel untuk lalu di situ. 

kebetulan ada adik-adik yang melepak naik motor di situ, so senanglah kami nak sampai ke sana. itupun ambil masa juga. bila dah sampai, parking la kereta sejauh mungkin. (tak adalah jauh pun). sebab makin lama laluan pasir makin dalam. haritu pun sampai kena tolak-tolak kereta. kereta orang lainlah, bukan kereta kami. 

adalah bila dah sampai, dalam 5 minit berjalan kaki, akhirnya sampai! 

memang uniklah tempatnya. terasa macam dekat negara lain. cuma bila dengan keadaan jerebu, pantai Klebang pun kami tak nampak. sedih. sobs. 

cuma yang syoknya tak ada matahari. so, tak adalah panas bahang terasa. aku dengar kalau time ada matahari punya sinaran ni, confirm tu panas sangat. nama pun padang pasir. bawa je lah payung kalau nak bergaya sambil melindungi kulit. hahahaha. 


pemandangan dari hadapan. nampak tak bukit bukit pasir dekat belakang kami?

pemandangan dari atas pula

macam kapal terbiar.

kebetulan haritu semua geng kereta putih datang bergambar dekat sini. lol



tengoklah tu. rasa lain sangat bila datang sini. macam Safari pun ada. dengan sunyi dia. dengan tak dengar langsung bunyi ombak laut. 
 




bajet-bajet Shah Rukh Khan. hahahahaha. tak jadi -.-



 
patutnya lepas berjalan di Pantai Klebang, kami nak try la Coconut Shake. tapi dia kata kelapa tak ada pula. sedihnya. tak ada rezeki. yang ada cuma Blackpepper Meatball. air pun tak banyak pilihan. aku cuma order air biasa sahaja. air Limau Ais. 
 
harga Blackpepper Meatball ada dalam RM12.50. tapi banyaklah juga meatball dia kasi. so, berbaloi lah. 
 
makan 4 orang macam orang kebulur


 
next, makan! 
 
adios~
 
p/s: terasa macam cakap sangat skema dekat dalam ni. almaklumlah, dekat berapa hari siapkan thesis pakai ayat baku. aduh -.-
 
post signature

GIVEAWAY OCTOBER BY IMPIANA CIK YANIE

$
0
0

 GIVEAWAY OCTOBER BY IMPIANA CIK YANIE

 
 http://impianacikyaanie.blogspot.my/2015/10/giveaway-october-by-impiana-cik-yanie-1.html

Objektif Giveaway :
1. Menambah rakan baru.
2. Meluangkan masa lawat blog-2 awak semua
3. Mengeratkan silaturrahim sesama blogger.
Syarat-syarat *Mudah dan Simple*
1. Warganegara Malaysia dan ada Blog *WAJIB*
2. Follow BLOG INI dan BLOG INI.  WAJIB!
3. Follow instagram [INI] dan [INI] *tak wajib sangat*
4. Follow G+ [SINI] *tak wajib*
5. WAJIB buat entri bertajuk"GIVEAWAY OCTOBER BY IMPIANA CIK YANIE"dan tempek banner tu dekat entry awak and backlink ke sini. *WAJIB*
6. LETAK LINK ENTRY AWAK DEKAT KOTAK KOMEN beserta :
1. LINK ENTRY :
2. NAMA:
3. EMAIL :
4. INSTAGRAM *kalau ada* :




post signature

Cabaran 7Hari | Selfie Paling Comel

$
0
0

 Cabaran 7Hari | Selfie Paling Comel

10:35 a.m
rumah makcik
layan Hindustan


assalamualaikum  and hello lads!


alhamdulillah. semalam berjaya blogwalking dan komen sebanyak 7 rumah. harini nak sambung semula. kalau tak boleh lebih, tapi  layan Hindustan punya pasal. segala benda terpaksa hold dulu. heeeee~

okay, memandangkan sudah berhutang dengan kak Irra presiden EFG kita, aku nak mulakan cabaran pada hari ini. sorry kak Irra!

ha, dalam banyak-banyak selfie, inilah selfie paling comel sekali aku rasa

Nobody wants me...

