Quantcast
Channel: The Minimalist Traveler
Viewing all 451 articles
Browse latest View live

NIVEA: KEJAR KERJA APPRENTICESHIP PROGRAM POTENSI ANDA CITA-CITA KAMI

$
0
0
Setiap gadis adalah berbeza, namun di dalam sifat semula jadi mereka yang ayu dan pemalu, terdapat juga semangat yang membara untuk mengecapi impian mereka dan inilah antara karakter-karakter unik yang akan menentukan siapakah mereka pada masa hadapan. Cuba bayangkan, jika kekuatan dalaman ini dipadankan dengan peluang yang cerah, bukankah ia akan melahirkan wanita yang berpendidikan serta berkemahiran untuk negara kita?

NIVEA: Kejar Kerja Apprenticeship Program


NIVEA KejarKerja Apprenticeship Program merupakan usahasama antara FORWARD dan NIVEA bagi menyediakan platform dan memberikan peluang kepada para gadis ini untuk mencari dan meningkatkan kemahiran dan personaliti diri mereka serta meraih kerjaya dalam pelbagai industri kreatif di Malaysia. Projek ini juga diperkukuhkan dengan WOMEN:girls yang akan membantu kita untuk menyasarkan kumpulan pelatih khusus bagi tujuan perlaksanaan projek ini.


Antara ciri terbaik di dalam projek ini adalah penglibatan para perantis secara lansung bermula daripada hari perekrutan sehingga hari mereka berjaya mencapai matlamat utama selain daripada memperolehi inspirasi dan memperkasakan diri mereka melalui NIVEA dan FORWARD. NIVEA KejarKerja Apprenticeship Program telah membuka ruang yang terbaik kepada para gadis untuk menonjolkan bakat serta menonjolkan potensi penuh mereka.

Melalui penglibatan mereka dengan NIVEA KejarKerja Apprenticeship Program, mereka dipupuk serta diberikan motivasi untuk mencapai kecemerlangan pada tahap yang lebih tinggi agar dapat memperbaiki diri walaupun mendapat kurang sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan serta segelintiran pemikiran masyarakat yang stereotaip.

Apprentice 1- Sharifah Fairuz Safraa Bt Tuan Said Shaikh

Apprentice 2- Srivani AP Manogran

Apprentice 3- Nor Atiqah Bt Jamaluddin

Apprentice 4- Nur Ain Bt Shaari

Apprentice 5- Sharifah Farah Farahana Bt. Tuan Said Shaikh

Apprentice 6- Fakhirah Izzati Bt. Muhammad Hashim

Apprentice 7- Nur Balila Bt. Basri.


NIVEA KejarKerja Apprenticeship Program menyasarkan gadis seawall usia 18 tahun yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Lembah Klang dan Selangor. Projek ini menyediakan laluan yang lebih baik untuk mereka ceburi dalam bidang industri kreatif yang digemari, pada masa yang sama, project ini akan membantu merapatkan jurang kemahiran kritikal serta bakat di Malaysia. Gadis-gadis ini akan dibimbing oleh individu-individu terkenal seperti Chef Adu dari The Canteen, Boryeong Mud Facial Spa @ Nu Sentral, Baba Can Cook dari Limapulo, Project B, Souka Bakes, sertapenasihat kecantikan terbaik NIVEA. Program ini turut dibimbing oleh nama-nama terkemuka seperti Christopher Ling dan Firdaus Nisha, yang masing-masing mempunyai kekuatan dalam bidang mereka sendiri agar dapat menjadi sebahagian daripada sumbangan terhadap kejayaan ini.

Berlian tidak muncul di depan mata, tapi perlu di cari. Atas sebab itulah, NIVEA KejarKerja Apprenticeship Program telah distrukturkan untuk mencari para perantis yang berpotensi dengan teliti dan cermat melalui kaedah kaji selidik, serta pencarian di kawasan sasaran sebelum proses pengambilan, orientasi dan perantis dijalankan. Kerjasama antara NIVEAdan FORWARD telah menyasarkan sehingga 350 orang gadis di lebih daripada lima lokasi untuk fasa pertama perekrutan selama tempoh sepuluh hari. Fasa orientasi akan melibatkan perantis yang telah disenarai pendekkan dan mereka akan dilatih dengan asas-asas kerja oleh pembimbing pilihan mereka di kem latihan bagi program ini. 

Hanya yang terbaik di antara kalangan perantis akan meneruskan ke fasa Apprenticeship yang seterusnya setelah berjaya melepasi sesi temuduga bersama mentor mereka. Pada 26th September 2016, tujuh perantis yang berjaya akan di perkenalkan di dalam majlis bersama media iaitu “Apprentice Announcement Ceremony” bagi mengumumkan kejayaan mereka untuk mendaftarkan diri dalam program perantis ini. NIVEA KejarKerja Apprenticeship Program meliputi penilaian mingguan oleh mentor dengan proses dokumentasi melalui video perjalanan mereka dan testimony daripada mentor mereka. Setiap perantis akan diberikan elaun RM250 setiap minggu sepanjang tempoh perantis. Pada minggu terakhir NIVEA KejarKerja Apprenticeship Program, perantis yang berjaya akan disalurkan kepada tawaran kerja bersesuaian, serta memulakan peluang pekerjaan mereka dalam organisasi berikut.

post signature

Sambut Birthday di Bukit Nanas Forest Reserve Kuala Lumpur

$
0
0
siapa sangka di tengah bandar kota yang sangat sesak dan penuh dengan bangunan pencakar langit, ada terselit satu kawasan hutan simpan. Pada mulanya aku pun tak tahu. tapi sejak join couchsurfing yang aku ceritakan pada korang sebelum ini, aku jadi tertarik nak tengok apalah keindahan yang ada di Malaysia ni especially Kuala Lumpur. aku rasa KL ni macam tak ada apa untuk ditengok. 
amysyeera

Bukit Nanas Forest Reserve Kuala Lumpur

hakikatnya, ada juga nature di bandar KL ini. memadangkan hari jadi aku jatuh pada hari Isnin, jadi Hana ingin sambut birthday aku pada hari Ahad. dan juga menyambut boyfriend nya Irfan yang baru sahaja dapat kerja. tahniah! awal perancangan cuma melepak makan di Hoagies Hauz je. tapi lepas tu tiba-tiba terus kami bertiga blur nak buat apa. nak tengok wayang, semua dah penuh. cerita best tak banyak pula tu. so, fikir punya fikir, Hana cadangkan untuk pergi ke KL Eco Forest Park sahaja. 


