Quantcast
Channel: The Minimalist Traveler
Viewing all 451 articles
Browse latest View live

Internet Bukan Social Media Sahaja

$
0
0
assalamualaikum and hello lads! apa khabar semua? salam Sabtu. banyak ke plan hujung minggu ni? aku malas nak keluar. tak ada mood. maybe sebab dah selalu sangat keluar. so, kalini aku nak stay dalam bilik sahaja kemas rumah semua. and sebenarnya aku masih menantikan mesej dari seseorang. dari pagi tak ada khabar. aish, risau pula aku. 

Image result for internet tumblr

Internet Bukan Untuk Social Media


nasib baiklah ada juga social media macam ni kan. cakap je apa yang tak ada sekarang. nak connect dengan people, ada Facebook. nak berdrama banyak-banyak, ada Twitter. nak tunjuk gambar dekat orang, ada Instagram. nak share resepi, ada Blog. semua ada! semua di hujung jari sahaja. cakaplah rumah siapa je yang tak ada desktop/laptop. kalau masa zaman dulu, dalam 10 rumah, boleh kata ada 1 sahaja yang mampu beli. sekarang ni 1 rumah mahu ada 10 laptop kan. possible.

Adobe Photoshop


masalahnya budak-budak ni janganlah kita duk ajar benda tu sahaja. internet bukan sahaja tempat untuk main social media. tapi macam-macam benda kita boleh explore. contohlah ada budak ni sangat kreatif. selain dari melukis atas kertas, maybe dia juga boleh belajar main dekat Adobe Photoshop or Adobe Illustrator. sekarang pun adik aku dah berminat dengan gambar vector. aku tak dapat nak ajar dia, so aku suruh dia buka Youtube. yes, adik-adik. Youtube bukan untuk dengar lagu sahaja. tutorial pun ada. dekat website lain memang ada. tapi aku cakap dengan adik, Youtube is better sebab kita nampak apa orang tu click semua. and make sure tak ada 1 step pun tertinggal.

Business Online


oh lagi satu tengok sekarang. ada orang buat business online. bagus apa. alang-alang duduk rumah tak ada benda nak buat. cari kerja pun susah dah kan. aku faham perasaan tu sebab aku pun tengah mencari lagi sekarang ini. moga ada rezeki di mana-mana. business online sangat menguntungkan dua pihak aku rasa. lagi-lagi orang yang malas nak keluar. contoh macam aku sekarang ni. apatah lagi orang jenis macam aku juga yang tak ada transport untuk pergi mall and shopping. so, this is the best way. who knows, you could be the next successful entrepreneur and boleh masuk magazine Forbes. pergh. 

Image result for media tumblr

tips! aku suka internet sebab aku suka baca advice and tips orang setiap kali aku nak cuba sesuatu. or even nak ke mana-mana. tak susah pun untuk ambil 3 minit baca cerita pengalaman orang lain. take for instance, nak makan mana. YES! ini soalan paling susah setiap kali kawan aku tanya. kadang-kadang bosan juga asyik makan tempat sama. siapa tak bosan kan. unless memang nak bajet punya duit makan nasi bujang. tapi lama-lama muak juga. so, kami pun mencari kedai makan best dekat area kami duduk tu. ha, senang. terus jumpa and pergi sana, kami try. satu, dah jimat minyak kereta dari duk pusing satu bandar semata nak cari makan yang best. second, kita boleh recommend dekat orang sekali tempat tu. 

Tips Travel dari Internet


travel pun sama. senang sangat-sangat hidup kalau kita cari tips dari internet. contoh macam nak pergi Sydney ni, aku bila fikir Sydney, aku cuma bayang Opera House je. kalau tak ada internet ni, mahu aku pergi situ je. pastu wandering around the city. tanpa tahu ada satu lagi tempat yang sangat best tapi jauh dari Sydney. masa ke Beijing pun sama, aku sempat baca blog someone pasal dia kena tipu dekat kedai Jade. nasib baiklah baca dahulu. tak ada aku pun sama bazir duit beli benda tak berkualiti dengan harga yang sangat MAHAL!

Surat Letak Bedak


untung zaman sekarang makcik aku kata. kalau dahulu masa makcik aku bercinta dengan pakcik dekat US, bila nak hantar surat tu ajak date, kena seminggu awal, sebab surat tu akan tiba dekat makcik aku dalam seminggu juga. hahaha. plan baik punya. kalau bagi lambat, keseorangan lah kau dekat cafe tu menanti orang yang takkan tiba. so sweet juga bila aku dengar orang dulu bercinta. ingat lagi tak cerita Tentang Bulan? yang dapat surat letak bedak? haha. i'm so hopeless romantic. aku suka classic style macam tu. 

Crack Software


korang tahu tak satu perkara? folder gambar aku masa ke Beijing hilang!!!!!!!!!! ah, masa tu memang dah anxious sangat. dah short of breath dah. nak menangis pun tak guna sebab benda dah jadi, tapi menangis jugalah sebab tu je mampu. aku pergi gatal buang folder gambar dari GoPro. lepas tu aku ada habit tak boleh tengok desktop aku penuh dengan benda tak berkaitan. kalau boleh hanya ada Recycle Bin sahaja. tapi aku tak perasan folder Beijing di sebelah kanan. aku pergi Shift A and delete everything! and delete sekali dekat Recycle Bin tanpa cek. ahhhh!!! stress. dah lah tak boleh stress. aku ni sakit.

nasib baik and nasib baik aku jenis manusia yang suka download segala mak nenek software ade dekat internet ni. and aku jumpa satu software yang boleh ambil semula segala benda yang kita buang dalam Recycle Bin and local disk lain. alhamdulillah. syukur tak terkata. nak beli software tu memang tak mampulah. aku berjaya dapatkan semua gambar sebesar 5GB. sampaikan aku gurau dekat kawan-kawan aku, 

ini kalau tak dapat juga gambar, mahu aku pergi Beijing balik. hahahahaha -.-

macam ni lah jadinya bila kita dah start ada internet. hubungan jauh jadi dekat. hubungan dekat jadi jauh. banyak info salah yang kita ambil. info dari ilmuwan kita pandang sebelah mata. bahaya bila dah mula ada internet ni. yang penting kita pandai control diri sendiri. yes, it's super hard but it's possible. apatah lagi untuk anak-anak yang nak ambil periksa besar. tolonglah perhatikan diorang tu. janganlah mak bapa pun leka dengan internet sekali. tengok sahajalah video budak yang jatuh eskalator la kena langgar lah, semua tu sebab leka. Allahu. minta dijauhkan. itu sahaja dari aku. till finger meets keyboard again. 

adios~

Image result for media tumblr




post signature

Bila Terlampau Confident Hidup Sendiri

$
0
0
assalamualaikum and hello lads! ha, before aku masuk ke cerita yang aku nak bagitahu dekat korang, aku nak tanya satu soalan. sini siapa yang biasa buat semua sendiri? event travel solo? maybe lelaki okay kot. aku merujuk khas untuk perempuan. yes, itu tindakan yang sangat berani sebab nak pergi seorang sangat berisiko. anything can happen to us women right? adakah itu sexist? i don't know. you tell me. 

Image result for alone tumblr

Bila Terlampau Confident Hidup Sendiri


aku pun biasa buat kerja sendiri. maybe sebab aku rasa macam aku tak suka nak menyusahkan siapa-siapa. so aku gunakan kebolehan yang ada untuk figure out by myself. i mean literally everything. ye keeee kau ni Amelia. tapi aku masih belum di tahap untuk travel secara solo. masih belum jumpa kekuatan tu. in shaa ALLAH one day.

okay, so this is what happened to one of my friend's friend. yes, ini kisah benar. tapi aku tak mahu sebut siapa orangnya. aku jadikan cerita dia sebagai satu pengajaran sahaja. sejak usia muda, dia dah biasa travel sendiri. memang hardcore lah. and orangnya sangat ceria. banyak cakap and semua. berani jangan cakaplah. orang berani je mampu buat macam ni kan.

so, tiba-tiba one day she decided untuk sambung belajar Master di Jepun seorang diri. dia rasa dia mampu buat tu sebab dia dah biasa buat benda lain seorang diri pun. so, apa hal kan kalau setakat belajar Master for 1 year di sana. emaknya bagi sahaja persetujuan since itu yang anak dia nak. 

tapi apa terjadi di sana. memang susah bagi dia. bagi orang yang tak tahu culture Jepun di sana, kawan aku kata, mostly diorang memang buat hal sendiri. tak bercakap dengan orang sekeliling even jiran sendiri. lagi-lagi kita yang memang tak faham bahasa diorang tu. itulah apa yang dia hadapi dari hari ke hari. bayangkan orang yang suka bercakap bila dia tak ada member untuk bercakap dengan orang lain, sangat frustrated. nak cari rumah susah. nak angkut barang. nak buat Master dia. hari-hari menangis dekat mak dia. tak sampai setahun, to be exact baru 4 bulan, mak dia suruh dia balik ke Malaysia semula. berhenti sahaja belajar di sana. 

and sekarang apa terjadi? dia disahkan menghidap penyakit kemurungan. and dia terpaksa bergantung dengan ubat antidepressant setiap hari. kesian kan. orang yang dahulunya cerita sekarang dah tukar jadi orang yang sangat pessimist. setiap kali nak buat sesuatu, dia akan asyik fikir benda buruk je. 

aku bagi nasihat dekat orang lain. kalau rasa hati tak cekal and tak biasa hidup seorang diri macam tu, janganlah buat ye. apa-apa nanti kita susah. dah la jauh dari keluarga. duduk di negara asing. memang susah. kalau mampu, bertahan sahajalah. maybe, just maybe juga sebab culture Jepun macam tu, ramai yang bunuh diri. allahu akbar. mohon dijauhkan dari perkara macam tu. 

Image result for alone tumblr

itu sahaja dari aku harini. 

adios~




post signature

Kami Tidak Sehaluan

$
0
0
assalamualaikum and hello lads! apa cerita semua? ada kena Thursday Blues ke? hehehe. nak tahu tak? hari Isnin haritu memang blues lah. macam-macam benda pula nak jadi. jalan jammed teruk. shuttle ramai orang. bas tak nak berhenti bila lambai suruh berhenti. ah, geram sangat! rupanya bila cerita dekat member, diorang pun kena benda sama. alahai. maybe it was just a bad day for everyone. mungkin ada hikmahnya. tak apalah nak buat macam mana. benda dah jadi. hmm..

Related image

Kami Tidak Sehaluan


and ini terjadi pula satu cerita. hehehe. kebetulan masa tu tengah masak dengan ummi aku, ummi ajak aku pergi buat umrah sama. aku tanya bila, ummi jawab bulan 3. noooo, aku pergi travel tempat lain masa tu. sedihnya tak dapat tunai umrah sama dengan ummi ayah and adik. kebetulan memang masa yang sama pula tu. takkanlah nak suruh tunda. benda baik kan. jangan ditunda-tunda. aku pun dah bayar flight rumah semua. so, tak dapat nak buat apa. nampaknya aku hantar ummi naik flight, then aku pula naik flight ke negara lain. sobs.... 

dulu  dapat peluang pergi dengan keluarga makcik and nenek. kalini nenek pula bawa parents aku. since adik kecil aku, Irfan je tak dapat pergi lagi. adik 2nd aku pun dah sedih tu. hehe. tapi duit tak ada. so, tak apalah. maybe next time. :')

bagi siapa-siapa yang belum pernah ke sana, boleh baca entry aku di Page Travel Overseas. subhanallah. memang indah tak terkata bila dapat tunai umrah. dapat tengok Kaabah depan mata. diduga dengan macam-macam tapi reward yang ALLAH beri tu lagi hebat tak disangka. and doa sahaja banyak-banyak. doa itu senjata orang beriman kan. ini pun macam sekelip mata je dapat peluang. destinasi pertama adalah di bumi suci ini. dan sebab tu jugalah yang membuatkan aku decide untuk travel satu dunia. okay, aku baru sahaja nak mula. memang jealous tengok orang lain dah merata. tak apa. haule haule. haha. slow slow. tak ke mana pun negara tu. duit je berbeza. -.-

aku harap semoga semuanya berjalan dengan lancar. untuk ummi ayah adik, pakcik makcik, nenek semua di sana. aku harap perjalanan kami ke negara tu pun berjalan dengan sempurna. mudah-mudahan. doakan kami ye. first time aku nak cuba backpack travel ni. hahahahaha. mari kita try dapat ke tak buat travel dalam duit yang serba sedikit tu.

adios~


post signature

Kereta Tak Boleh Hidup, Bateriku.com Kan Ada

$
0
0
assalamualaikum and hello lads! siapa sini ada kereta? maybe almost semua orang dah ada kereta kan. sedangkan budak-budak sekolah pun dah ada kereta sendiri. aku ni serba serbi lambat sedikit. hehehe. budak tahun 90an. umur 14 tahun baru dapat handphone pertama. adik 10 tahun dah ada handphone sendiri. umur 15 tahun baru merasa ada motor sendiri (bajet-bajet motor sendiri padahal motor arwah abah), budak lain umur 13 tahun dah ada motor RXZ. hahaha. cepat betul sekarang masa berlalu kan. sekarang ni kereta pula. umur 25 tahun baru nak merasa ada kereta sendiri. itupun kongsi dengan adik. kikiki. tak apa. rezeki masing-masing. asalkan ada transport untuk mudahkan kita nak ke mana-mana kan.