Eh itu akulah. Omg, I'm gorgeous

Behold, the power of the selfie.
 
alkisahnya budak ni tengah menangis sebab mahukan perhatian orang lain. masa duduk menangis tu, dia tak sedar gambar dia tengah diambil dekat komputer. nampak aje, terus dia berselfie sendiri. hahahahahahaha.
 
 
 
post signature

Makan Seafood di Haji Musa Medan Ikan Bakar Segar Melaka

$
0
0

Makan Seafood di Haji Musa Medan Ikan Bakar Segar

Muara Sungai Duyung

8:59 p.m
rumah makcik
habis dah weyh thesis

assalamualaikum and hello lads!

ha, ini sambungan kepada sehari di Melaka haritu. 

of course lah selepas kepenatan berjalan dan bergambar, kita jadi lapar kan. dengan makan meatball je petangnya. kami terus bergerak ke satu tempat ni. namanya Crystal Bay. aku ingatkan ada satu je restoran makan dekat situ. rupanya banyak sangat kedai weyh. pilih je mana korang berkenan.



kawan aku, Ana kata ada satu restoran ni memang sedap makanan dia. Haji Musa Medan Ikan Bakar Segar and isi seafood dia pun gemuk-gemuk. and maybe kebetulan kami datang masa bulan penuh. orang kata kalau nak isi seafood ni penuh, kena beli/tangkap waktu bulan penuh. iya atau tak, aku tak pasti. sila bagi pencerahan.

and oh, kawan aku kata lagi, ikan-ikan dia memang segar. cara nak tahu tengok ikan segar atau tak, tengok insang dia. kalau masih merah, maknanya masih segar. mata ikan boleh menipu. tapi insang dia tak. hahahaha.


senarai harga.
Ana dengan Mek yang pergi cari makanan untuk kami santap malam tu. mula-mula order nasi dulu. nasi cepat aje sampai. sambal pun dia kasi terus. memang cepat. tapi sejuk sikitlah jadinya sebab nak tunggu semua makanan sampai. hahaha. air pula kami pilih jug. air sirap limau dan air sejuk.

 
air sirap limau dan air sejuk

say vavavoom
mentang-mentang lapar, bukan main members aku ni pilih seafood. hahahahahahahah. and masa dah pilih tu, terus je decide nak masak apa. ada diorang order masak celup tepung, ada buat masam manis, ada butter prawn, macam-macam lagilah.

kerang bakar

butter prawn

ketam masak apa aku tak ingat

sotong celup tepung

ikan sebelah masak masam manis. sebelah lagi buat bakar.

sorry. handphone aku, kalau malam, dia tak cantik gambarnya.

and tunggu punya tunggu, alhamdulillah sampai juga makanan kami. mungkin sebab masa tu tak ramai lagi datang. so, cepatlah kot siap. masa kitorang tengah makan, barulah ramai berkerumun dekat kedai tu. ramai sangat. kebanyakkannya keluarga.

ketam ambil dalam 5 ekor. lain-lain memang banyaklah. semua sekali dalam kos RM145. hahahahahahaha. tengok kami berempat makan bukan main. memang habis semuanya. duk meratah segala benda. memang berbaloi. alhamdulillah.

okay itu sahaja. lepas tu kami bertolak pulang ke UNITEN semula dengan perut yang penuh. :)

kalau nak cari tempat ni, search aje Medan Ikan Bakar Crystal Bay. Haji Musa pun sodap. kalau nak try lain pun boleh. ada banyak restoran dekat situ.

Medan Ikan Bakar
Muara Sg Duyung
Jalan Padang Temu
75050 Melaka
Malaysia




adios~

post signature

Officially Graduated?