dari KL Sentral nak ke situ menaiki Uber cuma makan sebanyak RM4 sahaja! murahnya. cuma balik sahaja agak mahal. dalam RM9. sebab lalu jalan lain. so, kalau nak free rides for the first time, korang boleh pakai code promo ini > amyj438 .  tempatnya sangat dekat dengan bangunan Bursa Saham. apatah lagi KL Tower! kalau dah sampai KL Tower, boleh lah melepak di Bukit Nanas Forest Reserve tu seketika. 
menurut pakcik kaunter di situ, buat masa ini, nak masuk ke dalam Forest Park tadi adalah percuma! tapi lepas ni akan start dah bayar. aku tak tahulah berapa bayaran dia. sebab canopy walk tu pun baru sahaja dibina. maybe sebab tu dia mula buat admission fees. tak mahu cakap lebih, ini antara gambar yang diambil oleh aku, Hana dan juga Irfan (photographer sambilan).














perjalanan yang diambil di dalam tu cuma memakan masa selama 1 jam 30 minit sahaja. tak lama pun. bergantung pada stamina korang. haritu daki bukit sikit kami dah mengah. hahahaha. nampaknya lepas ni kena exercise. bagi aku, KL Eco Forest Park ni boleh la kalau nak berjalan saja-saja kalau bosan duduk di KL tu. kalau bawa anak-anak agak penat sikit. sebab nak naik ke canopy walk tu agak tinggi dan banyak kali. hahahaha. and kami pula datang waktu petang, adoi memang tak ada angin. panas sokmo. and jangan lupa bawa air. aku rasa macam sekejap je tapi haus dia jangan cakaplah. 
cadangan aku, kalau ada binatang ke burung-burung ke apa-apa lagi flora dan fauna yang lain, mesti lagi menarik tempat ni. kalau bayar pun, at least aku rasa worth it to go. maybe someday kot. who knows. 

 



 






okay itu sahaja dari aku. and aku dapat bunga dari bestfriend. dapat baju kurung special dari umi. aku suka sangat warna dia! nanti aku share ye :)
adios~
post signature

Bibir Terkena Infection

$
0
0
Asssalamualaikum and hello lads! apa khabar semua? aku harap semuanya sihat sahaja sepanjang bulan ini In Shaa ALLAH. tapi apa pula jadi dengan aku. badan aku sihat alhamdulillah sahaja. cuma tiba-tiba satu insiden yang membawa kepada jangkitan pada bibir aku.

Image result for pain tumblr

Bibir Terkena Infection


alkisahnya aku ni rakus. disebabkan tekak terasa sangat haus, aku capai gelas plastik di atas meja and terus tuang air teh yang aku nampak depan mata. permukaan gelas memang dah terasa panas. tapi bila minum teguk terus, tak sangka pula PANAS gila. -.- dah masuk dalam mulut, terpaksa lah telan. habis bibir aku. luka jadinya sebab panas. tapi silap aku juga, bila dah panas, aku biarkan bibir aku macam tu je. 

and next day, nak keluar jumpa bestfriend, aku bantai p pakai lipstick. -.- masa sebelum pakai tu dah rasa kering bibir. macam biji-biji pun ada. tapi aku tak boleh nak perhati betul-betul. sebab memang halus sangat lukanya tapi panjang. full upper lips lah kiranya. bila pakai lipstick tu, baliknya rasa macam kering sangat. macam makin teruk. alahai. T_T

and harini jadi makin worst! aku rasa macam aku dah tak minum selama 10 hari berturut-turut. bayangkan keringnya bibir aku macam mana sampai kawan-kawan pun boleh nampak dari jauh. so aku decide untuk pergi ke klinik. aku tak rasa cuma sekadar kering je bibir aku ni. bila pakai aloe vera macam tak ada apa-apa effect pula. 

doktor bagitahu memang ada terkena infection ni. bibir aku dah luka sebab kena air panas. lepas tu belum sembuh lagi, aku dah gatal pakai lipstick, so chemical yang ada dalam lipstick tu mungkin bagi reaksi yang negatif pada bibir aku. so, jadilah biji-biji kecil macam ni. dah macam kulit ular pun ada aku rasa -.-

Image result for medicine tumblr

so doktor suggest aku untuk

- jangan minum air panas sangat or sejuk sangat. air sejuk takpe. air BERAIS tak boleh.
- jangan makan pedas, masam
- seeloknya apply Vaseline pada bibir. sekerap mungkin. 

aku harap lepas ni dapatlah balik keadaan bibir aku macam dulu. sobs. 

adios~

post signature

5 Perkara Aku Belajar Semasa Dibesarkan oleh Ibu Tunggalku

$
0
0
Pernah tak rasa betapa susahnya hidup kita ni kadang-kadang? baru sahaja hendak merasai hidup penuh nikmat, tiba-tiba sahaja datang lagi ujian menimpa diri. mestilah semua pernah rasa kan. tapi kalini aku cuma nak fokuskan pada kehidupan seorang ibu tunggal sahaja. sebab apa? aku pernah melihat depan mata sendiri benda yang terjadi. kisah umi aku. aku tidak mahu menyentuh terlalu peribadi. sebab takut menangis pula. jadi, aku tuliskan apa yang aku rasai sahaja secara general. assamualaikum and hello lads! jom hayati seketika cerita aku ini. 

Image result for mother daughter islamic tumblr

Perkara Aku Belajar dari Seorang Ibu Tunggal


1. Belajar Berdikari

aku juga belajar untuk melakukan semua sendiri. aku rasa aku tak perlukan lelaki untuk selamatkan aku atau menjaga aku. aku tidak pasti kelak macam mana untuk aku bergantung harap pada suami nanti. aku belajar dari umi yang aku juga boleh hidup happy tanpa perlu bergantung pada seorang lelaki. aku juga tahu aku mampu untuk memasak, mengemas rumah, bekerja dan membesarkan anak-anak pada yang sama tanpa sebarang lelah dan rungutan.

2. Cinta Tak Bersyarat

indahnya bila memiliki ibu ni bila kita dapat merasai kasih sayang yang tak berbelah bahagi diberi olehnya. aku cukup bersyukur dapat umi aku. maaf, aku tak berniat nak kecilkan hati sesiapa yang sudah kehilangan ibu. tapi dari umi yang selama 8 tahun bergelar ibu tunggal, aku belajar umi aku sanggup korbankan masa dia, kesihatan dia, dan masa sendiri dia untuk menjaga dan membesarkan kami berlima. satu patah ayat negatif sekalipun tidak keluar dari bibirnya. apa yang keluar sentiasa cuma ukiran senyuman manisnya walaupun aku boleh nampak riak sedih di mata itu. dia mengajar aku bahawa cinta sejati sebenarnya wujud dan tiada sesiapa (manusia) yang boleh menandingi kasih sayang seorang ibu. 