Kereta Tak Boleh Hidup, Bateriku.com Ada


tapi, jangan sangka dah ada kereta sendiri ni hebat dari segala segi. apa lagi perempuan! susah bila kita tak kemahiran nak baiki kereta andai something happened. macam tayar bocor ke apa. dulu aku teringat lagi masa bulan puasa, aku dengan Atul nak pergi bazaar cari makanan. tiba-tiba kereta tak boleh hidup! ya ALLAH, dugaan sungguh masa tu. hahaha. bayangkan terpaksa tolak kereta masa waktu panas dengan tak boleh minumnya. memang memori aku tak boleh lupa. nak minta tolong pun tak ada siapa masa tu. weekend kebiasaannya budak-budak uniten balik rumah. 
and kejadian kedua berlaku di tepi highway. kereta Azra tiba-tiba je stop. adoi. rasa macam nak maki pun ada. hahaha. punya semangat nak balik, lepas tu problem. aku ni dah lah ada tak kereta, so bab-bab kereta memang aku sangat fail! lama juga la menunggu. akhirnya baru settle. lepas tu aku tak naik dah kereta dia. haha. kejam. 

nasib baiklah sekarang ada Bateriku.com . syukur sangat bila dengar ada servis macam ni. jangan pandang sebelah mata tau dengan servis Bateriku.com . bila kita susah, perkhidmatan macam ni yang kita cari. lagipun Bateriku.com bukan tukar bateri sahaja, mereka akan cek dahulu apa masalah kereta kita sebelum tukar. and kita pun tak perlu nak tersadai tepi jalan tunggu lori tarik kereta ke apa. cuma call Bateriku.com and mereka akan datang pada kita. 

sekarang ni almost semua daerah Selangor ada. negeri lain pun termasuk sekali tau.! Johor • Melaka • Negeri Sembilan • Kuala Lumpur • Perak • Pulau Pinang • Kedah • Perlis . in shaa ALLAH, cuma perlu tarik nafas panjang dan telefon mereka :) Waktu operasi mereka adalah dari pukul 7 pagi sehingga 12 tengah malam. 

Servis Bateriku.com Boleh Dipercayai

in shaa ALLAH so far servis dia sangat memuaskan. ramai mangsa bateri tak hidup bagi komen positif dengan perkhidmatan mereka. and mereka dari company yang dipercayai. 

Bateri Kereta Kong Di Bangi,  Dapatkan Servis Dari Bateriku.com
jadi, apalagi yang kita nak? 
- Bateri sahaja yang perlu kita bayar
- Kalau bukan bateri yang jadi masalah, caj lain tidak akan dikenakan
- Semua tempat ada perkhidmatan Bateriku.com
- Pemeriksaan percuma 
- Tidak perlu risau jika tiada wang. Boleh bayar menggunakan credit/debit card. ha kan dah mudah hidup kita tu. 

Bateri Kereta Kong Di Bangi,  Dapatkan Servis Dari bateriku.com
so, next time kalau kata ada masalah, jangan lupa whatsapp nombor yang tertera. tak perlu kita nak susahkan kepala fikir nak cari kedai kereta paling dekat mana semua. semuanya di hujung jari sahaja. 

untuk makluman lanjut boleh layari:

Alamat : 31, Jalan Utarid U5/11 Mah Sing Industrial Park, 40150 Shah Alam
Telefon : 1-800-22-2324
Whatsapp : 012-245 8027
Fax : 03-78430106
Email : info@bateriku.com
Website URL : www.bateriku.com




post signature

Hit The Road to Beijing | Forbidden City & Tian'anmen Square

$
0
0
assalamualaikum and hello lads! okay, semalam dah gerak pergi ke salah satu 7 wonders of the world iaitu Tembok Besar China. so, harini dapat bangun lewat sedikit sebab destinasi kami kali ini hanya dekat sahaja dari hotel. usai sarapan, kami terus menunggu di lobi hotel. satu benda yang aku tak suka bila pergi dengan pakej ni, kena menunggu orang lain. aku cukup tak suka tunggu orang. kalau masa masih awal tak apa. tapi kata tunggu pukul 7 pagi. siapnya pukul 7:45 pagi, mahu tak berapi walaupun dekat tempat sejuk macam tu. hahaha. 



Forbidden City | Tian'anmen Square


eh ter emo pula. sorry sorry. kita sambung pula ye. naik bas je dalam 30 minit, akhirnya sampai. tapi bas tak dapat berhenti betul-betul depan Forbidden City, jadi kami kena berjalan agak jauh sedikit. tak apa. aku suka dapat berjalan macam ni. 


Day 3
Tempat: Forbidden City + Tian'anmen Square
Masa: 8:30 pagi
Suhu: 1 degree C


diingatkan masa ni banyak penyeluk saku tau! so, take care of your belongings very carefully. sebelum masuk ke Forbidden City, kami melalui Tian'anmen Square dulu. serious luas tempat dia. luas sangat-sangat! 




nampak tak aku bulatkan warna merah tu? untuk lalu ke Forbidden City daripada Tian'anmen Square, kita kena lalu terowong bawah. jalan raya di antara dua tempat tu maybe khas untuk kenderaan sahaja. siap kena scan tu. beg sahaja. tak perlu masukkan hp, kamera dalam beg pun tak apa. dia nak scan beg sahaja, bukan badan kita. 

 


dekat Tian'anmen Square ada Mausoleum of Mao Zedong dan juga Monument to the People's Heroes. aku tak pastilah boleh masuk ke tak. tapi macam tak ada benda menarik dalam bangunan tu. and monument cuma tempat bergambar sahaja. macam monumen dekat Putrajaya tu. 

menurut tour guide kami, dekat sini sangat senang nak sesat. so, make sure ingat dekat mana kita pergi tadi. so, nak keluar senang. tapi member aku cakap pula, jalan masuk dengan keluar cuma satu hala je kot. so, possibility untuk sesat agak susah. pendapat aku pula, kita senang sesat kalau kita explore habis satu Forbidden City tu. approximately 3 hari kalau nak jelajah habis-habisan tau! sebab dalam tu terdapat 9 ribu bilik! can you imagine that! pergh, mahu tak habis 3 hari tu. 




masa ni baru pukul 9 pagi tapi ramai dia jangan cakap lah. better datang awal kot. kalau tak nak elak overcrowds. entah lah. rasa macam sama je. -.- tapi memang worth it masuk dalam Forbidden City. luas sangat! part paling aku suka dalam ni adalah Jingshan Park dia. subhanallah taman dia lawa. aku rasa kalau aku duduk sini, andai kata stress and nak tenangkan fikiran, aku akan datang sini.  make sure jangan sesat tau!!! oh, ada toilet di dalam kalau tak tahan sangat sejuk. tapi kena beratur la.






pintu laluan masuk ke Forbidden CIty






tak ada kerja ambil gambar sambil duduk. sekali ada budak kecil mengepit daa.. haha





aku, Yan (Wiya Travel) dan Ana

tunggu jodoh ke Amy


lepas dah puas bersantai dekat Forbidden City, kami pergi ke masjid pula. sebab hari tu jatuh pada Hari Jumaat. so, kenalah tunaikan apa yang wajib dahulu. aku ambil kesempatan untuk bertanya pada tour guide pasal kereta-kereta comel yang orang drive dekat Beijing. comel weyh! kalau dekat Malaysia ada, aku rasa kereta tu pun dah cukup okay untuk aku bawa ke mana-mana. hahahahahaha. 

sepanjang laluan pulang dari Forbidden City





menurut Mr John, kereta tu memang ramai yang pakai. ada yang bawa parents pergi pasar. ada bawa budak-budak kecil pergi sekolah. kereta dia macam mana tau bentuk dia? macam beca. cuma lebih comel. tapi ada je secara illegal buat kereta tu sebagai teksi. hahaha. tapi aku rasa ada je kot yang naik walaupun kira kategori haram. 


and cakap pasal kenderaan ni. nak tahu tak dekat Beijing ada polisi baru? untuk pengetahuan kalian, Beijing sangat teruk pollution. super teruk! cuma alhamdulillah, masa kami last day dekat sana barulah haze terjadi. jadi apa kerajaan dia buat? contoh pada hari Isnin, Rabu, Jumaat, hanya kereta bernombor plate GANJIL di hujung sahaja boleh keluar. so, hari seterusnya kereta bernombor plate EVEN pula boleh keluar. aku tergelak dalam hati. ini kalau buat dekat Malaysia, mahu kena sumpah seranah. hahahahahaha. tapi menjadi! almost 50% tau kereta berkurang atas jalan raya. 


Tempat: Fresh Water Pearl Centre | Tea Ceremony
Masa: 12 tengah hari
Suhu: 3 degree C

selesai solat, kami bergerak ke beberapa tempat yang tak best. iaitu Water Pearl Centre dan juga Tea Ceremony. alahai, bosannya pergi kedai macam ni. -.- sebab tu aku kata better pergi sendiri sahaja. tak perlu habiskan masa dekat tempat tak sepatutnya. masa kami kena TIPU tu, tak adalah seteruk berbanding kumpulan yang lain. kumpulan lain kena apa tau? masa dekat Water Pearl Centre tu, mereka sampai dikepung! selagi tak beli barang, selagi tu diorang tak kasi keluar. wey, tak baiknya!! tak memasal ada orang pakai kad kredit sampai 5K RMB sebab beli mutiara dekat situ. alahai. 


tolong jangan terpedaya dengan cerita mereka. kata dia tak reti cakap English. lepas tu datang dari Shanghai bekerja dekat company pakcik. kata jade tak lawa, so better beli pearl. then, siapa boleh teka mana satu design dia, dapat free. bla bla bla.. cerita berbeza tapi plot nya sangat sama! cuba baca blog orang lain. memang sama. aku suggest janganlah beli dekat sini. pergi je lah Sabah tu. lagi lawa.


dekat tempat teh pun sama. hidang macam-macam jenis teh. memang sedaplah. tapi dengar harga sampai 100 RMB satu kotak. alah kak, saya beli dekat Cameron Highlands je la. sama je rasa dia. 


Tempat: Bird Nest + Olympics Stadium
Masa: 5:30 petang
Suhu: 0 degree C


ini dari jauh dah boleh nampak. kalau waktu malam, Bird Nest tu berwarna biru. Olympics Stadium pula berwarna merah. memang besar. tapi kami tak boleh masuk pula. alahai. sedih. cuma boleh berlegar dekat kawasan situ sahaja. kawasan dia sebiji macam dekat Dataran Putrajaya tu. cuma masa kami duk lalu-lalu tu kan, tak perasan ada laluan kenderaan juga! ya ALLAH, nasib baik terpandang kiri kanan masa tu. bayangkan jalan dia panjang and luas, tiba-tiba ada laluan kereta. tak ada beza jalan pun. -.- 



Bird Nest

Water Cube

Jammed teruk gila even waktu malam.

sekejap je kami dekat dalam lepastu kami melepak dekat kedai kopi luar sahaja. oh, sini ada satu kedai jual barang cenderahati. kalau korang berminat nak beli tshirt Hard Rock Cafe, better beli dekat sini sebab murah berbanding dekat Silk Market! aku beli banyak dekat sini. comel beg dia. beli 5 baru 50 RMB and dapat 1 beg percuma. 


sementara menunggu orang lain shopping, kami turut minum hot cocoa. harga dia jangan cakaplah. tutup mata beli okay. sama mahal macam harga kopi Starbucks. sakan betul diorang shopping. sampai ada pakcik ni beli satu bagasi besar. hehe. tak muat dah kot barang lain nak masuk dalam beg bagasi yang awal-awal dibawa ke Beijing. aku pun duk berkira-kira sebenarnya sebab aku cuma bawa beg Deuter and barang yang aku beli dah makin banyak. nasib baik lah muat lagi. 