$
0
0

Officially Graduated

8:00 p.m
rumah makcik
blogwalking dan blogwalking

assalamualaikum and hello lads!
 


alhamdulillah. semalam akhirnya thesis telah selamat di submit ke College of Engineering UNITEN. setelah puas berpenat lelah tak tidur sampai pukul 3 pagi selama seminggu berturut-turut, akhirnya siap juga. 

aku tak tahulah apa jadi dengan semester aku kalini. semuanya kena tengok result nanti. hmm. harap-harapnya semua luluslah. aku penat dah nak hadap buku. buku seronok nak baca tapi bila kita dipaksa untuk baca sebab ada exam, rasa tak ikhlas nak baca. rasa macam bukan belajar untuk dapat ilmu dah. faham tak apa aku cakap? macam nilah bahasa aku bila sambil menaip sambil dengar lagu Hindustan. hahahaha. 

semalam sempat bergosip dengan budak-budak lelaki kelas aku dulu. actually, aku tak rapat dengan diorang. maybe sebab diorang rasa aku garang. or sebab lain? aku tak tahu. tapi semalam banyak cerita keluar. lecturer kahwin dengan student la. member semua dah kahwin, kau pula bila lah. lepas grad ni, kau nak kerja mana pula. bla bla bla... 

lelaki lagi hebat bergosip dari perempuan tau. hahahaha. 

doakan semoga semester ini semester terakhir aku di UNITEN ye. in shaa ALLAH. nak cari kerja, nak bagi duit dekat family pula. susah tau study dekat UNITEN ni. syllabus dia yang buat aku culture shock, bukan benda lain.

adios~
 
 
 
 
 
post signature

PROMOSI PENGHABISAN STOK L’AROME SLIMMING SERUM !!

$
0
0



PROMOSI PENGHABISAN STOK L’AROME SLIMMING SERUM !!


Pasti semua dah kenal dengan L’arome Slimming Serum atau nama barunya L’arome Warm Serum.  Bukan sahaja untuk kurus dan pecah lemak. Sebenarnya  banyak kegunaanya.




APA YANG L’AROME BOLEH BANTU LAGI?

    LEMAK: pembakaran lemak berlaku sangat pantas

    SELULIT: perubahan ketara hanya dalam tempoh 1 minggu

    LANGSING: perubahan yang amat ketara dlm 3-7 hari

    STRETCH MARKS: hampir 100% hilang dlm masa 1 bulan

BAHAN UTAMA L’AROME ialah dari APPLE STEM CELLMenggunakan teknologi Apple Stem Cell terkini dari Switzerland dalam membantu membakar lemak berlebihan di sekitar perut, pinggul, peha dan lengan. Menghilangkan selulit, orange peels, strecth marks & parut.

BAHAGIAN MANA BOLEH DI SAPUKAN L’AROME?
* Boleh disapukan pada double chin.

* Menghaluskan tekstur kulit.

* Mengeluarkan angin-angin dalam badan.

CARA PENGGUNAAN L’AROME :
Untuk pertama kali, cuba dahulu 1pam dan sapukan di bahagian perut tengah sambil sapu. Gosok, urut, tenyeh, dan tepuk-tepuk pada bahagian berlemak atau bahagian yang perlu.

SAPUAN PALING EFEKTIF UNTUK L’AROME:-
- 2 x sehari
- pagi selepasmandi
- malam sebelum tidur

Jika ada masa lapang boleh sapu 3x-4x sehari (lagi cepat Nampak keputusannya sambal tepuk-tepu di bahagian yang telah di sapu). Kunci turun berat badan ialah bahagian (urutan dari ulu hati kebahagian perut)

TIP:
- Kalau boleh hindarkan dari minum kopi/teh (kecuali green tea) kerana gangguan metabolism badan.
- pakai girdle/korset (jika ada)
- Jika anda banyak lemak tepu,  amalkan diet protien (makan Ikan, ayam)
- Kurangkan karbohidrat (nasi, mee, roti, kuih muih dan minuman manis)
- elakkan makan telur, kacang soya, kentang, durian, minuman manis, sejuk, berais dan bergas
- perbanyakkan minum air masak.

TINDAK BALAS L’AROME

- kurang selera makan
- lawas buang air besar
- nyah toksid dan lemak
- mungkin aka nada merah2 atau gatal pada bahagian yg disapu. Jangan panik/takut...itu normal...serum sedang meresap dan merungkai lemak tepu.







Testimoni 1
 "Saya hilang 2.5inci 2 minggu. Selulit makin hilang!!"
 

Testimoni 2
"Lengan kecik, perut kempis"



HARGA LAROME:
1 botol RM170

All-in-1 bottle – harga treatment jika di SPA RM1.5K-RM3K, tetapi anda hanya perlu bayar lebih kurang 10% sahaja.