3. Belajar Mencintai Diri Sendiri

bagi seorang wanita mahupun lelaki, bukan mudah untuk mencintai diri sendiri. aku juga berperasaan yang sama. cuma bila perhatikan umi aku, aku belajar untuk menjauhkan diri daripada benda tak berfaedah untuk aku. meaning keluar dari sikap negaviti yang ada pada diri. belajar untuk teruskan kehidupan walaupun ada yang mengata mengeji. iya, bukan mudah bergelar ibu tunggal. apatah lagi ibu yang mempunyai anak yang ramai untuk dia sara. pasti mulut di luar sana akan bercerita. aku belajar bahawa kegagalan, kekecewaan, dan kesedihan do not define who we are, tetapi cara bagaimana untuk kita naik semula menjadi orang berjaya dan lebih kuat, itu lah yang menjadi apa diri kita sekarang ini.


4.Hati Lembut, Fizikal Kuat

seorang ibu yang kuat ni, walaupun dari luar kita nampak dia sangat kuat. umi aku boleh menjahit, boleh bawa kereta ke mana-mana seorang diri, boleh bertukang, boleh berkebun, tetapi hatinya yang sensitif itu sangat pandai dia pendam tanpa pengetahuan anak-anaknya. hakikatnya aku tahu, sekuat mana seorang wanita, pasti waktu malam air mata akan jatuh jua. menangis dalam diam melihat anak-anak dalam kesakitan, atau berjaga sepanjang malam demi memastikan anak-anak sihat kembali, hati tidak tenang bila melihat anak-anaknya resah gelisah, bila umi memeluk kami ketika kami terlalu bersedih atas sesuatu benda walau remeh sekalipun. ternyata biar lembut mana hati itu tidak membuktikan sama sekali dia lemah. hebatnya seorang ibu.

5. Tidak Berpaling Lagi ke Belakang

kenapalah aku yang jadi anak sulung?

kenapalah aku yang kena ujian macam ni?

kalaulah abah masih ada, aku nak minta maaf banyak-banyak sebab selalu menyusahkan


ya, aku akui masa di awal pemergian abah aku dulu, aku selalu merungut. macam orang meroyan pun ada. aku masih lagi di usia 14 tahun. baru nak merasa hidup freedom. tapi sebaliknya ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. aku mula buka mata dan melihat dunia dengan makna yang berbeza. apatah lagi bila aku mula nampak pengorbanan umi pada kami. aku belajar bahawa tiada gunanya untuk mengungkit lagi kisam silam. kalaulah aku macam ini, kalaulah aku begitu. tidak perlu untuk aku menoleh ke belakang dan tertanya-tanya kenapa aku dilanda ujian sebegini sekali, berbeza dengan orang lain. aku belajar untuk meneruskan kehidupan seperti biasa dan lebih bersemangat. aku belajar bahawa apa yang terjadi pasti ada hikmahnya tersendiri yang ALLAH sudah suratkan buat kita. 

Image result for mother tumblr


alhamdulillah. aku mempunyai umi. ada ketegasan dalam kelembutan. ada kekuatan dalam kekecewaan. ada sinar harapan dalam kegagalan. aku mahu menjadi seperti umi juga. tidak gentar walau apa sahaja ujian yang akan ditempuhi. kini umi sudah pun berkahwin. and aku mula nampak umi aku happy semula seperti dulu. tidak terbalas jasa yang umi dah lakukan pada kami. hanya doa sahaja yang tidak akan pernah putus padanya. mudah-mudahan. nak juga simpan duit so umi dapat pergi berjalan berdua dengan ayah di negara orang. Mauritus maybe. one day. in shaa ALLAH.

adios~

post signature

Graduan Menganggur, Adakah Salah Kami Sendiri?

$
0
0
assalamualaikum and hello lads! good morning everyone. as usual, setiap hari Isnin memang aku sibuk sedikit. mengumpul data dari semua vendor untuk buat trending. yes, that's all I can say. but so far, I like this job. well, not so much sebab aku tak dapat nak travel ke mana-mana. hahaha. aku suka kerja yang berjalan. nevertheless, macam orang cakap, bersyukur sahajalah. sekurang-kurangnya dah ada kerja kan.

Image result for jobs tumblr

Graduan Menganggur, Salah Siapa?


ye, aku bersyukur aku dah ada kerja buat sementara waktu. tapi aku ini masih di ambang tak ada kerja juga sebab bila-bila masa sahaja aku akan tamat kontrak di sini. agak sedih tak dapat sambung sebab CEO baru dah freeze all new hiring. what to do. maybe ada rezeki, maybe tak ada. so, in the meantime aku cuba juga mencari kerja di Jobstreet and everywhere yang mengiklankan job vacancy di Malaysia ini. 

tapi aku nak tekankan dekat sini adalah dari sudut aku sebagai pelajar graduan universiti. tak kisahlah universiti ke kolej ke atau di mana-mana. mula-mula aku fikir maybe kami sebagai graduan ini memilih untuk kerja. nak di negeri sendiri sahaja. nak angka 4 digit sahaja. nak bergelar executive sahaja. tapi lama-lama aku rasa benda tu dah tak relevant. 

okay, mungkin sesetengah graduan masih lagi bersikap begitu. mahu taknya. kami penat belajar sampai 5-6 tahun. tiba-tiba apply lain punya position. nanti masyarakat sekeliling mengata. tapi bila apply yang sama sahaja, kami juga diperkatakan. habis tu apa perlu kami graduan ni buat? 

tapi bila dah apply position lain, lain pula jadinya. company nak yang ada experienced la. nak yang possessed kos tertentu sahaja lah. kata mahu fresh graduate, tetapi mahu experienced at least 5 years. huh? mana dapat title fresh and 5-years experienced tu? I don't get it. kerja sambil belajar ke? bilamana kami tak memilih, company pula memilih. aku tahu, company memanglah lagi senang pilih applicants yang betul betul berkelayakan mengikut akademik masing-masing. 

jadi salah kami ke kerana memilih position mengikut kos yang kami ambil sahaja? kadang-kadang bila aku apply position tu, aku tutup mata je bila dia state nak orang yang fresh graduate dengan pengalaman lebih 3 tahun. kot lah ada rezeki dia ambil aku interview. tapi hakikatnya esok tengok, kena reject. kata tak suitable. can someone tell me, mana aku nak cari kerja yang dah ada pengalaman 3 tahun tu kalau aku ni FRESH graduate? kalau dibandingkan graduate students dengan epal. epal yang 3 tahun aku tak rasa fresh dah. and aku tak ada pula so far dengar orang buat praktikal sampai 3 tahun. kalau semua company reject kami, macam mana kami nak dapat pengalaman 3 tahun tu? 