Tempat: Wangasi Muslim Restaurant | Wangasi Musilim Flavor
Masa: 8:30 malam
Suhu: -1 degree C


okay, let me be honest. sebanyak-banyak tempat makan aku dah pergi dekat Beijing, Wangasi Muslim Restaurant is the best! memang sedap makanan diorang. walaupun masih banyak hidangan sayur, tapi semua sedap. siap pergi dua kali dekat sini. 

aku tak sempat nak ambil gambar sebab dah memang lapar sangat. antara makanan dia adalah ikan, nugget, kuih yam, ayam dan macam-macam lagi. harga dia aku tak tahu. sebab ni pergi dengan pakej. hehe. sorry. 





then, kami pun beransur pulang ke hotel. esok shopping time! nanti aku share makanan apa best beli. and macam mana tawar menawar di sana and all that. tunggu! :D

post signature

Aku Dambakan Kisah Cinta Seperti Zaman Dahulu

$
0
0
assalamualaikum and hello lads! salam Khamis. semoga hari korang semua dalam keadaan yang indah sahaja. hopefully in shaa ALLAH. aku pula macam mana? entah. asal nak masuk hari Khamis je mesti rasa malas nak pergi kerja. haha. kenapa? sebab aku ni fiil suka siapkan semua report hari Isnin dengan Selasa. kalau dahulu 1 report ambil masa seminggu untuk siapkan. tapi bila dah selalu buat for almost a year now, 4 report aku berjaya buat dalam 2 hari sahaja. of course lah awal-awal banggakan, lama-lama menyesal sebab hari seterusnya blur tak ada benda nak buat dah. -.- now i know kenapa ramai suka tangguhkan kerja. haha ops. but i don't know how to do it. kadang-kadang boss aku random je minta report. kadang-kadang dia senyap. so, better siapkan sahaja secepat mungkin. nasib baiklah ada masa email masuk minta buat work order bagai, terasalah juga busy macam orang lain.

Image result for classic love tumblr

Aku Dambakan Kisah Cinta Seperti Zaman Dahulu


tapi bila dah sibuk sangat dengan kerja, kadang-kadang terlupa juga soal cinta ni. bab cari jodoh. eksyen je kau amelia. maklumlah, dah makin berusia ni, lagilah rasa macam oh no, oh no! i'm getting older!!! what am I supposed to do?? run away and go live somewhere else?? so overthinking. yes, that I am. bila sebut soal cinta, fikir balik, aku tak ada pengalaman macam orang lain. tengok wayang berdua, makan berdua, call 24 jam sehari. jealous? of courselah! hahahaha. masa tu je lah. bila bayangkan aku di tempat diorang, tiba-tiba rasa rimas pula. asyik attached dengan orang sama je. tak bosan ke? 

nevertheless, aku ada banyak sangat experience dalam soal mencari cinta ni. hahaha. seriously banyak. dulu yes aku tahu macam mana nak pendam perasaan for 2 YEARS dekat someone yang aku suka. lama kelamaan, rasa benda tu macam mengarut je. dah alang-alang kau suka, kenapa kau nak senyap je ni??? so, aku cuba tukar pendirian diri. lebih baik menyesal sebab kau dah did something daripada menyesal sebab tak pernah buat langsung. cakaplah apa sahaja cara untuk mencari jodoh ni, macam-macam dah aku cuba. tapi satu pun tak berjaya. hahaha. maybe sebab aku sibuk mencari and tak perasan jodoh depan mata? who knows. well, at least I already tried. 

Image result for what is love tumblr

cuma satu part aku tak suka dengan kisah cinta zaman sekarang ni, cara approach nya berbeza dengan zaman parents kita bercinta kan. kalau masa kecil-kecil dahulu, masing-masing sibuk layan Hindustan. sampaikan nak tidur je mimpi harapkan benda yang sama. teringat movie Dil To Pagal Hai. si Pooja berangankan sang Putera menyelamatkan dia dan mengembara ke tempat lain dengan menunggang kuda. so aku pun tak pasal-pasal duk berangkan kisah cinta macam tu juga. hahaha. hebat penangan filem Hindustan dalam hidup aku. tapi bukan itu yang aku harapkan. ada masa bila dengar mak ayah bercinta pakai surat letak bedak, keluar dapat bunga sekuntum, ambil gambar simpan dalam album and macam-macam lagi. sweet sangat. benda tu memang boleh simpan dalam kotak memori sampai bila-bila. 

tapi bila zaman dah makin moden, kenapa kisah cinta macam tu semakin pupus juga ye? dah tak dikira romantik juga ke? sekarang ni aku tengok masing-masing bercinta pakai phone je. yes, phone tu lagi senang and cepat. tak adalah tunggu sampai seminggu nak dapat jawapan dari orang tercinta kan. hahaha. tapi kenapa nak approach orang pun pakai phone ni? nooo.. be a man! be a woman! ajak depan-depan. takut kena reject. well, it happens. itu lumrah kehidupan dalam alam percintaan. itu baru nak bercinta, belum lagi masa bercinta. dating pun sempat hadap phone. cerita yang awek duk bebel dari tadi, separuh je dia dengar. alahai. terasa macam cakap depan dinding je. 

sekarang pun ambil gambar berdua je simpan dalam Instagram, tunjuk pada orang dekat Facebook yang dialah manusia paling bahagia dalam dunia ni sebab dapat soulmate yang tak sangka dia akan jumpa. kalau dahulu tak perlu pun nak canang satu dunia dia orang paling happy tapi hubungan kekal lama sahaja. maybe aku paranoid. tapi hakikatnya benda ni selalu terjadi kan. kecoh dekat orang kita dah kahwin. siap tak sabar nak tukar relationship status dekat Facebook Married To or In A Relationship. at the end, baru berapa bulan kahwin dah bercerai berai. Allahu. tak semua jadi macam ni, aku tahu. seboleh nya sama-sama kita elakkan. 

Image result for old couple in love tumblr

mungkin sebab tu ramai lebih tertarik dengan filem The Notebook ataupun Mohabbatein. sebab zaman sekarang memang susah nak jumpa orang macam ni. kalau perasan pun, cerita dalam filem The Notebook bukan berkisar pada tahun 2017 tetapi sebaliknya pada tahun 1940an. lelaki tu bawa si perempuan tu bersiar-siar atas tasik instead of ajak tengok wayang selalu. apalagi eh, aku tak layan sangat filem ni. cuba tengok pula Mohabbatein. ingat tak Raj tulis surat cinta atas kertas daun pada Neha? hahaha, simple je act dia kan sebab dah tak tahu nak tulis atas apa tapi sweet sangat bagi aku. Karan pun masa nak berkenalan dengan Kiran, dia pergi offer diri untuk jumpa keluarga perempuan tu and ajar music dekat anak buah dia.

jadi, korang rasa masih wujud ke cinta seperti itu zaman moden ni? nampaknya aku perlu lenyapkan diri dalam dunia khayalan sahaja untuk dapat kisah cinta seperti mereka. hehe. and seriously, lucky for you kalau ada classic romance story macam ni. cherish it every moment you have. itu sahaja. 

adios~

And don’t look at love through a screen. Look at it, in it’s true form. Look at it, dead on. And don’t ever let it fade. - J. G. Lauren



post signature

Payment Google Adsense Yang Pertama

$
0
0
assalamualaikum and hello lads! tengah buat apa tu? pejam celik pejam celik dah masuk hari Sabtu kan. pantas nya masa berlalu. macam-macam jugalah yang terjadi pada aku sepanjang awal bulan Januari ni. ada sedih, ada happy, ada messy, dan lain-lain lagi perasaan bertandang dalam hati. aku ni dah lah jenis tak boleh stress. sebab sakit yang aku hidapi ni kelemahan dia satu je, stress. kalau stress je, dia jadi makin teruk. tapi cuba cakap dengan aku, time bila je kita tak stress? bayangkan tidur pun kalau mimpi buruk boleh jadi tertekan. so? 
 
Image result for money tumblr 

Payment Google Adsense yang Pertama


okay, tak apalah. yang sedih geram semua ni kita tolak ketepi. harini aku nak cerita pasal benda happy sahaja. sebenarnya aku dah dapat lama. tahun lepas, tapi bank statement baru dapat bulan ni. hehe. aku ni boleh dikatakan tiap-tiap minggu buka Google Adsense tu nak tengok berapa banyak dah pencapaian aku berjaya dapat. yes, a bit slow compare dengan orang lain since aku tak aktif sangat dah menulis di sini. tapi bila tengok macam sikit je selalu, jadi macam lagi semangat pula nak tulis banyak-banyak. well, at least sehari 1 entry kan. hopefully aku berjaya. in shaa ALLAH. 

and sampailah satu hari tu, aku tengok account balance aku kosong! what?? mana pergi duit aku kumpul selama ni? iyelah, nama pun first time payment kan. so agak gelabah juga. nasib baik ada Kak Eny dan KC menyelamatkan aku dari drama tak memasal ni. korang pun jangan jadi macam aku pula. tengok akaun kosong, lepas tu cek akaun bank sendiri tak ada perubahan. hahaha. ala kau ni Amelia. noob nya. bila Kak Eny explain, baru tahu memang agak lambat sikit dapatnya. 

alhamdulillah, 3 hari selepasnya baru dapat. syukur nya. time tengah gawat, tiba-tiba rezeki masuk macam tu. memang tak tersangka. keluar je duit tu terus belanja family. hehe. and belanja best friend, and of course sebagai seorang perempuan yang pantang tengok Year End Sale, aku end up beli sebuah beg dan sehelai seluar jeans. wuhuhu. kalau ikutkan nak beli boots, tapi takut kena marah dengan umi pula. hahaha. 
 
nampak tak beg tangan baru. muehehe.
 

korang pula macam mana? mesti dah banyak kali kot dapat kan? hehehe. yang mana belum buat tu, agak-agak nak buat side income, try sahaja. who knows, rezeki melimpah ruah. :)

okay itu sahaja. adios~
 
 
post signature

Cara Memilih Boots yang Betul

$
0
0
bila aku sebut boots, kawan lelaki aku suka bayangkan boots PCK (Pua Chu Kang) warna kuning tu. kurang asam betul -.- memang saje mengusik aku. padahal diorang memang dah tahu aku pergi office je pakai boots. esok warna lain harini warna lain. hahahaha. aku tak boleh la tengok kedai-kedai jual boots ni. badan terus je berhenti and melencong masuk. then tengok harga, telan air liur, keluar balik. biasa sangat dah macam ni. memang mahallah, dah pergi masuk kedai Marks n Spencer, Charles n Keith, Zara. 

Image result for boots tumblr

Cara Memilih Boots yang Betul

dulu memang beli murah-murah punya je. tapi bila 1 kasut tu kau ends up pakai dekat mana-mana je, lama-lama rosak binasa lah. kasut murah memang tak tahan lama. sebab tu ayah aku suggest beli kasut mahal terus. kasut yang ada brand. betul juga. kalau aku duk beli murah yang dalam rm70, tapi asyik kena beli, alang-alang beli yang mahal je. 

boots ni ada macam-macam jenis. jangan sangka bila sebut boots je, korang bayang yang tumit tinggi. ada yang flat, ada yang medium, ada juga yang tinggi 5 inci. kalau teringin sangat nak pakai, aku cadangkan pakai yang flat dahulu. macam biker boots tu ke. aku ada 1 dari Marks n Spencer. memang selesa. memang nampak rugged la. sebab aku ada plan nak bawa motor kuasa tinggi tu. so, beli je boots dulu. muahahahah. then, bila dah selesa pakai boots flat, baru naikkan tumit dia sedikit demi sedikit. 