HARGA ISTIMEWA PENGHABISAN STOK RM106 SAHAJA !! TERMASUK KOS PENGHANTARAN (POS)


PM/SMS/CALL/WA: 0126460421
post signature

FUYOOO !!! GGIVEAWAY BY MAMA DARWIISH

$
0
0

http://mamadarwiish.blogspot.my/2015/09/fuyooo-giveaway-by-mama-darwiish.html
klik banner untuk join
FUYOOO !!! GIVEAWAY 
by Mama Darwiish

Hadiah  :
1x Leonovo A560 + 8Gb SD Card 
1x Cartoon Power Bank 8800 mAh 
1x Mini MP3
1x Neesya Serum
1x Cash RM50
Tempoh :
28 Sept 2015 - 28 Okt 2015
Pengumuman Pemenang 31 Okt 2015
Syarat-syarat :
1. Blogger yang beralamat di malaysia
2. Wajib mempunyai akaun instagram
3. Follow, Add, Like semua blog, fanpage, G+, instagram penaja
4. Copy Code yang disediakan dan paste di ruang html blog anda
5. Tag minimum 3 rakan anda yang lain dan pastikan mereka tahu
6. Tinggalkan link penyertaan & emel di kotak komen entri ini
Pemilihan pemenang :
1. Kesemua pemenang akan dipilih menggunakan random
2. Penyertaan akan terbatal jika gagal ikut syarat terutama No.2
3. Pemenang akan dihubungi melalui email
Follow Blog  :http://mamadarwiish.blogspot.my/http://sharingiscaring-fiza.blogspot.my/http://unclezuan.com/http://mrspuex.blogspot.my/http://mekzumbie.blogspot.my/http://www.hafizhafizol.my/http://aderakukeysah.blogspot.my/Follow G+ :  :Khalid KyleBlurrydino
Like Page Penaja :
Mama Darwiish
SuperMom With SuperKids
Blog Uncle Zuan
MrsPuexDotBlogspotDotCom
Gloxina17
Acacia Beauty Care HQ
Qyra Beauty Care
Follow Instagram :
post signature

Dapatkan Diskaun Sehingga 50% di Vouchercodes

$
0
0

 Dapatkan Diskaun Sehingga 50% di Vouchercodes

10:00 a.m
rumah
..



assalamualaikum and hello lads!

ha, diskaun diskaun. siapa kat sini tak suka diskaun?? aku pernah tengok dekat mana entah. ada seorang lelaki ni cakap, kenapa banyak diskaun hanya dekat pakaian wanita sahaja? pakaian lelaki tak ada diskaun melampau macam perempuan ke? lelaki pun suka kalau diskaun. siapa tak nak jimat kan..

dekat vouchercodes ni, ha semua orang boleh dapat diskaun. sebab dia adalah sangat general. kalini aku akan perkenalkan dua jenis brand sahaja. iaitu apa dia? meh kita tengok apa ada di dalam website Vouchercodes ini.


 
ha, tengok tu. ada macam-macam jenis brand. Groupon, Zalora, Lazada, AirAsiaGo dan sebagainya. mari kita buka salah satu daripada brand yang ada di situ.
 
aku pilih AirAsiaGo memandangkan aku sangat sukalah nak travel ke merata tempat. kalini hanya mampu tengok sahaja dulu. 
 

 
ha, tulah yang aku maksudkan tadi. tengok. diskaun ada sampai 50%. cari sahaja mana yang korang berkenan. nampak tak arrow aku pilih tu. itu pilihan aku setelah puas scroll. dah puas hati, click activate deal.
 
dan kita akan di direct ke website AirAsiaGo.
 