Image result for jobs tumblr

memang semua company nak menjaga nama dan reputasi mereka. tapi jangan pula ambil enteng dengan kami yang tak punya sebarang kerja ini. tak seronok bila hari-hari ada sahaja orang bertanya, dah dapat kerja ke? kenapa duduk rumah je? apa guna kau study 5 tahun dulu? bukan kami tak sedaya upaya mencari kerja. kenalah cari. kami ada life sendiri. ada impian nak tolong keluarga semua. kalau company sendiri tak percaya dengan kebolehan kami, macam mana kami nak buktikan kami mampu? 

tapi aku kagum dengan graduan yang tak sia-siakan masa dengan duduk goyang kaki sahaja. ramai juga yang buat business aku tengok. moga korang semua berjaya. sementara mencari kerja yang elok dan tetap, teruskanlah usaha mencari duit di negara yang serba serbi ekonomi tak stabil ni. itu sahaja. bukan niat nak cari gaduh. cuma meluahkan apa kami rasa sahaja. 

adios~

post signature

Membeli dengan Lebih Murah dan Bijak di ezbuy Malaysia

$
0
0
setiap kali buka browser di laptop sahaja, tangan aku pasti gatal untuk search website shopping online. tak kisahlah apa sahaja. then, aku akan buat perbandingan sampailah aku puas hati dengan harga dan kualiti barang tu. agak complicated ke? nah, bagi aku, kalau benda tu nak pakai lama, kita kenalah bijak mencari juga. jangan beli punya mahal sekali pakai baru seminggu dah macam apa rupa dia. sekarang ni makin banyak pula website online shopping kan. semuanya memang semakin memudahkan kita. yang terbaru ni aku baru dapat tahu adalah ezbuy.my

apa itu ezbuy.my

tapi 1 benda je yang aku tak suka bila shopping online ni. postage dia sangat mahal! makin banyak barang beli, makin melampau lampau pula harga postage dia. sebab tu kadang-kadang aku macam berkira nak beli ke tak. satu benda yang membuatkan aku tertarik dengan ezbuy.my ni bilamana banyak mana barang yang kita beli pun di situ, harga postage tetap RM8.80! can you imagine that? hahaha. i'm quite surprised actually. kalau aku lama dah tahu pasal Ezbuy Malaysia ni, dah lama aku shopping sini saje. 
aku sejak passion nak travel ni makin membuak-buak, of course lah search barang travel sahaja memanjang. korang ikutlah mana kemahuan dan keperluan sendiri. meh aku ajar cara nak beli barang shopping di sini
1. Buka website ezbuy.my dan Register di sini dahulu kalau nak dapatkan VOUCHER RM15. then, search barang apa korang mahu. atau simply click categories yang korang berkenan. kalau macam aku, aku search travel. 
p/s: OTP tu kalau korang dah isi nombor telefon, klik send OTP dulu. 1 message akan dapat dan masukkan kod ke dalam blank space then baru click register.
2.pilih mana yang berkenan. nak filter dulu pun boleh, nak cari barang yang di bawah kategori prime service sahaja. or nak barang dalam range RM10-RM100 ke. ikut mana yang korang prefer.

3. tahu tak, dah berkurun lamanya aku nak beli bantal macam ni. hahaha. sakit kepala tahu tak kalau lama sangat duduk dalam kapal terbang tu. dengan kepala yang tak boleh nak statik bila dah terlena. so, add to cart (2). make sure pilih warna (1) yang korang nak. bila dah puas hati, check out lah. barang yang dah beli boleh tengok di sidebar kanan (3)


15% Diskaun Shipping Fee di ezbuy Malaysia

nah, tadi dah international shipping fee RM8.80. ni masukkan sekali kod ezsh15 untuk dapatkan diskaun 15% untuk pembelian produk di ezbuy.my . diskaun memang penting untuk kita kan. haha. pergi ke mana-mana je, diskaun kita cari dulu. 

kelebihan beli barang guna prime service di ezbuy malaysia

RM8.80 itu sangat murah bila kita boleh beli barang banyak mana pun kita mahu. lebih-lebih lagi kalau macam aku yang sibuk mencari rumah. kalau nak harapkan ke sana ke sini mencari barang, memang taklah. tapi dekat ezbuy.my ni, aku cuma perlu bayar RM18.80 untuk percubaan selama sebulan ataupun RM188.80 untuk setahun, aku dah boleh enjoy unlimited shopping dengan postage sebanyak RM8.80 sahaja. seronok kan. beli beg travel, beli meja study, dan macam-macam lagi, semuanya tiada limit.

tengok tu perbezaan harga bila beli barang online di tempat lain dan juga bila beli di ezbuy ni? sangat banyak duit kita boleh jimat hanya dengan kurangkan harga postage sahaja! so macam mana cara nak beli barang dengan harga postage yang murah ni.
1. buka website ezbuy.my dan click Prime page
2. prosedur sama sahaja seperti di atas. tapi terlebih dahulu kena purchase shipping trial for 1 month sebanyak RM18.80 ataupun RM188.80 for 1 year. scroll bawah sekali dan korang click mana 1 korang nak.
3. Shopping!
kalau perasan, barang yang dijual di ezbuy.my ni datang dari merata negara seperti China, USA dan lain-lain. kalau pernah beli online dari luar negara, shipping adakalahnya lebih mahal dari produk yang kita purchase. so now you see why this postage free is really important.

Best Selling Product di ezbuy.my

pernah tak korang ada perasaan nak buka website online shopping tapi tak tahu pun nak beli apa? aku selalu ada rasa macam tu. asal bosan je, buka, godek-godek barang menarik. kotlah berkenan, boleh beli terus. 
so, aku suggest kalau korang dah blur sangat tak tahu nak cari apa, click sini untuk semua produk best seller. banyak juga rupanya barangnya. dari merata tempat. lagi lama boleh scroll di sini. and lagi banyak berkenan di hati. masa setiap kali kita purchase, kita akan dapat unique selling points juga tau. tahu tak?
100 credits = RM1.00
500 credits = perkenalkan kawan dengan website ini dan dia membeli dari sini
nah, apa tunggu lagi. jom kita shopping sekarang! aku dah banyak dah simpan dalam cart ini. tunggu nak beli sahaja. make sure ingat apa aku ajar tadi. banyak benefit kalau apply seperti di atas. 
adios~
post signature

Filem Terbaru Shah Rukh Khan | Dear Zindagi

$
0
0
pejam celik pejam celik, who knows dah berpuluh tahun Shah Rukh Khan berlakon kan. tengoklah sampai dah usia masuk ke angka 50an pun, dia masih bertenaga berlakon. aku rasa there's no one can replace him. and Aamir Khan cuz I like him as well. haha. and now! Shah Rukh Khan bakal beraksi dalam satu movie lagi yang bertajuk Dear Zindagi. 