Image result for mark n spencer black ankle biker boot

selalu orang pandang rendah dengan boots. mereka rasa boots ni hanya sesuai dipakai dekat oversea sahaja. typical minded. kalau pakai yang berbulu-bulu tu lainlah. boots memang panas. boleh buat kaki berpeluh. tapi aku rasa aku pakai sneakers ke kasut sukan ke, sama juga peluhnya. so, it doesn't make any difference at all. bagi aku lah. haha.

Cara Berjalan Pakai Boots Tumit Tinggi


cara berjalan masa memakai boots agak berbeza dari berjalan guna kasut flat. kalau nak buat gaya sama, memang orang akan ketawa. sebab nampak awkward sangat jalan dia. kalau nak lebih nampak cara dia, boleh search dekat Youtube. 

Image result for how to walk in boots with heels

kita kalau jalan pakai sneakers or kasut flat, biasanya ada certain orang dia jalan seret je. and bahagian depan dulu yang bergerak. tapi bila pakai boots, kena start pergerakan dari belakang. dari tumit mencecah lantai dahulu, barulah depan follow sekali. okay, maybe mula-mula akan nampak complicated. tapi lama-lama dah pakai, biasa je. tak ada masalah pun. kalau susah, tak ada orang sanggup nak pakai apatah lagi berlari. yes, aku ni kerja duk mengejar bas dekat seberang. kadang-kadang bas dah sampai pun. so bila lari pakai boots ada tumit tu tak jadi masalah. hahaha. cuma haus je la kot.

semakin tinggi tumit, kita kena jalan makin slow. ini untuk beginners sahaja. sebab barulah rasa selesa and boleh faham cara macam mana nak berjalan pakai boots bertumit tinggi. tapi kasut tumit tinggi tak digalakkan sangat untuk pakai hari-hari. kalau boleh beli each boots with different height heels. aku baru beli 1 Zara chunky heels boots setinggi 4 inci. and this one is for special occasion only. sebab dia sangat tinggi. and aku tak suka tumit halus tu, macam tak confident je nak jalan stabil. haha. chunky heels is better kalau korang teringin sangat nak try sebab tapak dia memang besar.

Image result for zara chunky heel boots

tumit tinggi ni akan affect postur badan kita. bila sakit je, rehatkan kaki dulu. tapi jangan buka boots tu. nanti kaki jadi kembang, nak masukkan balik dalam kasut akan rasa lebih ketat. so, biar sahaja kaki berehat sambil tayangkan kasut gorgeous korang tu.

Saiz Boots yang Sesuai dengan Kita


aku tak galakkan beli online terus. sebab saiz kasut boots berbeza dengan saiz kasut biasa kita pakai. ini aku punya lah. aku biasa pakai kasut biasa (flat) yang saiznya 6/37. tapi bila pakai boots, kena pakai 1 saiz besar pula. lagi-lagi kalau korang suka boots yang tirus depan dia. so, sekarang kasut aku pakai semua bersaiz 7/38. 

Image result for  boots tumblr

sebenarnya banyak lagi kena belajar pasal boots ni. maybe next time okay. outfit apa yang sesuai dipakai bersama boots. or cara pakai seluar jeans dengan boots. di luar atau dalam nampak lebih kemas semua. setakat ini sahaja aku beri info. kalau ada sesiapa nak tambah, silakan komen di bawah.

adios~


post signature

Tekanan Darah Rendah

$
0
0
assalamualaikum and hello lads! sihat semua? dah cek betul-betul belum kondisi tubuh korang tu? jangan main-main dengan bab kesihatan ni. kadang-kadang luar je nampak sihat bertenaga. hakikatnya yang dalaman dah nak rosak bagai. minta dijauhkan. aku ni pun rasa macam sihat je. hari-hari bangun pagi siap nak pergi kerja, jalan kaki for 10 minutes naik atas menunggu bas. then berdiri for 30 minutes sampai ke LRT, jalan kaki lagi dalam 10 minit. then, sampailah ke office. fuh, bila pakai phone baru ni, aku dapatlah follow up berapa banyak langkah dapat aku buat dalam masa 1 hari. paling banyak aku pernah dapat dalam 11,594 langkah kaki. sebab masa tu pergi Great Wall of China. hehe. kalau macam hari kerja ni, setakat 3000 langkah sahaja berjaya. sebab tu aku tak kisah berjalan ni. berjalan banyak manfaat dia. 
 

Tekanan Darah Rendah

Image result for low blood pressure causes
 
kebetulan masa tu, adik dengan umi aku tengah cek blood pressure dekat dalam bilik. so aku pun teringin juga nak try. mana lah tau kot tiba-tiba tinggi. kot normal. so bila cek tu, memang aku terkejut! 
 
tekanan darah aku rendah! masha ALLAH, tak tersangka pula jadi macam tu. aku dapat bacaan dalam 88/53mmhg . dari yang aku baca, kalau normal 120/80mmhg. kalau taraf rendah, 90/60. tinggi pula 140/90mmhg. nampak tak tu, memang rendah sangat tekanan darah aku. apalagi, bising umi aku. suruh banyakkan makan kerang, makan organ dalaman. kasi naik jadi normal balik. 

tapi ada je eh punca tekanan darah rendah ni? aku baca dia cakap ada berkaitan dengan makanan, kurang darah dalam badan, suhu badan rendah atau tinggi sangat, dehidrasi dan macam-macam lagi. 

okay, maybe part dehydration yang jadi macam ni. aku ni memang teruk sikit part nak minum air. bukan tak nak. air sebelah mata je. tapi bila busy buat kerja, macam tak perasan air tu perlu minum so tak jadi apa-apa masalah di kemudian hari. agaknya kena buat alarm macam kawan aku, setiap 3 jam handphone dia berbunyi suruh minum air. hehe.


Simptom Tekanan Darah Rendah

- Pening Kepala / Pitam
- Kurang Konsentrasi
- Pandangan Kabur
- Loya
- Letih
- Wajah Pucat

aku harap bila dah amalkan gaya pemakanan yang sihat, dapatlah kembali normal tekanan darah rendah aku. mahu tak kena marah dengan kakak-kakak AFB aku. hehe. kata bahaya kalau macam ni. aku ada baca artikel lain, kalau rasa sihat walaupun tekanan darah rendah, dia akan lead to severe conditions masa dah tua nanti. okay, scary. aku cuba. in shaa ALLAH.

korang pun ada masa jangan lupa cek. ini demi masa depan sendiri okay. beringat sebelum terkena! :)

adios~
 
 
 
post signature

Bibir Kembali Sembuh Sediakala

$
0
0
assalamualaikum and hello lads! Everyday-except-for-Friday Bluessssss~ over and over again. dah lah dekat sini pagi tadi jammed teruk. korang pun mesti sama kan? sebab member aku semua datang lambat. ada stuck sampai 2 jam dekat atas jalan raya. aku yang naik bas pun tadi dah terlepas satu. memang rasa nak menangis dah. hahaha. sebab time busy macam ni, memang impossible nak tunggu bas yang seterusnya. tapi alhamdulillah ada. tak sampai 5 minit je bas dah menyusul. nasib baik sangat. dengan tak cucuk duitnya, nanti nak naik teksi bayar pakai apa pula kan. daun? 

Bibir Kembali Sembuh dengan Virgin Coconut Oil (VCO)


Image result for vco oil
ingat tak haritu aku ada cerita pasal bibir aku yang terkena alergik lipstick tu? aduhai memang sedih tengok bibir sendiri kena macam tu. dah la obvious di pandangan mata orang lain. semua duk cakap, apa kau buat dengan bibir kau Amy? kena gigit dengan siapa tu? haha kurang asam betul kawan aku. nasib baik dah biasa bergurau senda dengan diorang ni. kalau tak, mahu kena bebel sekejap lagi. 

so, bila try minta advice dari family and kakak-kakak AFB, akhirnya aku decide untuk apply VCO (Virgin Coconut Oil) sahaja pada bibir. tak ada lip balm. tak ada vaseline and so on. sebab senang sangat bibir kering bila apply benda tu. tapi masa pakai VCO, memang bawa banyak kebaikan. alhamdulillah. bibir yang dulu macam terbakar sekarang dah tukar warna and jadi semakin sihat. cuma ada masa kering sangat bila aku tak cukup minum air. heee aku ni memang pelupa sikit bab nak minum air banyak. -.-

hopefully, dapat kekal lama sikit sihat dia. kadang-kadang rindu nak pakai lipstick sebab bibir aku ni jenis warna gelap. so, memang nampak pucat bila tak oles apa-apa. sobs. nak pink kan bibir pun makan masa juga ni. ada juga lah aku try madu. tapi madu ada dekat dapur. and aku pemalas. heeee... sendiri malas nasib lah kan. macam mana nak baik macam tu. untung aje ada VCO ni. tiap-tiap malam aku akan pakai. lepas makan aku pakai. ada masa aku terpandang je VCO sebelah mata, confirm aku pakai. hahaha. 


post signature

Pengalaman Interview Menerusi Telefon

$
0
0
assalamualaikum and hello lads! mengantuknya. mata dah sepet dah ni and yeah, this is a scheduled post. aku tak mampu nak buat on the spot punya entry. satu sebab aku busy siapkan segala kerja di office. kedua sebab dah balik rumah memang aku malas sangat nak taip entri. tapi bulan ni dah memang berhajat nak banyakkan sikit jumlah entry dalam blog aku. so, disebabkan itulah aku terdorong untuk menulis juga walaupun hari sudah semakin lewat. zzzz...

Image result for interview tumblr

Pengalaman Interview Menerusi Telefon


ha, aku tahu semua orang mesti sudah biasa hadap interview ni kan. tak kisahlah masa nak masuk MRSM ke, universiti ke, apatah lagi masa kerja. lagi macam-macam jenis interview kita dah pergi kan. cakap sahaja apa yang tak pernah, semua aku dah merasa. well, not literally. tak apa. biarlah banyak pun interview yang pergi even tak dapat sebarang berita baik, yang penting pengalaman yang kita peroleh tu sangat membantu pada masa akan datang. 

aku ingat lagi aku punya interview pertama adalah dengan JPA. fuh, memang berdebar sangat. seriouslah. tengok berapa ramai yang hadir untuk temuduga PLDN dan PIDN. aku tak ingat nama penuh program tu. something like Program Latihan Dalam Negara kot. aku apply luar negara punya and aku pilih US. malangnya aku tak berjaya. aku rasa bila fikir balik, banyak sebab jugalah kenapa aku tak dapat. satu sebab aku tak confident dengan English aku. kedua sebab aku tak yakin dengan diri sendiri. haha. alahai. tak apa. dah tersurat macam tu kan. tapi alhamdulillah, aku berjaya dapat juga scholarship JPA cuma di dalam negara sahaja.

and now, masa dah masuk alam kerja, ini pertama kali aku dapat phone interview. aku dah lama dapat email dari company tu. dia siap bagitahu the exact time and date bila dia akan call aku. tapi tunggu punya tunggu, akhirnya 2 bulan kemudian dia call semula. luls. memang aku tak expect langsung dia akan call. gelabah aku mencari balik notes yang aku simpan pasal company tu. Ya Allah, nasib baiklah dah tulis awal-awal apa patut aku cakap bila interviewer tanya soalan. 

memang nervous sangat! yes, memang lah orang tu tak ada depan mata. tapi ada cons dia juga tau. pros dia pun mestilah ada juga. contohnya macam aku, bila dia tanya, aku dah ada jawapan untuk soalan tu. so memang confident je jawab. smooth like a pro. hahaha. tapi cons dia, bila kita duduk dekat tempat orang lalu lalang, memang agak mengganggu. dengan suara interviewer kita tak dengar. yes! nanti aku senaraikan nasihat apa yang korang kena ikut untuk make sure you guys ace it! walaupun jawab macam orang tak betul, cakap melalut. alhamdulillah. aku terpilih untuk peringkat kedua. 

andai kata korang pun ada kena juga phone interview. ini antara soalan-soalan yang ditanya oleh company tersebut. 