 
 
sakan oi kalau nak book hotel kalau macam ni. memang semangat aku mencari sana sini. dia siap kasi rating lagi. so, korang boleh cari mengikut citarasa masing-masing. tak ada masalah.
 
kedua pula adalah Hotels.com. Hotels.com ni sangat variety sebab hotel dari merata tempat ada. dekat europe ke southeast asia. semua ada dalam website dia. kita just cari je apa kita nak.
 


tengok tu. berapa orang dah pakai vouchercodes tu pun kita boleh nampak. macam dalam Groupon tu kan. sampai 600 orang ha. excited kita mencari diskaun di merata tempat. ini pun, kalau hati dah berkenan, boleh activate deal.




tengok tu, ni semua dekat bahagian Southeast Asia. 

 dekat arrow tu, nampak tak. ha situ boleh scroll lagi cari mana tempat yang menarik perhatian korang.


ni pula europe. bestnya kalau dapat pergi Paris dengan asbeng. hahaha. asbeng pun tak nampak batang hidung lagi. cis.


kalau nak tengok dalam harga currency lain pun boleh. cari je macam dekat gambar atas tu.


itu antara testimonial pelanggan yang sudah menggunakan vouchercodes. maybe antara korang pernah cuba juga. bolehlah kongsi pandangan. 

okay itu sahaja. selamat mencuba. :) untuk makluman lanjut, boleh layari 

 
 
 
 
post signature

Cabaran 7Hari | Apa Di Dalam Wallet Anda

$
0
0

 Apa Ada Dalam Wallet Anda

3:46 p.m
rumah makcik
layan Hindustan

assalamualaikum and hello lads!

okay, mari kita sambung cabaran. cukuplah thesis degree tu buat aku tercabar dengan diri sendiri. aku nak cabaran santai macam ni je.

apa ada dalam wallet anda? 

okay, memandangkan aku malas nak ambil gambar wallet aku. aku cakap sahaja apa yang ada. hahaha boleh tak? nanti kena marah pula. >.< 



ha, percaya atau tidak. ini sahaja yang ada. gambar tu untuk resume. gambar kiri sekali tu aku dengan adik aku. kebetulan anak cikgu Siti (AF) berkahwin (aku rasalah anak cikgu Siti. aku tak ingat dah), ada sesi photoshoot, kami pun ambillah sekali. 

kad Aeon Big. semua ada. aku dengar ada yang siap ada banyak lagi kad tu. hehe. aku ada satu je. bukan selalu pergi pun. student pergi bila nak masak je lah. malas nak ke restoran beli makan.

yang voucher Legoland tu sebab makan Texas Chicken. sekarang favorite aku dengan member-member aku. tak pergi dah McD KFC. bukan sebab bajet kaya. tapi sebab ayam dia lagi besar kalau compare kan. and sama je lebih kurang harganya. cuma coleslaw KFC lagi sedap.
duit kertas tak payahlah tunjuk. tu semua orang ada kan. hehe. and buku bank. buku tu wajib ada. sebab tu zaman dulu punya kad aku pakai. 
okay tu je. adios~
 
 
 
 
 
post signature

Giveaway 2015 By Syafiyahluv.com

$
0
0

 Giveaway 2015 By Syafiyahluv.com

 
http://www.syafiyahluv.com/2015/10/giveaway-2015-by-syafiyahluvcom.html 
 

SYARAT-SYARAT:

1. Buat 1 entry bertajuk "Giveaway 2015 By Syafiyahluv.com".
2. Copy banner dan tepek di entry korang tuh beserta dengan backlink ke entry ini.
3. Tinggalkan link entry segment, nama facebook, nama instagram (kalau ada) korang ke dalam ruangan komen.
4. Segmen akan bermula pada 1 Oktober 2015 jam 10 pagi dan akan berakhir pada 31 Oktober 2015 10 malam. Dalam tempoh 1 bulan sahaja ye.
5. 1 November Cie akan senaraikan nama peserta yang menyertai.
6. 2 November pula Cie akan umumkan pemenang.
7. Pemilihan pemenang menggunakan khidmat random.org.
8. Keputusan adalah muktamad.
 
 
post signature

KAMI 506 MRSM Kepala Batas 2009

$
0
0

506 MRSM Kepala Batas 2009

11:55 a.m
home sweet home
happy

assalamualaikum and hello lads!



apa khabar semua? semalam hanya sempat update GA sahaja. sedih betul. tak ada idea pula tiba-tiba. lagipun semalam sibuk kemas balik barang nak bawa balik rumah di Shah Alam. wee i'm so happy and now here I am, in my own house with my family. 