Image result for dear zindagi

Dear Zindagi Filem Terbaru Shah Rukh Khan dan Alia Bhatt


assalamualaikum and hello lads! siapa yang excited nak tengok movie Dear Zindagi ni?  aku sebagai peminat cerita Hindustan of course lah tak sabar nak tunggu. tapi tapi tapi, yang aku a bit surprised bila pelakon wanita dia adalah Alia Bhatt. huh? I REALLY HOPE yang diorang bukannya lovers dalam movie ni. sebab apa? it's more like a daughter-father relationship to me between them. SRK dah berumur 50an kot. Alia baru je 20an. it's too weird. okay, maybe certain people yang tak tahu jurang umur diorang akan rasa biasa je. tapi bagi aku, it's just not. but yeah, we'll see what's going to happen. maybe diorang bertemu untuk tahu pasal kehidupan je ke?

yes, Dear Zindagi bermaksud Wahai/Duhai/Oh Kehidupan. something like that. aku tak sabar sangat nak tunggu full trailer. yang keluar cuma teaser sikit sahaja and still I don't get it. dalam teaser ni ada sebut pasal Kabbadi. Kabbadi actually game yang sangat famous di India.

well, that's all I can say so far. aku haritu tak sabar nak tengok Ae Dil Mushkil. TAPI tiba-tiba isu Pakistan dengan India naik balik, habis pelakon favorite aku dibuang semua scenes dia. seriously Karan Johar? urgh, aku malas dah nak tengok. tak ada mood. -.-

okay, tu je. adios~
post signature

Rahsia Kekal Muda Walaupun Sudah Berusia 47 Tahun

$
0
0
percaya atau tidak, aku sedang membicarakan mengenai ummi aku sendiri. takkanlah aku pula yang berumur 47 tahun kan. walaupun jurang umur kami memang of courselah jauh bezanya, tetapi bila tiap kali keluar berjalan bersama-sama termasuklah adik-adik perempuan aku sekali, ramai menyangka ummi adalah kakak kami. haha. ada masanya kelakar juga. ada masa sedih pun iye. mana taknya, aku yang terasa sangat tua ataupun umi aku yang tampak terlalu muda? hahaha. jadi apa tips sampai umi aku mampu kekalkan kecantikan sehingga kini? assalamualaikum and hello lads! mari sama-sama baca salah satu tips yang umi aku amalkan supaya kekal muda sentiasa.


Rahsia Kekal Muda Walaupun Sudah Berusia 47 Tahun


untuk memastikan wajah sentiasa segar dan berseri memang memerlukan disiplin yang tinggi. selain makanan seperti pil atau madu untuk kesihatan dalaman, luaran juga perlu dititikberatkan. jadi apa rahsia nya? Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence dan juga Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream. ada banyak lagi. tetapi hanya dua ini sahaja aku akan cerita okay. aku pasti Olay sudah biasa didengari oleh semua orang. Olay antara salah satu produk yang ramai kalangan wanita percaya kan. bagi aku harga mahal tidak mengapa, asalkan bawa kesan yang bagus dan berpanjangan untuk kita. 
tahukah anda, semakin usia kita meningkat, tenaga sel kulit juga semakin berkurangan. disebabkan itulah kedut dan kerut di wajah mula kelihatan. kekeringan juga turut terasa. ada masa sampai nampak sangat tua tidak bermaya walhal belum masuk usia 50an lagi kan. jangan kata usia dah tua, kita tak boleh nak melawa kan. kita masih ada perasaan ingin cantik dan bergaya di hadapan mata orang walaupun sudah mempunyai anak-anak yang meningkat dewasa dari hari ke hari. di sinilah Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence sangat membantu. 
Produk: Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence
Kuantiti: 40ml
Harga: RM63.80 di Lazada
Cara Menggunakan: Apply 2 kali sehari selepas toner, dan juga sebelum serum dan moisturizer. pusingkan cap dia sehingga terbuka. bahagian atas Olay Regenerist tadi kita boleh tekan, untuk kurangkan kuantiti yang ada di dalamnya. then, apply sahaja pada wajah. (make sure mata dan bibir tidak terkena). Untuk keberkesanan, titikkan sebanyak dua kali. 

Olay Regenerist Miracle Boost Youth dicipta untuk mengaktifkan sel kulit baru dan meningkatkan metabolisme kulit supaya wajah kelihatan 10 tahun lebih muda dari usia sebenarnya. Hanya dengan satu titik dari produk ini sahaja boleh membantu menghilangkan kedutan halus, mengecilkan pori yang terbuka, dan menghaluskan kulit wajah. bayangkan hanya satu titik sahaja aku cakap tadi? iye, sebab tu design dia seperti ini. supaya kita boleh control the right amount yang perlu digunakan untuk di apply pada wajah.


produk seterusnya ialah Olay Regenerist Micro Sculpting Cream

Produk: Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream
Kuantiti: 48g
Harga: RM79 di Lazada Malaysia
Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream ini bertindak sebagai moisturizer anti penuaan. sangat sesuai dipakai oleh kaum ibu yang sangat-sangat menitikberatkan kecantikan. ia membantu menaikkan hidrasi pada kulit dan memperbaharui kulit baru dengan lebih tegang dan bertenaga. bayangkan dalam masa 1 bulan sahaja boleh nampak dah perubahan tau. yes, kalau produknya 1 bulan baru nampak kesan, then aku percaya. produk yang cepat sangat kesan dia akan bawa impak buruk pada masa hadapan.

ramai pengguna recommend produk ni sebab bau dia sangat wangi, menjadikan kulit lembut dan mengurangkan kedutan di wajah. bila tengok wajah umi aku pun jadi bercahaya macam tu, sentiasa kekal muda, aku nak amalkan macam apa umi aku buat juga. confirm.

kalau nak sangat beli secepat mungkin, boleh layari laman web di bawah. murah je tau bila beli dekat Lazada! aku dah banyak kali beli dengan Lazada. yes, aku memang puas hati dengan servis mereka.

Lazada Malaysia: Olay Regenerist
post signature

Tips Hilangkan Bosan dengan Games Online

$
0
0
seharian bekerja memang sangat penat dan meletihkan! sebab apa? sebab aku ni tiap-tiap minggu hadap kerja sama even datanya berlainan. maklumlah, pengguna network semua berbeza-beza kan. tapi ada masanya bila aku terlalu khusyuk buat semua kerja dalam satu dua hari sahaja, hari Rabu, Khamis Jumaat aku dah terus bosan tak ada benda nak dibuat. siapa pernah kena macam ni? aku pernah juga cuba buat slow-slow but it's not my kind of things to do anything slowly. 

Image result for playing games online tumblr

Main Games Online 

jadi, apa aku buat untuk menghilangkan bosan tu? aku buka satu website puzzles iaitu JSPuzzles. menarik juga tau puzzles online ni. memandangkan semua benda sekarang dah famous dengan game online sahaja. aku memang suka puzzles sebab melalui puzzles, aku dapat menguji kecekapan minda aku dalam sesuatu benda. yes, jangan ingat games simple macam ni tak mempengaruhi kehidupan kita tau. cuba JSPuzzles online jigsaw puzzles ni, baru korang tahu apa yang berubah dalam cara korang bertindak dengan sesuatu perkara.


meh aku tunjuk sikit cara main jigsaw puzzles dekat JSPuzzles ni.