1. What do you know about this company?


seriously cari dahulu website company tu and study a little bit. lagi-lagi dekat about section. tu penting! tapi jangalah duk copy paste ayat dia. baca and fahami. then rumuskan guna ayat sendiri. kalau hafal ayat dia, kau bayangkan kot lepas ni orang lain dia interview pun jawab benda sama. nampak sangat lah malas nak fahamkan. asal baca je.

2. Tell me a little bit about yourself.  


ini tricky sebab ini bukan personal question but more to professional question. so, jangan memandai cakap anak sulung dari 10 beradik, emak kerja cikgu, bapa pencen. adik sekolah tu. hobi masak dekat rumah orang. bla bla... no please don't make this mistake. tapi sebaliknya cerita korang graduate dari mana. and pernah kerja sebagai apa dulu andai ada. or kalau tak pernah bekerja, boleh cerita achievement masa dekat kolej dulu. 

3. Have you had your internship. Where and what do you do? 


4. Do you have any work experience? what makes you decide to choose this position? 


5. What is your strength and weakness.


HAHAHAHA. masa ni memang tak ready. entah mana aku letak paper, menggagau jawab. masa ni lah baru nampak gugup.  biasa kalau interview menerusi telefon ni memang tak banyak soalan dia akan tanya. panas dah telinga even 5 soalan je tau. 5 soalan tu jangan sangka tak ada anak-anak dia. almost 15 minutes juga la bercakap dengan orang tu. bayangkan masa tu dekat office, aku pergi lari duduk dekat tangga. and dan dan masa tu ramai orang nak pakai tangga instead of elevator. hahaha. so ini nasihat aku untuk korang.

1. kalau dia berikan masa untuk prepare interview tu sebelum dia telefon semula, better cari environment yang senyap dan tenang. so, korang tak senang distracted dengan benda lain. kot la mak tiba-tiba panggil, cakap dekat mak ada interview kejap lagi. karang mak duk panggil kita tak sahut, ada interviewer yang dengar kita kena bebel dengan mak. malu oi malu.

2. kalau memang tak dengar sangat soalan apa dia tanya, politely minta dia ulang semula soalan dia. tapi janganlah sampai 4-5 kali duk come again, can you repeat and something like that, ada interviewer yang tutup telefon terus karang. 

3. be confident. even dia tak nampak kita depan mata, tapi suara kita boleh buat orang tu bayang body language kita juga. suara ni memang main peranan. kalau perlahan sangat, orang bosan nak dengar. kalau laju sangat, orang susah nak faham. so, make sure cakap dengan penuh semangat. janganlah nada sekata je macam robot. 

4. akhiri ucapan dengan terima kasih. jangan lah macam cakap dengan member kan. okay babe aku dah kat sini. pap, tutup telefon. Please respect other people lagi-lagi yang tak kenal kita macam mana. 

okay, aku rasa itu sahaja kot. memang agak berdebar walaupun aku tak nampak orang yang interview aku. masuk je office memang rasa nak menangis sebab i felt like i can do better. tapi kesalahan sendiri. so, better be prepared. kertas kau letak semua atas lantai tu. tak apa. dia tak tahu kau tengah selak cari jawapan. good luck to all of you! :)

adios~












post signature

Pengalaman Digital Interview ala-ala Vlogger

$
0
0
Que Sera Sera. itu sahaja yang aku terfikir masa dah habis interview. ya Allah, rasa tergelak ada, rasa sedih ada, rasa geram ada. felt like i can do better than that! mesti biasa kita akan sebut macam tu kan bila sesi interview dah tamat. aku dah merasa pengalaman kena interview depan-depan. aku dah merasa interview menerusi telefon. dan sekarang ini yang terbaru (baru sahaja pagi tadi), aku mendapat experience dengan bercakap seorang diri di hadapan laptop pula. interesting kan! hahaha. so, ini kisah aku.

Image result for interview online

Pengalaman Digital Interview Menggunakan Video 


minggu lepas aku dapat satu email mengatakan aku dapat interview. Alhamdulillah. masa di hujung-hujung kontrak dekat company telco ni, aku agak susah hati sebab lepas ni nak kerja apa pula kan? takkan nak menganggur. habis tu nanti travel siapa nak sponsor? Dato'? haha as if... so, aku pun apply sahaja segala companies yang available dekat Jobstreet dan juga tempat lain. aku ada apply PTD haritu tapi dia kata apa entah. aku lupa. tapi tak layak la kiranya. it's okay. maybe tak ditakdirkan kerja dengan kerajaan. nan, nampaknya aku tak dapat kahwin dengan kau. hahaha. jk.

tapi Digital Interview? i mean like for real?? apa dia Digital Interview tu? kena Skype dengan orang company tu? or kena video conference or something? then, aku google and bertanya pada sahabat-sahabat di dalam group whatsapp. bila cari, baru tahu maksud Digital Interview ni, soalan sudah tersedia dalam website tersebut dan kita hanya perlu jawab depan laptop sahaja. pakai telefon bimbit pun tak ada masalah. tapi kadang-kadang kita tak perasan habit kita duk goyang sana goyang sini, nanti skrin jadi terganggu. SO PLEASE. jangan guna handphone. but instead you have a laptop with you right. Laptop is the best way to communicate in an interview. 

and please make sure tak ada orang dekat rumah masa tu. sekali tengah jawab soalan, adik kecil kau bogel berlari dekat belakang. adoi, malu pula kan. kita pun terganggu duk marah dia tak pakai seluar semua. it sounds funny but it's the truth. carilah tempat yang sesuai dan tak gelap. lebih better pakai earphone so suara kita memang lantang orang dengar. even benda ni ala-ala vlogger, meaning cakap sorang-sorang tapi kita akan terus hantar video tu pada interviewer. so, jangan main-main tau.

okay, aku expect memang lain soalan dia akan kasi. since company ni company ternama. aku carilah contoh soalan yang biasa orang tanya. dari pagi aku dah mentelaah segala soalan dan jawapan. i know for certain people tak suka prepare benda macam ni. diorang lebih prefer on the spot jawab. but not to me. not ever. aku pernah buat and it turns out to be a completely disaster. so, korang jangan memandai tak prepare. just do it! it's not that hard. 

TAPI. hahahaha. this is where it gets interesting. soalan yang diajukan ada 7 kesemuanya. and oh my oh my, soalan dia kasi memang aku tak jangka langsung. it was very fun i must say. tapi nak jawab tu ada masa terketar juga. antara soalan aku dapat adalah...

1. Kalau saya call kawan baik awak sekarang, apa 3 benda yang dia akan cakap pasal awak. 
2. Apa yang awak buat setiap malam Sabtu
3. List 2 strength yang awak miliki.

and bla bla blaa... lain tu soalan standard. tapi soalan paling aku blank sekali masa dia SURUH MENYANYI LAGU FAVORITE! yes, benda tu sangat senang. tapi bila kita dah set mind untuk fikir benda serious, kita jadi lupa benda senang. hahahahhaa. bayangkan masa tu aku duk fikir,

Ya Allah, nak nyanyi lagu Hindustan ke ni? ish takkanlah. lagu apa pula. Rab Ne Bana di Jodi ke? tapi lagu tu tinggi. alamak, apa lagi. Call Away? Phone Away? oh demit, apa nama tajuk lagu tu?

and then, aku nyanyilah. TAPI AKU LUPA LIRIK!!!! hahahahahhahahahahahahaha. lawaknya masa tu. dia suruh nyanyi satu line je tapi sampai 4 line aku kasi sebab first 2 line aku lupa. -.-

weyh, habis tu memang menggeletar satu badan. aku rasa macam banyak sangat aku melalut dalam interview tadi. mesti duk gelak je interviewer bila tengok video aku. alahai, tapi benda dah buat, tak dapat nak patah balik. walaupun nama dia digital interview, video tu hanya sekali sahaja boleh ambil. tak boleh retake or something. sekejap je interview aku jawab. sedih. i knew i should have done better than that. tapi que sera sera. kun fayakun. apa nak jadi, jadilah. macam kawan aku cakap, kalau dah ditakdirkan rezeki aku dapat, kelakar macam mana aku rasa tetap aku dapat rezeki tu. iye betul cakap dia. terima kasih Allah sebab kurniakan kawan-kawan macam ni. terubat sikit rasa nervous tu. 

so, ini nasihat aku untuk korang. be prepared for the worst. hahahaha. jangan sangka soalan mudah macam tu korang boleh jawab. sedangkan orang yang dah biasa baca surah Al-Ikhlas tapi bila depan Tok Kadi, kena baca habis terbaca Istighfar pula. ha, benda ni berlaku tau. and imagine dahulu that you can ace it in your interview no matter what happen. ini KC ajar pada aku. bila kita imagine benda baik masa kita tengah nervous, kita akan buat benda ni dengan tenang sahaja. trust me. bila kita duk fikir tak dapat tak dapat, memang takkan dapat. i did this for a few times now already and aku berjaya. aku duk bayang semalam masa interview aku duk sengih-sengih jawab, and akhirnya memang jadi benda tu. hahaha. aku tak katalah bila fikir benda tu akan jadi. tapi itu semua mindset sahaja. be cool okay. 

and many thanks to my beloved brother Izzat for not disturbing me masa aku tengah jawab interview. sebab dia tu kaki karok juga. sekali elok aku nak menyanyi terdengar suara dia pula. hahahaa. i wish you guys and girls the best of luck!

adios~



post signature

Semua Ada Kisah Silam

$
0
0
assalamualaikum and hello lads! tengah buat apa tu? harini penat sangat. satu sebab Monday Blues. so cliche. satu lagi bila balik je confirm hujan lebat. alhamdulillah, hujan itu mudah-mudahan membawa 1001 rahmat. tapi bagi aku yang hari-hari naik bas, nampaknya kena tukar schedule pula. itupun dah inform ummi aku dulu. kata minggu ni or perhaps bulan ni aku akan banyak balik lambat. macam tadi pun, sampai sahaja di rumah terus azan Maghrib. 1 jam menunggu bas. masa tiba di LRT Ara Damansara, dari jauh aku dah nampak bas datang. tapi Allahu, ramainya menunggu bas. bayangkan aku berjalan santai-santai nak ke bas pun masih tak habis lagi orang beratur menunggu giliran untuk naik. tapi aku tak sangguplah nak jadi tin sardin juga. dengan bawa balik keropok lekor ni. ada terhimpit bau kepok lekor karang. 

Image result for past quote tumblr

Semua Ada Kisah Silam


okay-okay, aku dah terpesong. pagi tadi sebenarnya kawan aku duk share gambar Twitter pasal seorang artis ni. artis yang sekarang maybe famous kot, sorry to say, aku tak berapa kenal artis Malaysia. anak-anak diorang aku lagi kenal nampaknya. bagi siapa yang aktif Twitter, maybe tahu aku merujuk pada siapa. bila aku baca, memang agak rude juga lah apa yang dia duk update status hari-hari. hebat betul manusia zaman sekarang. sampai ke tahun 2012 punya status pun dia orang sanggup korek semata-mata nak malukan artis tu. 

manusia ni memang satu betul. pantang nampak benda yang boleh dijadikan viral, dia buat jadi viral. masha ALLAH, kalau benda tu sebenarnya fitnah, kau boleh bayang tak apa akan jadi dekat kau nanti? even seteruk mana pun perangai dia, kita semua mesti ada zaman jahiliyyah dahulu kala kan. percayalah. 

kalau tengok kawan aku ni pun, subhanallah. alim sungguh. dari pandangan aku lah. tapi bila dia cerita kisah silam dia, aku terkejut besar. wow. are you trying to fool me or is it really the truth? tapi hakikatnya memang benar. sebab aku dulu pun ada memori lama yang aku tak mahu ingat. aku akui, masa arwah abah masih ada, aku punya baran tu teruk betul. aku ada baran yang sampai tangan ni pun terangkat sekali. teruk kan. and sampai ke form 3 aku jadi macam tu. tapi sikit je teguran dari ummi aku. zapp, terus tangan ni tak pernah terasa nak angkat and tampar sesiapa dah. cuma baran je masih ada sikit and boleh control. well, sometimes. 

see. agak-agak kalau aku dah cerita dekat korang sifat aku satu tu, korang nak berkawan dengan aku lagi tak? makin rendah ke korang punya tanggapan terhadap aku ni? kalau masih nak berkawan dengan aku, then thanks a lot. i really appreciate it. sebab tu aku kata siapalah kita untuk judge orang lain bilamana kita ada kisah silam sendiri. yang mungkin lebih teruk dari orang tu? 

cuba sekali tu, korang buka balik Facebook or Twitter or even Blog and cek status masa tahun 2012-2013 korang. mesti rasa malu sangat kan. aku pernah cari and baca status sendiri. and my reaction was like,

whoa, aku ke ni? gila tak matang. gediknya bahasa. kitew sukew awaks. 

hahaha. itu contoh sahaja okay! aku tak pernah okay pakai ayat w w tu. 

huh, dah tak tahu nak taip apa. dah berapa hari rupanya tak update blog. nak blogwalking sempat je dalam office tapi segan pula. time buat kerja, tak ada orang lalu lalang. time aku gatal buka Youtube, buka Blog, ramai pula duk mundar mandir. adoi la -.-

adios~





post signature

Penawar Resdung Paling Mujarab

$
0
0
assalamualaikum and hello lads! sihat semua? uih, pejam celik pejam celik dah masuk bulan Februari. nanti March pula. sedar-sedar je dah masuk bulan December semula. cepatnya. tapi setiap hari yang kita lalui, jangan abaikan macam tu je. and kesihatan pun kena jaga. tengoklah macam aku ni. dari baby lagi umi kata ada masalah kesihatan. agaknya body tak kuat kot antibody. i don't know. tak pergi-pergi lagi buat full medical check up. 