semalam sebelum balik, singgah dulu di SMAP Kajang. sebab ada majlis solat Hajat untuk pelajar PT3 dan SPM. in shaa ALLAH adik aku, Wani bakal menduduki SPM pada tahun 2015 ini. semoga adikku dapat menjawab dengan baik. aamiin. katanya start SPM 10 November. 

okay, berbalik pada tajuk aku. MRSM Kepala Batas. ha, untuk yang baru mengenali aku. itulah tempat aku belajar masa muda-muda dulu. tak sangka dah 6 tahun berlalu. cepatnya kan. pejam celik pejam celik, aku pun dah habis belajar di UNITEN. 

berbekalkan app seperti Whatsapp, kami masih lagi berhubungan di dalam group. kadang-kadang senyap je tak tahu nak sembang apa. ada masa pula pung pang pung pang bercerita. sampai ada kawan aku terpaksa mute sebab dia sibuk bekerja. hahahaha.

dan masa duk bersembang, timbul idea untuk buat gambar selfie pelik dan compile kan bersama. terasa rugi sikit bila tak sempat nak bergambar dahulu. kalau tak, boleh la compare kan dulu dan sekarang. masing-masing dah nampak matang. segak-segak belaka. 

so far, cuma seorang sahaja budak 506 2009 yang sudah berkahwin, Atiqah. dan seorang lagi sudah bertunang dan bakal berkahwin pada tahun hadapan. mudah-mudahan. sekampung je dengan aku. dekat MRSM tu, ada 3 orang sekampung dengan aku. tu orang kata, dunia ni kecil je. kecil-kecil pun, aku tak jumpa lagi jodoh aku. hahahahaha -.-

dan taraaaaaa, inilah hasil kompilasi gambar kami semua. ada yang tak hantar. maybe segan kot. entahlah malas nak ambil tahu.

Dari kiri atas : Atiq, Ekin, Zaq, Ecah, Yen, Sap, Syaza, Umi, Syafiq, Senah, Oda, Nash, Lia, Coki, Put, Tiqa, Izah, Wani, Ain, Remy, Hakim, Aku, Hana
 jangan ditanya kenapa kami buat aksi pelik macam tu. kalau letak misai macam lagi nice kan. hahahahaha. ala, ni memori weyh. pelik pun kita je yang nak tengok. bukan nak hantar sampai ke antarabangsa pun.

6 tahun lagi, kalau jodoh kami semua masih panjang, nak send gambar. versi matured sikit. so, masa tu aku dah berumur 29 tahun. tengoklah macam mana ye. :)

adios~
 
 
post signature

Ucapan Lelaki Yang Ingin Di Dengari Wanita

$
0
0

Ucapan Lelaki Yang Ingin Di Dengari Wanita

12:51 p.m
rumah
..

assalamualaikum and hello lads!

dulu pernah buat entri berkaitan cinta juga. kalini aku akan cuba buat entri mengenai apa lagi perkara yang perlu diucapkan oleh lelaki selain aku cintakan kau. mesti si perempuan dah acapkali dengar ayat I Love You ni berulang kali. kadang-kadang sampai benda ni jadi macam habit dan bukan betul-betul diucapkan dari sudut hati yang dalam.

hakikatnya, ada ayat lain yang boleh buat hati wanita tersentuh juga. apa dia tu? jom kita tengok.

1. Saya Minta Maaf


mesti kita pernah dengar ayat ni.

Men's ego and Women's emotion


sebenarnya tak susah pun nak minta maaf ni. tapi aku tak tahulah ego lelaki ni macam mana. kadang-kadang ada certain men memang tak nak mengaku kesalahan dia. bukan niat wanita nak bergaduh. dia cuma nak dengar ayat 'Sorry' tu je. menandakan yang dia memang betul. dan apalagi kita biasa dengar di mana-mana movie atau buku; Women are always right. cuba bandingkan dua situasi ni. mana kita lagi suka.

Perempuan : "Kenapa awak datang lambat? Dah pukul berapa dah ni."

Situasi 1: Lelaki : "Sorry, kereta ada masalah tadi."
Situasi 2: Lelaki : "La, saya dah datang ni kan. Okaylah tu."