1. Buka website JSPuzzles


tengok. macam-macam jenis jigsaw puzzles ada tau! so, tak adalah korang bosan menghadap benda sama tiap-tiap hari. yes, macam aku yang senang addicted, aku akan main setiap masa free. haha. so then pilihlah mana satu korang berkenan. kalau macam nak lebih besar range yang korang cari, boleh click View Gallery.



2. Bila dah pilih, dia akan kasi pilihan lagi. kita kan selalu nampak dalam kotak puzzles, ada 20 pieces lah, ada 100 pieces lah, even 1000 pieces pun ada kan! aku pilih sikit dulu sebab aku dah lama tak main. hahaha.


jigsaw puzzles


3. Click Play The Puzzles. and taraaaa.. mainlah! tak sangka ada competition macam ni juga. aku suka uji minda bila ada berlawan dengan orang lain. and inilah hasilnya bila dah main.


jigsaw puzzles online

jigsaw puzzles


ahahaha malunya dapat sampai 1 minit. nampak sangat kecerdasan otak dalam main puzzles macam ni agak berkarat sikit. ha, jomlah apalagi. korang pun cubalah! tak ada bayaran apa. simple je. and seriously best!


bukan peminat jigsaw puzzles? ha, meh aku tunjuk website lain untuk games lain pula. ada dua choice kalau korang suka. satu Sudoku which will always be favorite sampai ke tua. dan satu lagi adalah solitaire.


Sudoku Online

livesudoku


Sudoku jadi kegemaran aku sejak kecil sebab aku suka main dengan nombor. aku masih ingat apa cikgu Add Maths aku cakap. don't be afraid to play with numbers. and it's all about pattern. ada sampai 1 masa aku sangat pandai main Sudoku ni, aku boleh buat yang advanced punya tu tau. tapi sejak malas nak beli buku Sudoku tu, aku dah tak main. tapi sekarang tengoklah. Sudoku online! senang hidup main dengan ini sahaja. sambil buat kerja, aku boleh uji minda dengan main online games macam ni.


Sudoku Online ni boleh main dengan other players juga. ada chart untuk tengok kita berada di kedudukan mana. 


online sudoku


jeng jeng jeng. siapa mahu lawan dengan aku? tapi untuk beginners dulu lah ye. aku dah tak power. haha.

Solitaire

solitaire online


tipulah kalau siapa tak pernah main Solitaires masa ada desktop lama dulu. masa zaman Windows 7 sahaja yang paling latest. salah satu games adalah Solitaires ni kan. duk susun sana, susun sini. tapi ada satu jenis je Solitaires. dalam website Digsolitaires ni, macam-macam jenis ada. kalau tak percaya, boleh lah tengok sendiri.


sebab tu aku kata, games macam ni memang boleh addicted. aku main dari pagi, macam tak puas. asyik nak main sampailah puas hati. so, siapa berminat dah nak uji minda tu, boleh tengok website online puzzles, sudoku dan juga solitaires ini. 


JSPuzzles Jigsaw Puzzle Online
LiveSudoku
Digsolitaire


adios~


post signature

Reunion 2nd batch MRSMKB di Majlis Perkahwinan Da'i Izzhar Nazri dan Ilyani

$
0
0
assalamualaikum and hello lads! harini dah awal bulan November pun kan. cepatnya masa berlalu. tak sangka dah nak masuk 7 bulan aku kerja di sini. banyak aku belajar. tapi tak tahulah nasib macam mana, dapat ke tak jadi permanent. ada rezeki, adalah. apapun, aku ucapkan good luck untuk korang yang masih mencari kerja. semoga dapat jumpa. 


Majlis Perkahwinan Da'i Izzhar Nazri dan Ilyani

okay, harini aku nak cerita pasal reunion kecil kami di majlis perkahwinan Da'i Izzhar Nazri dan Ilyani. kalau pernah baca entry aku yang dulu, Da'i Izzhar dan kami semua satu MRSM dulu di Kepala Batas. aku tak berapa rapat dengan dia. tapi kami bukanlah ramai mana pun. dalam 160++ orang sahaja. so, boleh tahu nama masing-masing. cuma tak rapat sahaja. 


and haritu dapat jemputan dari dia. mula-mula fikir macam tak dapat nak datang. sebab aku ni, masalah nombor 1 dunia adalah tak ada transport. kalau ada kereta (ada je tapi tak reti bawa dah), dah lama aku ke sana sini. haha. bajet. tapi tiba-tiba Shahrul call aku, ajak pergi kenduri sama-sama. pergh, aku apalagi, bagai pucuk dicita, ulam mendatang. aku on je la. ajak Hana sekali sebab patutnya keluar dating dengan bestie. tapi dah ada kenduri. better dating sesama dekat sini. hahaha. 


so, esok paginya kami gerak sama-sama, ambil Hana dekat LRT Gombak. dan dalam waktu tengah hari barulah sampai ke rumah Izzhar. masa dah park kereta, terjumpa pula Buncho a.k.a Syafiq. okay, truth to be told, aku tak ingat nama betul dia. hahaha. aku recognize muka dia. cuma tak boleh nak letak nama dekat wajah tu. so straight to the point je aku tanya. nama kau siapa eh? haha. nasib baik dia tak tahu nama aku juga. kalau tak, lagi malu.



bila dah makan, lama-lama baru one by one datang. kebetulan dah separuh jalan makan, hujan lebat turun mencurah-curah. huuu hujan rahmat. alhamdulillah. jadi, kami pun makan secara berjemaah. duduk rapat-rapat. sebab hujan angin punya pasal. haha. memang lama menapak dekat situ. sampai semua jenis makanan aku rasa. 



baby Auni. baby first budak kelas 506 2009

then, barulah dapat bergambar dengan pengantin baru. wah, sama cantik sama padan. tahniah Da'i Izzhar Nazri dan Ilyani. semoga berkekalan hingga ke Syurga. semoga beroleh anak yang soleh solehah. aamiin.

tapi kan part paling kelakar bila nak ambil gambar by the professional photographer tu, aku dengan Hana berdiri sebelah pengantin perempuan. and the guys sebelah Izzhar. kebetulan Zack pegang anak Atiqah. tiba-tiba je photographer tu cakap,

erm, minta berdiri dengan pasangan masing-masing ye.
kami dah terkedu. whatt? kami semua datang single mingle je ni. mana nak kaut pasangan? hahaha. sedih gila dengar masa tu. first time dapat komen macam tu. hahahahaha. aduhai. last-last separuh kawan lelaki aku beralih ke sebelah kami sebab berat sebelah sana gambar jadinya nanti. hahaha.

dari kiri, Buncho, Zack, Saprol, Izzhar, Ilayni, Aku, Hana, Nash, K.A


anyways, itu sahaja. :)

adios~

post signature

Lethal Weapon | New Crime Drama Series

$
0
0

assalamualaikum and hello lads! ha, sini aku nak tanya. siapa biasa layan cerita TV series macam CSI Miami, Chicago PD, Dexter and macam-macam lagi crime drama? aku sejak dari sekolah rendah dah layan cerita crime macam ni. sampaikan ada satu masa aku nak jadi ahli forensik. nak cari bukti untuk tangkap penjenayah. haha. tiba-tiba jadi tinggi cita-cita kan. last-last dari doktor jadi engineer pula sekarang. tak apalah. ALLAH lebih tahu kenapa aku tak memilih untuk menjadi doktor.