Image result for sinusitis


Penawar Resdung Paling Mujarab


salah satu penyakit yang aku rasa most of us ada ialah resdung. adoi, resdung ni sekali dia dah datang, rasa macam nak cabut je hidung letak dekat mana-mana dulu. then dah lega baru pasang balik. -.- makan pun kena berpantang kan. tak boleh makan belacan, makan seafood or anything yang boleh trigger kegatalan. bayangkan dulu pun kalau aku makan berlebihan, hidung akan jadi gatal. kadang-kadang pun rasa nak bersin tapi asyik tak jadi je. mata dah melampau sangat dah gatal ni. urgh, nak tidur memang tak selesa. 

tapi takkan asyik nak biar macam tu je kan. so, i try to find alternatives untuk sembuhkan penyakit resdung ni. nama dia adalah Ubat Resdong Paling Mujarab. aku cuba ambil dalam masa seminggu untuk makan dahulu. memang agak susah sebab aku bukan jenis orang yang suka makan pil. dia berbentuk pil berwarna merah. bukan tak suka makan tapi susah nak telan, asyik melekat je. korang ada cara tak untuk aku telan ubat pil dengan selesa?

In shaa ALLAH ini merupakan ubat resdung yang paling berkesan. ia dapat mengubati penyakit resdung dalam dan melegakan daripada alahan makanan, cuaca, bersin, selsema dan sebagainya yang berkaitan dengan resdung. 

Cara Makan: 


1 biji malam dan 1 biji pagi. so 2 kali sehari okay. 

 


AMARAN!


- ibu mengandung tidak digalakkan makan
- jangan dilangkah
- sekiranya resdung semakin reda, kurangkan pengambilan dengan memakan 1 hari sebiji sahaja atau selang 1 hari 1 biji. 

Testimoni Penawar Resdung Paling Mujarab













kalau korang rasa tak ada lagi penawar resdung paling mujarab, ini salah satu langkah lain untuk korang cuba. banyakkan selawat masa makan. in shaa ALLAH dapat membantu. 

seandainya berminat untuk membeli ubat resdung paling berkesan ni, boleh lah hubungi nombor tertera di bawah atau layari laman web berikut:

Puan Aisyah: 013- 9871616
Website: Herba Resdong
Website: Penawar Buasir Paling Mujarab Bagi Kaum Lelaki dan Wanita




post signature

GIVE AWAY POCKET CHIA SEED


Giveaway Sephia by Nik Ainaa

$
0
0
giveaway blogger, blogger Malaysia, Sephia by Janna Nick, giveaway Nik Ainaa

Giveaway Sephia by Nik Ainaa


CARA-CARA SERTAI GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA:



1- FOLLOW instagram Nik Ainaa (@nfa.nikainaa)

2- LIKE FB Page 'Ainaa Azlan Page'

3- FOLLOW blog Nik Ainaa

4- Buat satu entry dengan tajuk "GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA" dan letak banner kat atas (jangan lupa back link banner ke ENTRY INI)

TARIKH TAMAT : 19 FEBRUARI 2017



post signature

Dinner di Chili's Citta Mall, Ara Damansara

$
0
0
assalamualaikum and hello lads! salam Rabu. harini jalan ke office dah start jammed balik. haha. sempat lah merasa lengangnya LRT Kelana Jaya Line pada waktu pagi minggu lepas. rasa macam nak selfie pun ada tapi malu lah pula. macam orang tak pernah naik LRT gaya dia kan. so, simpan sahaja hasrat tu. ni baru cakap pasal pergi office, belum lagi balik. balik memang berzaman lah nak tunggu bas datang. so, ada masa kalau malas tunggu, aku singgah je sekejap cuci mata dekat mall yang terdekat dengan LRT Ara Damansara. 

Related image

Dinner di Chili's Citta Mall, Ara Damansara


and kebetulan di area tu ada dua mall. salah satunya adalah Citta Mall. aku rasa orang Subang mesti akan perasan mall ni sebab dia betul-betul sebelah jalan besar yang nak masuk ke Federal Highway. daripada stress hadap jammed yang malam baru nak reda, lebih-lebih lagi waktu hujan, baik lah singgah makan sekejap dekat situ kan. nasib baik ada Afnan. aku ni dah lah tak ada transport. bunyi macam dekat LRT dengan Citta Mall, tapi kalau jalan kaki, basah kuyup juga aku nanti bila dah sampai sana. haha. 

alhamdulillah, dalam 6:30 petang macam tu, kami selamat sampai ke Citta Mall. hajat di hati memang nak merasa makan di Chili's. tak sangka haritu ada rezeki aku dapat mencuba menu di Chili's. bukannya tak mahu pergi, tapi tengok harga dia agak mahal juga. so, time gaji masuk je lah baru berani sikit. duk tangguh punya tangguh, sampai ke sudah tak merasa. usai sahaja berada di depan pintu Chili's tu, Vivienne and Wei Jian dah ada pun dekat situ. alamak, sorry lah. lambat pula sampainya. jammed teruk betul dekat Kelana Jaya tu. Malaysia.

sebelum aku bercerita dengan lebih lanjut apa yang aku makan, aku nak cerita sikit tentang Chili's ni. Restoran Chili's ini merupakan restoran gabungan antara Texan dan Mexican( Tex-Mex) di mana mereka menghidangkan makanan yang diinspirasikan dari Barat Selatan, ditambah dengan sentuhan rasa American classic dan juga Mexican.

Environment Chili's Chitta Mall


aku rasa kalau nak compare Chili's dekat KLCC dengan Citta Mall tu, better lah datang sini. hahaha. sini penuh juga tapi tak adalah sesak macam dekat KLCC. first sebab parking lagi murah dari KLCC (of course). kami sampai dari pukul 6:30 petang tu melepak makan sampai pukul 9 malam, tiket parking baru je RM2. second, aku suka suasana tempat makan dia. lampu dim je. nak makan pun rasa tenang. kalau rasa sejuk sangat, dekat bahagian luar pun ada. sambil tengok pemandangan dekat luar, merokok melepaskan tekanan. Chili's ni makan dengan family and friends is better than makan seorang diri. ada juga yang sambut birthday dekat sini. nyanyi sama-sama dengan staff Chili's. aku pun sekali tepuk tangan sama-sama. haha seronok juga eh sambut birthday dekat luar ni. 

Image result for chili's citta mall
credit to Google

since ini adalah first time bagi aku, mestilah wajib cari signature and recommended meals je kan. agak lama juga fikir nak makan yang mana satu. seriously, banyak sangat choice. dari appetizer ke main meal and desserts. and ini antara menu yang kami pilih masa haritu. usai lama membelek, akhirnya jumpa juga menu yang betul-betul menarik perhatian perut aku.

Appetizer - Triple Dipper


Triple Dipper™
Nama Hidangan: Triple Dipper
Harga: RM34.20

Triple Dipper terdiri daripada 3 jenis hidangan termasuklah celery sticks dan juga sos. ada banyak jenis sebenarnya. andai kata tak mahu burger, boleh tukar dengan side yang lain. pilih sahaja mana satu yang korang berkenan. masa tu aku pilih 

Wings Over BuffaloChicken drummettes tossed in spicy Buffalo wing sauce. Served with cool Ranch dressing and fresh celery sticks.
Chicken Crispers: Classic famous strips of fried hand-battered chicken
Spicy Breaded Onion RingCrispy breaded onion rings dusted with Southwestern spices. Served with house-made Ranch dressing.

aku memang bukan jenis orang yang tahan pedas. so bila dia cakap spicy dalam  ni, aku still boleh tahan makan dia. sedap sangat. lagi bila makan dengan sos dia.untuk korang yang tak tahan pedas juga boleh try makan apa aku cuba ni. 

Main Course Chili's 


Mushroom-Swiss Burger

With fresh sautéed mushrooms, melted aged Swiss cheese, mayo, fresh leaf lettuce, tomato & house-made garlic dill pickles.

Image result for Mushroom-Swiss Burger chili's
Nama Hidangan: Mushroom-Swiss Burger
Harga: RM30.75

Mushroom-Swiss Burger ni seriously besar. pernah makan burger bakar tak? ha, sebiji tapi ni memang lagi sedap. aku suka daging dia sebab sangat tebal. makan burger dia sahaja dah cukup kenyang. even kami dah kerat 4 pun aku still rasa kenyang dah. Burger ni disediakan sekali dengan kentang goreng. 

apa yang aku kagum dengan Chili's ni bilamana makanan yang dihidangkan tu masih rasa originality dia. meaning macam kentang goreng tu kan, selalu akan rasa banyak garam, banyak minyak and kentang nya entah ke mana rasa. same goes with Mashed Potato. tapi dekat sini nasib baiklah rasa tetap sama.

Classic Ribeye*

10 oz. ribeye steak is a tender cut, marbled for maximum flavor, seasoned with special seasonings, and topped with seasoned butter. Served with loaded mashed potatoes and seasonal veggies.

Image result for classic ribeye chili's
Nama Hidangan: Classic Ribeye*
Harga: RM58.85

bagi siapa yang tak pernah ke restoran macam ni, aku recommend korang try steak or ribeye mereka. it's definitely worth to try. harga dengan hidangan dia memang takkan mengecewakan. setiap kali aku tengok rancangan masakan or masa ayah aku ajar masak, aku akan selalu dengar make sure bila masak daging or steak, dagingnya still rasa juicy. bila dah kering, rasa dia sangat berbeza sebenarnya. and yes, memang betul apa yang ayah aku and TV kata tu. so setiap kali pergi mana-mana, aku akan tengok sama ada juciy enough or not hidangan tu. 

classic ribeye memang juicy. combination yang sangat bagus dengan mashed potatoes and brokoli hijau. ha, untuk anak-anak korang yang tak suka brokoli hijau kan, boleh suruh diorang try masa ni. brokoli yang dia masak ni memang sedap. aku yang bukan penggemar brokoli pun boleh habiskan banyak. 

Fajita Trio - Grilled Chicken, Grilled Beef and Grilled Prawn

Signature sizzling fajitas served with sliced green bell peppers & caramelized onions, topped with chipotle-garlic butter & chopped cilantro. All fajitas are served with warm flour tortillas, shredded lettuce, house-made pico de gallo, mixed cheese, sour cream, fresh guacamole and fresh house-made salsa.