2. Sokongan


perempuan ni ada masanya keyakinan dia boleh jatuh. so, dengan hanya cakap saya sokong awak menunjukkan korang suka dengan apa dia buat dan korang yakin dia mampu berjaya lakukan apa sahaja yang dia mahu.

contoh macam kita sebagai blogger ni. sedangkan hidup kita dengan dunia penulisan di dalam dunia blog lelaki tak boleh terima, apatah lagi dengan perkara lain. mungkin lagi remeh temeh dari ini.

3. Dating Jom


bukan pasangan kekasih belum berkahwin je boleh dating. pasangan yang dah lama berkahwin pun tak salah nak dating. tak ada istilah dah ada anak, dah ada cucu tak ada masa nak bercintan cintun ni. bila masa anak beranak dah ramai, akhirnya si lelaki dapat bawa si isteri keluar berdua, mesti dia suka. siapa tak suka kalau dapat kembalikan memori cinta masa dulu-dulu.

credit to weheartit.com

4. Penghargaan


kebiasaannya isteri yang sudah bergelar ibu memang banyak tanggungjawab. tak kisahlah sama ada bekerja ataupun surirumah sepenuh masa. surirumah tu pun bukannya kerja mudah. pagi-pagi dah bangun, dah siapkan sarapan, basuh pakaian semua, sediakan keperluan suami, siapkan anak-anak, hidangkan makanan tengah hari, kemas rumah, kemas luar rumah, bersiap-siap menunggu suami pulang, siapkan anak-anak semula dan sampailah tidur. itu pun masih tak habis lagi kerja yang ada.

ibu berkerjaya pun ada rasa susahnya. segala penat lelah ni rasa macam berbaloi sangat bila lelaki mampu hargai apa yang isteri lakukan dengan kata-kata cinta atau tunjukkan pada isteri betapa istimewanya dia di hati. dan sebab itu jugalah si lelaki memilih dia sebagai isteri pada suatu ketika dahulu.

5. Cantiknya Awak


perempuan. kalau tak risau pasal penampilan dia, bukan perempuan lah namanya. sedangkan artis yang kita tengok memang dah lawa pun boleh risau lagi dengan penampilan diri dia sendiri.

tak percaya? kalau mereka yakin dengan diri sendiri, kenapa perlu buat surgeri? sebab nak cantik kan??

credit to abdallagad.tumblr.com

lagi-lagi bila dah beranak pinak, bentuk badan memang akan berubah. kalau sungguh cintakan si isteri kerana diri dia seadanya, tunjukkanlah pada isteri yang dia sememangnya sentiasa cantik di mata anda. bukan mudah nak dapat bentuk tubuh macam zaman single dahulu.
 

6.  Saya Bangga dengan Awak

Bayangkan kita si perempuan seronok sertai satu program kurus 1 Malaysia ni. dan lama-kelamaan kita berjaya sampai ke tahap yang kita idamkan. si suami pula terasa sangat bangga dengan diri kita dan meluahkan betapa dia rasa kita ni hebat di mata dia. 

credit to imgarcade.com
sebenarnya simple things pun boleh buat perempuan rasa terharu. nampak isteri tengah sibuk jaga anak, si lelaki tolong masak dekat dapur ke. nampak isteri terkial-kial pakai helmet, lelaki tolong pakaikan ke. nampak isteri gayat kat tempat tinggi, lelaki tolong angkatkan ke. 

itu sahaja aku mampu kongsikan. ada apa-apa tak berkenan atau mahu tambah, silakan komen di bawah :)

adios~


 
 
 
post signature

It's My Birthday Today!

$
0
0

It's My Birthday!

7:57 p.m
rumah
letih
 

assalamualaikum and hello lads!

alhamdulillah. aku dah masuk 23 tahun weyh! ahahhaha. patut ke tak excited sebenarnya? excited sebab dah lama rupanya aku hidup di muka bumi ini. sedih sebab sampai sekarang aku masih belum bertemu jodoh. kahkahkah. itu juga yang aku fikir. cliche. 

okay, sempena birthday aku yang ke-23 ni, aku nak ucapkan terima kasih dekat ummi aku. 

ummi, terima kasih kerana berkerah tenaga dan lelah dalam melahirkan along ke dunia ini.
ummi, terima kasih kerana bersabar dalam membesarkan along sehingga ke usia ini.
ummi, terima kasih kerana mendidik along menjadi insan berguna. 
tanpa ummi, along takkan mampu bertahan di dunia ini sehingga sekarang. 
along sayang ummi sampai bila-bila. 
 