Lethal Weapon 2016 Drama


Image result for lethal weapon 2016

kalau korang biasa tengok drama macam ni, korang akan tahu almost crime dramas tak kelakar and serius sepanjang masa. sampailah aku jumpa satu drama baru yang bertajuk Lethal Weapon. korang faham tak maksud Lethal Weapon ni sebenarnya. orang tu macam expendables la. nothing can break or hurt them. 

mula-mula aku expect macam cerita dia akan jadi serious macam CSI juga. well, actually CSI is more of a forensic kind of stories right. yang ni pula cerita pasal polis. oh, okay. macam drama Castle lah. and kelakarnya!!! aku rasa macam dah lama tak tengok cerita crime yang kelakar. bagi aku, gabungan dua-dua watak utama dalam Lethal Weapon tu sangat menjadi. 

Martin Riggs kehilangan isteri dan anak dalam 1 accident. so, dia jadi macam asyik nak bunuh diri je. kiranya dia tak takut mati. memang macam-macam sungguh dia buat. like standing on a ledge la. rela ditembak la. ngorat awek bikers la. pelik je. 

sorang lagi pula, Roger ada family. 3 anak. dia recently kena heart attack. so, doctor suggests dia untuk berhati-hati kalau dia nak sambung karier dia sebagai detektif semula. bayangkan bila dua-dua bergabung jadi satu team? aiseyh. susah betul. sorang nak hidup. sorang nak mati. hahahaha.. 

kalau ada masa, try la tengok drama ni. aku tak sure lah aku sorang je yang rasa kelakar. sebab macam some of people tak faham cerita The Big Bang Theory. macam adik-adik aku. tapi aku suka TBBT. dari season 1 sampai ke season sekarang, aku tak pernah miss walau 1 episod pun. and same goes with Lethal Weapon. aku harap dia akan kekal lama.

Image result for lethal weapon 2016




post signature

Confident Goreng Keropok Lekor, Ini Padahnya

$
0
0
assalamualaikum and hello lads! siapa pernah goreng keropok lekor?? ha, siapa yang biasa goreng, memang tahulah keropok lekor ni ada macam-macam jenis. ada yang tak meletup bila goreng. ada yang masuk je dalam kuali, pop pop lah namanya. aku teringat yang suami kak Aisya pernah kena minyak panas gara-gara goreng keropok lekor tu. ada baca tak?

Image result for cooking tumblr

Muka Melecur Kena Minyak Panas


hehehe. alkisahnya haritu crush aku ada bagi keropok lekor dekat aku. dia kata yang dia kasi tu tak meletup. so, memang aku masak, tak ada apa-apa jadi pun. harini nak dijadikan cerita, anak saudara makcik aku (anak saudara belah suaminya), kasi kami keropok lekor. 

aku dengan confidentnya goreng. mula-mula okay je. agaknya dah panas kan. ha, kau! habis dahi aku sampai ke tepi muka kena minyak panas. tangan pun kena juga. cepat-cepatlah letak muka dekat air paip. 

mula-mula tak perasan apa jadi. aku cuma rasa panas je. lama-lama bila dah masuk waktu malam ni, baru ummi bagitahu, ada line sepanjang pembaris dekat tepi muka aku. bila tengok cermin, memang ada pun T_________________T 

sedihnya. aku harap tak menggelembung je. sobs. nasib baiklah aku pakai cermin mata. so, minyak panas tak kena dekat bahagian mata. aduhai. tu la, lain kali jangan confident sangat. nanti jadi macam aku. nak tunjuk gambar pun tak boleh. sebab dekat bahagian aurat aku. dah buruk T_____________T 

kalau apply minyak gamat je boleh tak?

Image result for cooking tumblr
okay tiba-tiba


post signature

Jus Qalbi al-Ehsan Penawar Penyakit Kolestrol

$
0
0
assalamualaikum and hello lads! nak tahu tak, sejak dari 2 minggu lepas, aku asyik jatuh sakit je. aku ni memang antibiotik tak berapa kuat macam family aku. x sure lah kenapa. maklumlah, semua orang bukannya sama apa yang ada dalam tubuh badan dia kan. maksud aku, ada yang memberi reaksi berbeza. itu selebihnya kena tanya dekat doktor atau pakar perubatan yang lebih bertauliah. tapi ini badan aku. and well, i must say bulan ni aku asyik jatuh sakit. tapi aku bukan jenis manusia yang suka makan pil tu. lagi-lagi yang berwarna. urghh.. who invented those colorful medicines anyway? sorry, no offense.

Jus Qalbi al-Ehsan Menjadi Ubat Penawar Ketika Sakit


so, cari dan mencari alternatif lain, aku jumpa jus Qalbi al-Ehsan. ternyata lepas 2 minggu aku cuba, memang ada nampak kebaikan jus Qalbi ni. tapi sebelum tu, aku cerita dulu sakit yang aku alami. aku asyik demam tak berhenti. dengan rasa sesak nafas. maybe anxiety sebab depresseion. maybe juga penat. i don't know. so bila demam selsema batuk semua, aku jadi pening kepala pula. dugaan. and aku ni tak sure ada masalah penyakit kolestrol ataupun tak. tapi family aku ada sejarah tu. so, better safe than worry right. alang-alang aku dah sakit ni, aku amalkan Jus Qalbi untuk elakkan juga penyakit yang mungkin akan muncul. 


banyak kebaikan yang ada pada Jus Qalbi al-Ehsan ni. antaranya:
1. Mengawal kadar kolestrol
2. Mengelakkan masalah serangan jantung
3. Mengelakkan terkena strok
4. Melancarkan peredaran darah
5. Melegakan salur pernafasan dan asma
6. Mengawal gula dalam darah
7. Menambah tenaga & mencergaskan
8. Memudahkan proses penghadaman
9. Menghilangkan rasa kebas-kebas/semut-semut
10. Mencairkan lemak dan menguruskan badan
11. Meningkatkan sistem imunisasi badan
12. Mencairkan kahak, sakit tekak/batuk
13. Membuang angin dalam badan
14. Melegakan sakit-sakit sendi

jus ni bagus untuk kita yang sudah dewasa ini. sebab bila makin dewasa, makin macam-macam penyakit keluar dari tubuh badan ni kan. sangat bahaya. lagi bahaya bila dah stage 4 atau dah kritikal, baru tahu dapat penyakit tu. aku selalu tengok dekat Chicago Med macam mana most of people dah terlambat masa dapat tahu penyakit dia dah sangat serius. so, jom la kita amalkan Jus Qalbi al-Ehsan ni.