Mix & Match Fajita Trio
Nama Hidangan: Mix n Match Fajita Trio
Harga: RM48.95

kalau diikutkan nafsu makan aku yang tak pernah nak surut ni, aku suka pilih makanan yang ada banyak jenis hidangan dalamnya. contoh macam satu hidangan ada gabung mee dan juga kuey teow. haha. barulah dapat merasa semua. yes, i'm tamak thay way. sorry. 

siapa yang sama macam aku ni, aku cadangkan korang try Fajita Trio ni. sebab apa tau? semua ada. daging, ayam, dan juga udang! all in 1 set. amazing kan. tak perlulah nak order tu satu, ni satu, sana satu. ha, ambil. sekali semua ada. tapi siapa ada allergic tu, bagitahu awal-awal tau dekat waiter. ha, jenuh balik bibir macam Angelina Jolie. 

sedap hidangan Fajita Trio ni. sebab dia masak bersama dengan lada benggala. lada benggala ni selalu kasi sikit rasa pedas-pedas masam. perah pula dengan limau nipis, fuh memang makan seorang pun aku mampu ni. tiba-tiba rasa nak makan balik pula. 

Santa Fe Chicken Quesadillas

Tender grilled chicken, shredded Jack cheese and fresh corn salsa, drizzled with zesty citrus Santa sauce and layered between two flour tortillas. Served with fresh pico de gallo and sour cream.


okay, kalau korang datang ke Chili's pada waktu petang (hi tea) untuk melepak dengan kawan-kawan, aku sarankan korang order Santa Fe Chicken Quesadillas ni. sebab hidangan dia sangat simple yet sangat mengenyangkan. 

Chicken Bacon Ranch Quesadillas
Nama Hidangan: Santa Fe Chicken Quesadillas
Harga: RM29.95

alhamdulillah. kenyang sangat dapat rasa semua hidangan dekat atas tu. kalau korang rasa tak tahu nak order apa, aku recommend korang order semua yang aku order. and i promise you won't be disappointed. 

apalah guna makan besar-besar kalau tak ada pencuci mulut. yes, i have sweet tooth. aku rasa aku dengan makanan ni memang tak boleh dipisahkan. Vivienne order diam-diam je. aku pun mulanya tak tahu kami akan makan apa. tunggu punya tunggu, akhirnya sampai kami punya dessert. voila!

Molten Chocolate Cake

Moist chocolate cake with a melted chocolate center topped with vanilla ice-cream & a crunchy thin chocolate shell.

Molten Chocolate Cake
Nama Hidangan: Molten Chocolate Cake
Harga: RM22.05

huiiii, ini kaum Hawa sekalian, siapa yang rasa macam masa kempunan dia terhadap coklat dah sampai, inilah hidangan yang paling dinanti-nantikan oleh kita!! aku sebenarnya dah dekat 2 minggu duk meroyan cari kek coklat. sampai member 1 office semua runsing, aku ni macam orang hilang anak. hahaha. bila dapat je kek coklat molten depan mata ni, fuhhh.. bersyukur sangat-sangat. 

Molten Chocolate Cake ni memang super manis. siapa tak biasa sangat makanan manis, better get ready dengan air mineral sebotol. tapi kek ini bukan sekadar kek sahaja, ais krim pun ada diletakkan sebagai topping. aku ambil masa juga lah nak buat magic dekat kek tu, sebab kena ketuk pakai sudu untuk kasi coklat tu cair dekat sekeliling kek macam lava. tapi tak jadi. HAHAHAHAHA. noob nya. 

apalah guna makan banyak kalau air tak ada. kalau sekali sekala datang ke restoran macam ni, better try something unique or different. something yang korang takkan jumpa dekat tempat lain. itu apa yang kawan aku ajar setiap kali kami pergi makan masa dekat UNITEN dulu. so ini apa aku order

Watermelon Lemonade


Image result for watermelon lemonade chili's
Nama Minuman: Watermelon lemonade
Harga: RM14.95

and Afnan pula order Cappucino sahaja since dia nak drive jauh ke Balakong nanti. hahaha. sian Nan. thank you teman aku.

alhamdulillah, kenyang perut senang hati. memang tersandar molek dah dekat kerusi tu. berbaloi datang makan di restoran Chili's ni. satu hidangan tu pun dah boleh makan dalam 2-4 orang tau. serious besar portion dia. now i know kenapa harga dia macam tu. kiranya memang worth it la portion dengan harga. sangat berbaloi. aku rasa one day, nak sambut birthday dengan family aku dekat sini. doakan sahaja aku murah rezeki ye. aamiin. 

thank you so much Chili's, Bonsey Jaden, Wei Jian Tan and Vivienne for the delightful dinner. 

untuk makluman lanjut, boleh layari:

Facebook: Chili's Malaysia
Instagram: Chili's Malaysia
Sign up untuk dapatkan info/promo terbaru dari Chili's Malaysia: Mail Chili's

post signature

Jadi Mangsa Tipu Travel Agent

$
0
0
assalamualaikum and hello lads! salam Khamis. sihat semua harini? sekarang ni dah start balik musim sakit. kesian tengok budak-budak kecil yang tak dapat hadir ke sekolah sebab batuk teruk sangat, demam and macam-macam lagi. kalau ikutkan seronoklah bila tak payah pergi sekolah kan. boleh sambung tidur. haha. tapi yang tak bestnya part sakit tu lah. nak berjalan pun lagi tak boleh. tenaga tak banyak.

Image result for fool tumblr

Jadi Mangsa Tipu Travel Agent


bila cakap pasal berjalan ni, memang aku suka. sebab aku bukan jenis orang yang boleh duduk diam dekat rumah selalu. yes, ada masa memang aku prefer duduk di rumah. but most of the time, aku suka hang out dekat luar. socialize. especially bila involves traveling.

okay-okay, aku tak sehebat orang lain yang dah travel banyak negara. aku baru je nak berjinak-jinak pergi sendiri. so, masih lagi dalam proses nak belajar macam mana nak manage everything. schedule, cost, lodging, makan and everything. nasib baiklah pergi bersama dengan orang yang dah biasa travel. so, banyak sangat benda aku belajar. 

Image result for fool tumblr

and now, one thing aku belajar. never trust travel agent easily no more. masa aku travel ke Beijing dahulu, aku pakai travel agent juga. tapi ini berlainan agency. alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. tak ada scam apa semua. kami pergi dan balik dengan selamat. 

so, lepas tu aku start pergi dengan kawan-kawan secara sendiri pula. biasalah bila nak travel ni, satu benda yang menjadi concern adalah ticket flight. ada masa harga naik, ada masa harga jatuh mendadak. stress pun ada kadang-kadang tengok. sebab tu kami decide untuk mencari travel agent. kami cuma minta tiket flight sahaja. yang lain kami akan handle sendiri. lama juga lah kami book. and dah bayar full payment pun. 

at first, tengok macam okay sebab ramai yang dapat tiket. tapi lama-lama akak yang akan travel dengan aku perasan something off about this agent. so, aku bertanya pada agent yang aku pergi Beijing dahulu dan juga member aku yang merupakan travel agent. and apparently bila cek and soal siasat, bukan agency ni sahaja yang menjadi dalang, ada syarikat lebih atas dari mereka yang menjadi main problem dalam situasi ni. kalau korang cek dekat facebook, dah viral benda ni. rupanya ramai sangat yang kena tipu. hundreds! or maybe thousands people! i don't know. ada siap kena tipu sampai RM12k lagi. kesian kan.

Image result for fool tumblr

so, apa kami mampu buat hanyalah buat report sahaja. nak minta dengan agent yang kami deal ni pun dia kata dia dah tak ada duit nak bayar balik orang yang akan travel pada bulan Februari. aduhai. tak sangka boleh jadi macam ni. aku biasa dengar orang kena tipu dengan travel agent. tak sangka aku akan jadi one of them. tapi nasi dah jadi bubur. nak claim refund sekarang pun takkan settle sampailah bulan 6 si perempuan director tu kata. so, kita tunggu je lah. yang penting kena report dulu. 

itu sahaja dari aku. kalau siapa ada terfikir nak pakai travel agent, siasat dulu betul-betul okay. lagi yang bagi diskaun gila-gila ni. kalau tak, jadi macam ni. katanya pakai konsep ponzi scheme. macam skim cepat kaya tu kot. aku tak habis study pasal ni. happy travel everyone! 

adios~





post signature

C. Kingdom Trip ke Tadom Hills Resort yang Mengecewakan

$
0
0
assalamualaikum and hello lads! happy weekend to all of you :) apa je plan korang untuk minggu ni? mesti banyak jemputan kenduri kahwin kan. macam aku juga lah. merata tempat ada kawan-kawan kelas kahwin. tapi badan ada satu je. and malangnya aku tak berapa nak sihat so tak dapat attend mana-mana wedding. sobs. so, weekend aku macam biasa sahaja. ahadnya barulah hantar adik semula ke UPM. umi kata nak semua satu family ada, sebab nak sambut birthday ayah and adik-adik sekali. yes, family aku ramai lahir bulan 2. aku je terlajak sampai ke bulan Oktober. haha. 

Image result for tadom hill resorts

Tadom Hills Resort

I will never come here again.

anyways, bukan itu yang aku nak ceritakan. aku tak sihat ni dah masuk 4 bulan sebenarnya. blood pressure asyik tak naik-naik dari dulu. so, ada masalah dari segi pernafasan. asyik rasa penat semua. tapi sakit pun tetap gatal nak ikut trip yang kawan aku manage ni. ye la, bukan senang nak spend masa sama-sama dengan diorang. sorang dah kerja sana, sorang kerja sini. separuh dari tu dah kahwin jadi masa mereka lebih tertumpu pada orang tersayang sahaja. better lah aku ikut sahaja daripada tak buat apa masa Thaipusam tu kan. nak pergi KL karang aku risau jadi macam CNY haritu. penuh bangla. adoi


bagi penduduk Malaysia, aku rasa kita semua dah biasa dengar nama Tadom Hills Resort ni kan. Tadom Hills Resort terletak berdekatan dengan Sepang. kalau dah lalu roundabout Masjid Sepang tu, maknanya korang dah nak dekat. Tadom ni tepi highway je sebenarnya. masa aku gerak dengan Robi and Zihah, sikit lagi kami nak terlepas simpang. rupanya ada dua jalan nak masuk. haha. macam mana boleh tak perasan tak tahu. sebab nampak kelapa sawit je dari tadi. yes, Tadom Hills ni dikelilingi kelapa sawit. parking pun area situ. macam dekat Broga Hill. parking sini free. don't worry. 


amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera


untuk pengetahuan korang, sebelum masuk, ada borang kena isi dahulu. kalau tak nak ambil masa isi benda-bendalah dalam borang yang Tadom Hills kasi, boleh download terus dari website mereka. masa kami sampai tu, Jijie, Khadhra, Akmal and Afnan dah pun tiba. since Jijie yang handle kami punya trip ni. nak masuk kena bayar tau. bukan free.


aku rasa macam a bit mahallah dia punya rate. tak sure lah dia cover apa sebenarnya. maybe untuk life jacket dengan aktiviti terjun tu kot. kalau nak BBQ lain pula rate dia. nak sewa benda lain pun ada harga sendiri. makanan dekat cafe dia aku tak sure lah berapa. sebab kami bawa makanan sendiri. nasib aje boleh bawa makanan sendiri. kalau kena makan dekat situ je, mahu bertambah lagi berapa nak bayar. oh ya, menurut member aku cakap, kalau nak bawa peralatan BBQ sendiri tak boleh tau! kena sewa sana juga. arang pun kena beli harga lain juga.



masa kami sampai dalam pukul 10 pagi tu, aku tengok dah ramai orang juga lah. nasib aje dapat parking dekat dengan entrance. ada tempat main bola tampar dekat bahagian kiri entrance. belah kanan pula ada gazebo untuk kita berehat. ini kalau sesiapa bawa family especially nenek atuk, kena cepat-cepatlah cop. kalau dah terlambat, boleh cari dekat tempat lain. bayangkan pukul 10 pun dah habis semua orang ambil tempat masing-masing. haha. yang ada cuma bangku besar. kami alihkan sikit dekat tempat yang ada pokok kelapa sawit. even nanti matahari tegak dekat atas, at least dapatlah letak segala barang yang kami bawa tu. 