Kiri Atas : 10 bulan maybe, 5 tahun, Kiri Bawah: 23 tahun, 4 tahun, 6 tahun maybe
 

tadi sempat keluar makan-makan dengan kak Irra, kak Zati dan kak Saidila. thank you belanja makan. ehehe. thank you bawa keluar jalan-jalan. even tak tahu nak lepak mana pun sebab shah alam hanya tempat aku ber shopping. 

itu sahaja. ucapan macam menang award je. 
 

adios~
 
p/s : tolong doakan aku bertemu dengan saudara mara Islam di Mekah dan Madinah satu hari nanti. aamin in shaa ALLAH. jodoh tu biarlah. sampai masa, sampailah dia. 
 
 
post signature

Kalau Dah Takdir, Kenapa Nak Berusaha?

$
0
0

 Kalau dah Takdir, Kenapa Nak Berusaha?

 
1:01 a.m
rumah
scheduled post
 
 
assalamualaikum and hello lads!
 
sebenarnya aku tak pasti aku pernah buat entri ni ataupun belum. kalau belum, aku nak bercerita tentang satu kisah di mana pensyarah aku mengulaskan satu topik yang sangat menarik perhatian aku. 
 
kalau dah, buat-buat tak ingat lah ye. hahaha. 
 
alkisahnya begini. aku masa semester berapa entah, aku ada ambil subjek Engineering in Economics. lepas tu kebetulan masa tu baru je habis peperiksaan. dan macam biasalah, masing-masing dapat grade sendiri. 
 
aku? tak perlu ditanya. maybe masa tu pensyarah nampak ada antara kami yang terasa sedih dengan result yang kami dapat. then, dia mulakan satu cerita. 
 
korang rasa kenapa kita ni selalu kata kalau dah takdir, apa fungsi kita hidup dekat dunia ni? kalau dah takdir, kenapa kita kena berusaha sedangkan ALLAH dah tulis segala-galanya? 
 
then, satu ayat pensyarah berjaya menangkap pendengaranku.
 
ya betul. semua benda sudah ditakdirkan. tapi hakikatnya ALLAH nak tengok macam mana caranya kita dalam mencapai sesuatu impian kita tu. andai kata kita dah berusaha sangat-sangat. tak tidur malam, hari-hari praktis Engineering in Economics, tapi at the end, result kita hanya sampai ke tahap C sahaja. 
 
tapi ada pula yang tak baca dan meniru! result dia apa? A. itu semua takdir. nampak tak? ALLAH nak tahu kita ni kuat atau tak untuk melakukan sesuatu dengan niat yang baik ataupun menggunakan cara kotor seperti tadi? 
 
bayangkan kalau kita berjaya menanam tebu 10 ekar. orang akan rasa sangat kagum. tapi bila kita cerita usaha kita macam mana nak capai 10 ekar tebu tu, lagi orang akan impressed. wah, dia ni macam-macam usaha dia buat untuk berjaya. tapi kalau dia cakap, 'ala, aku curi tebu orang je lepas tu aku tanam." sama tak impression kita dengan niat baik tadi?  
 
credit to mandalawangi.tumblr.com

so faham tak apa aku cuba sampaikan? andai katalah kita sudah berdoa dan berdoa, mencari sambil mencari, tapi tetap tidak ketemu kerja ataupun jodoh, mungkin ada sebab disebaliknya. ALLAH nak tengok dulu sejauh mana kita akan berusaha untuk capai impian kita tu. at the end, kita akan dapat juga. cuma kalau kita duk guna-gunakan orang, kahwin juga. tapi bahagia ke? itu jawab sendiri.

itu sahaja cerita aku. maaf kalau tak dapat memahami apa yang aku cuba sampaikan. 
 
credit to thebungapink.blogspot.com

adios~
 
 
 
post signature
Viewing all 451 articles
Browse latest View live