as time went by, member-member yang lain pun sampai. perut memang dah super lapar, jadi kami sarapan dahulu. thanks Saufi and Azfar tolong belikan nasi lemak. bila dah makan ni memang tak pandang kiri kanan. punya kebulur kan. usai makan, kami pun terus meluru ke tempat yang memang sudah lama aku nantikan dari tadi. mulanya kami simpan dahulu life jacket. tapi staff dekat situ tak bagi. dia kata once kau nak masuk dalam tasik, barulah kau boleh ambil life jacket. wow okay. dari segi supply tu, so far haritu aku tengok cukup sahaja. untuk budak kecil pun ada. 


amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera


okay, kelemahan aku yang satu is aku sangat takut air. bukan air shower ke air paip ke apa. air yang aku tahu bila-bila masa aku boleh lemas. bestfriend ada je ajar aku berenang. tapi panic attack tu melebihi dari rasa eager nak belajar berenang, so end up semua member aku tarik life jacket diorang. HAHAHAHAHAHA. thanks Zihah and Robi sebab sentiasa ada di sisi aku sepanjang dalam air. kalau tak ada diorang, aku tak rasa aku nak masuk air masa tu. tengok je orang happy main-main. sobs. 


bagi aku, yang tak bestnya bila mandi dekat Tadom Hills ni, makin lama makin crowded tempat dia. lagi-lagi dalam tasik. toleh kiri ada orang. toleh kanan ada orang. nasib aje aku tak tarik diorang punya life jacket sekali. since terlalu ramai sangat orang, kami bergerak jauh ke tepi sedikit and kebetulan nampak ada rakit kosong dekat situ. spot kami berdekatan dengan aktiviti terjun dalam tasik tu. water splash something nama aktiviti dia. malangnya bila lama-lama melepak atas rakit dekat area situ, kami terbau something weird pula. macam bau tahi lembu pun ada. aduh, mengundang rasa tak sedap pula bila fikir ini tasik lombong yang tak sure air dia di replace or tak. anyone can enlighten me with this? 


amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera



aktiviti terjun tu siapa-siapa pun boleh buat. and free. kalau ramai, kenalah beratur seketika dalam air. aku of course la tak terjun. nak berenang buat kuak lentang pun tak reti, ini pula nak terjun like a pro. no way man. no way. tapi kawan-kawan aku buatlah. aku jadi cheerleader je. 


punyalah seronok main dalam air sampai tak sedar dah masuk waktu tengah hari. naik aje memang lapar woo. Azfar yang setia menanti di tempat berehat kami semua, tolong hidangkan spaghetti yang mak Saufi masak. letih plus lapar. bayangkan makan dia macam mana. matahari pun dah makin terik. then masa tu barulah terasa menyesal sebab tak bawa sunblock. so, guys and girls! don't forget to bring along your sunblock okay! kalau tak, nanti jadi gelap macam aku. 


lepas dah kenyang semua, diorang turun semula untuk main air. aku dah tak larat. so, aku pergi salin baju and solat sementara menunggu diorang puas berenang and ambil gambar bersama. sebelum salin baju tu, sempat jugalah tengok apa yang ada di sekeliling Tadom Hills ni. tak adalah besar mana pun. ada cafe, ada hall, ada gazebo, ada tempat tidur. apa yang menariknya dengan tempat tidur mereka adalah konsep bamboo tu. yes, aku yang sememangnya sangat minat dengan seni and since ada bestfriend who is an architect, aku suka dengan design yang cuba diinspirasikan oleh Tadom Hills ni. ada Hammock, ada Chalet, ada khemah and last but not least Bamboo Hut. kami tak decide untuk tidur situ sebab esoknya waktu kerja and rasa macam tak berbaloi pula tidur sana. 


amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera amysyeera


amysyeera

amysyeera amysyeera

 



surau pun available dekat situ. telekung ada disediakan untuk para muslimah. toilet+shower ada di belah kiri berdekatan entrance. di belah kanan berdekatan chalet pun disediakan. tapi sayangnya masa pergi tu, tengah construction pula. aigoo.. member aku kata, siap ada sabun dekat shower dia. tapi aku memang tak mahulah nak pakai. entah berapa ramai orang pegang sabun tu dah. okay, sorry (not sorry) for being a hygiene freak. 


selain aktiviti berenang, ada juga aktiviti lain macam main dam, main Jenga and juga main tarik tali. well, bagi aku tak berapa best sebab permainan dia sangat terhad. tak semua orang boleh main. maknanya kena ikut turn. kalau ada rezeki, dapatlah kau main. kalau tak ada, kau main je lah air tu puas-puas. 


overall, aku akan recommend ke orang untuk datang sini? well, let's just say, kalau ada orang ajak aku datang sini lagi and dia sanggup sponsor entrance fee, aku akan reject permintaan dia. rasa macam tak puas sangat datang sini. maybe sebab masa kami datang tu, semua benda dia nak buat construction. aktiviti ekstrem yang ada hanya flying fox sahaja. itu pun tak sure berapa ringgit. kata ada lagi aktiviti lain, manalah tahu lepas ni lagi best kan. 


amysyeera

amysyeera



second one is overcrowded. aku claustrophobic. tak suka dengan confined space and all. so, bila makin ramai orang yang datang, aku rasa macam pergi Career Fair dekat Midvalley tu. i hate that feeling. toleh sana orang, toleh sini orang. Tadom Hills ni memuatkan sehingga 400 orang maksimum.


third one is cleanliness. toilet and shower dia memang terjaga. alhamdulillah. surau pun so far okay. part lain semua okay. cuma part air tasik tu je aku tak sure kebersihan dia macam mana. dengan bau busuk yang kami hidu tu. 


okay, lain orang lain pendapat dia. maybe bila korang pergi, korang suka pula kan. macam tengok movie. ada orang suka Dilwale sampai menangis-nangis. aku tengok Dilwale tak rasa apa pun. kalau nak ke sini, better pergi dengan kawan-kawan. family ni kalau bawa nenek atuk, or babies, better pergi pantai or air terjun kot. lebih tenang. dapat dengar air yang mengalir secara semulajadi. kalau lepas ni Tadom Hills dah start banyak aktiviti lasak, i'll reconsider my decision. 


okay, itu sahaja. adios!


post signature

Persediaan Sebelum Balik Kampung dengan Bateriku.com

$
0
0
Balik Kampung!!! ooooo balik kampung!! ooo balik kampungggg, hati giranggg~~ bila setiap kali raya or even saja-saja pulang ke kampung halaman setelah sekian lama tak jejak kaki, lagu ni pasti berputar-putar dalam minda aku. Feeling nak pack barang apa semua tu jadi lain macam bila aku selitkan dengan lagu sekali. siapa biasa buat macam tu? aku suka setiap kali nak kemas rumah ke buat homework ke, aku akan pasang sekali muzik. Barulah semangat sikit nak buat something dengan pantas dan efficient. I’ve been doing that since I was in my form 4. Tapi takkanlah baju je nak kemas kan bila balik kampung. Kebiasaannya bila kita balik kampung jauh macam dari Selangor ke Penang or even Johor ke Perlis, apa benda yang akan terlintas di fikiran korang? 


Persediaan Sebelum Balik Kampung dengan Bateriku.com

-Keselamatan rumah
-Kebersihan rumah
-Barang persiapan untuk pulang ke kampung halaman
-Servis kereta

Yes! Servis kereta sangatlah penting. satu benda yang selalu kita kena make sure adalah servis kenderaan. Bahaya tahu kalau tak servis kereta masa nak berjalan lebih dari 50km ni. Lagi bila musim perayaan menjelma. Nak cari kedai kereta yang buka memang susah sangat. So better safe than sorry. Tapi, semua ni hanya apply untuk orang yang bergerak jauh sahaja ke? Macam mana dengan aku pula? Aku ni kampung dekat Banting sahaja. Dalam 1 jam dah sampai kampung dari rumah. Perlu ke servis kereta? Macam tak je. Ini aku punya fiil lah. Hahaha. Rasa macam 1 jam tu sekejap je. In shaa ALLAH takkan ada apa-apa berlaku. Tapi sayangnya, setiap yang berlaku semua ALLAH dah tetapkan. 

Ingat tak aku pernah cerita kisah aku dengan housemate yang terpaksa struggle nak hidupkan kereta masa bulan puasa? Ya ALLAH, masa tu memang terasa azab sangat. Disebabkan puasa, jadi dalam pukul 4 petang kami dah gerak turun mencari bazaar untuk beli makanan. Nak pergi beli makanan tu tak adalah jauh mana. Dekat Putrajaya je. Nak dijadikan cerita, masa kawan aku duk startkan enjin kereta, tiba-tiba tak boleh hidup! BATERI KONG! Allahu. Bayangkan dengan panas dia, lapar dia, penat dia. Tiba-tiba jadi macam ni pula. Mahu tak terasa diuji. Dalam hati dah risau, nak panggil siapalah untuk tolong kami ni? Dah lah dalam kolej, semua orang tak ada. Keluar buka puasa di area mall terdekat. Habis tu macam mana ni? 



Nak tukar bateri dulu? Ish takkanlah. Jangan memandai pula kan buat bukan-bukan. Sekali silap. Tak pasal je. So, please bear in mind girls, jangan tukar dulu! :D Mana tahu bateri kereta kita okay lagi sebenarnya. Lagipun, kita tak tahu juga mana nak cari bateri kereta murah. Jadi untuk make sure we’re not doing the mistake, apa kata kita dapatkan second opinion. JIMATKAN DUIT ANDA. Ha, saat macam ni memang rasa bertuah sangat bila start ada servis tukar bateri dari Bateriku.com. kalau tak, nampaknya kami terpaksa berjalan kaki membeli makanan dengan keadaan macam tu. Terima kasih sangat-sangat bateriku.com

Apa sebenarnya bateriku.com ni? 


Tengok dari nama sahaja mungkin korang boleh teka apa servis yang mereka sediakan pada kita rakyat Malaysia. Ya, mereka membantu kita mengenalpasti masalah bateri kereta, consult berkenaan kereta kita dan juga menyediakan khidmat menukar bateri kita ke bateri baru. Kadang-kadang macam kita driver perempuan ni, bila kereta tak boleh start je, jadi panic kan. Lepastu cek sana cek sini still tak boleh tahu apa masalah kereta kita. And just assume it has something to do with the battery. Nak bawa ke bengkel memang terasa banyak duit akan melayang sebab diorang bukan takat cas bateri sahaja, tapi cas benda lain juga. Siapa selalu kena macam ni? Hakikatnya, bateri tak ada kena mengena dengan masalah kereta kita tadi. Kan dah rugi. Sebab tu bateriku.com buat khidmat consultation juga pada kita or to be exact orang macam aku untuk tahu mana satu masalahnya datang sebenarnya. 


Di mana boleh dapatkan servis bateriku.com


Servis bateriku.com sudah semakin meluas dari masa ke masa. Alhamdulillah, semakin senang hidup kita bila tiba-tiba one day terpaksa tersadai di tepi jalan sayu memerhati semua kenderaan lalu lalang dengan penuh kegembiraan. 

Kalau terasa curious pasal Bateriku.com ini dengan lebih mendalam, ataupun mungkin korang teringin nak jadi one of them who save our lives, boleh rujuk seperti di bawah:

Alamat: No 17 Jalan Saujana Indah 10, Taman Perindustrian Saujana Indah Shah Alam

NAK TUKAR BATERI KERETA?#JanganTukarDuluMUNGKIN BATERI OK LAGI !#DapatkanKepastian#GetSecondOpinionJIMATKAN DUIT ANDA

Anda dalam masalah bila melibatkan bateri kereta? 
Panggil BATERIKU.COM
Tol Free 1-800-22-2324 
Whatsapp: 012-245-8027 | 019-669-8279
Servis Hour: Isnin – Ahad | Johor – Perlis 
Staff bateriku.com akan datang ke lokasi anda | Pemeriksaan PERCUMA | Tidak perlu beli bateri lain & DIJAMIN tiada sebarang caj sekiranya bateri kereta masih elok
Kalau berminat untuk menyertai BATERIKU.COM di seluruh negara, korang boleh juga memohon secara online di www.bateriku.com >> Dealer >> Runner (Full Time/Part Time/Freelance) >> Rakan Workshop >> Rakan Tow Truck

post signature
Viewing all 451 articles
Browse latest View live