aku tahu ada certain antara kita yang skeptikal dengan certain products. takut ada kandungan bahaya la yang boleh membawa maut semua. in shaa ALLAH produk dari al-Ehsan ni tak mengandungi bahan merbahaya. yang ada cumalah bahan natural seperti bawang putih, madu, lemon, halia, cuka epal. kita semua tahu kan khasiat yang ada dalam bahan-bahan tersebut. kadang-kadang malas nak makan satu-satu. so, ha, ambil. sekali semua dia letak dalam Jus Qalbi al-Ehsan. 


alhamdulillah. so far memang aku suka dengan jus Qalbi al-Ehsan ni. bau dia pada mulanya agak kuat. lagi-lagi aku yang tak biasa makan ubat macam ni kan. tapi lama-lama boleh terima dah. tapi mak aku bau okay je pula. ayah aku pun dah biasa amalkan jus ni. hahaha.. 
untuk makluman lanjut, boleh layari:

Facebook: Jus Qalbi al-Ehsan
Instagram: Jus Qalbi al-Ehsan
Website: Jus Qalbi al-Ehsan
Whatsapp: 018-217 1800 | 017-730 0366

make sure selalu cek Instagram dan Facebook mereka, sebab mereka selalu buat promosi. well, siapa tak suka promosi kan? :D
post signature

This I Promise You, My Love

$
0
0
assalamualaikum and hello lads! alkisahnya semalam sangat bosan, aku mencari satu movie Hindi yang dah lama aku download tapi tak berkesempatan nak tengok. sebab gaya macam tak best. and obviously I thought wrong. punyalah feeling layan sampai menangis. hahaha. ceritanya simple je. tapi air mata berjurai keluar. nanti aku kasi ulasan dekat next entry. jom layan salah satu lagu dalam movie Sanam Teri Kasam ni. 


Image result for die love tumblr

Sanam Teri Kasam


without any limits, 
the heart has loved you only 
I have wished for you alone 
in every prayer of mine.

your going is like some curse, 
if you go far, I’ll die.. 
I swear on you, my beloved..

when I see you, 
my eyes get wet.. 
I swear on you, my beloved..

what condition I have reached 
that my patience has left me, 
I have never lived for even a moment 
away from you..

all night, 
my tears have called for you only, 
in every prayer 
I have asked for you only..

my heart is addicted to your intoxication, 
don’t betray me now, 
I am now so addicted to you, 
what’s my mistake here..

without you 
it’s not possible for me to live.. 
in every prayer, 
I have wished for you only..

Image result for die love tumblr







post signature

Jualan Online Revolution Sale Lazada Sudah Bermula!

$
0
0
Lazada Membawa 1000 Jenama untuk Jualan dalam Talian Terbesar di Asia Tenggara
Lazada Malaysia menawarkan jenama terkemuka dengan tawaran yang hebat untuk rakyat Malaysia


Jualan Online Revolution Sale Lazada


MALAYSIA, 3 November 2016 – Lazada Malaysia membuka tirai kepada jualan dalam talian terbesar di Asia Tenggara, “Online Revolution” dengan penyertaan lebih daripada 1000 jenama dan 55 000 peniaga tempatan dan antarabangsa. Acara selama sebulan ini yang akan bermula dari 11 November 2016 hingga 14 Disember 2016 adalah jualan “Online Revolution” yang kelima semenjak pelancarannya pada 2012.


Tema untuk jualan “Online Revolution” pada tahun ini ialah “Jenama untuk Semua” (Brands for All) yang akan menandakan evolusi Lazada sebagai hab untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia. Antara jenama yang akan turut menyertai acara “Online Revolution” pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oréal, Nestlé, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct, dan pelbagai lagi.

Hans-Peter Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia berkata, “Di Lazada Malaysia, kami komited untuk menawarkan rakyat Malaysia dengan akses kepada berjuta pilihan. 81% daripada para pengguna kami tinggal di luar Kuala Lumpur, dengan akses yang terhad kepada pusat beli-belah dan barangan berjenama yang berkualiti. “Online Revolution” 2016, yang bertemakan “Jenama untuk Semua” adalah bertujuan untuk memperdekat lagi jurang antara jenama dan pengguna. Kami menawarkan jenama-jenama ini dengan akses tanpa had kepada para pengguna yang berada di luar bandar-bandar metropolitan sementara kami juga memudahkan para pengguna untuk mengakses lebih daripada 1000 jenama kegemaran mereka”.

“Pada hari ini, kami mempunyai demografik pengguna yang lebih berusia, lebih pelbagai, dan lebih subbandar. Kami sedar dengan perubahan permintaan pengguna, dan kami berusaha untuk menawarkan apa yang setiap rakyat Malaysia mahukan. Oleh kerana itulah kami menawarkan tawaran tanpa tandingan – sebuah katalog dengan lebih daripada 7 juta produk merentasi 17 kategori; dengan antara produk terlaku kami termasuklah lampin, barangan runcit, dan perkakasan dapur”, ujar En. Ressel di hujung kata.

Semasa acara ini, para pengguna boleh menjangkakan untuk menemui lebih daripada 500 000 tawaran, termasuklah berbagai-bagai tawaran yang mengagumkan dari jenama tempatan dan antarabangsa - termasuklah pelancaran barangan berjenama yang eksklusif.  Lazada Malaysia juga akan menampilkan promosi dari pelbagai rakan pemasaran – para pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah penerbangan percuma dari AirAsia BIG; termasuklah tawaran istimewa dari DiGi, Maxis, Domino’s Malaysia, Caltex, HSBC, CIMB, TGV Cinemas dan Maybank semasa “Online Revolution” 2016. 

Mengenai “Online Revolution” Lazada


“Online Revolution” Lazada adalah acara menjual dan membel-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara.

Lazada memulakan “Online Revolution” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan sebulan pada setiap tahun.

Semenjak itu, “Online Revolution” Lazada telah membuktikan dirinya sebagai acara jualan runcit dalam talian yang tersibuk di Asia Tenggara. Pada 2015, AS$40 juta dalam Nilai Dagangan Kasar telah dicatatkan semasa finale yang berlangsung selama tiga hari.

“Online Revolution” 2016 Lazada akan menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang terbaik untuk para pengguna dari Asia Tenggara.

Mengenai Lazada Group


Lazada Group mengendalikan  Lazada, destinasi beli-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara, dengan kewujudan di Indonesia (www.lazada.co.id), Malaysia (www.lazada.com.my), Filipina (www.lazada.com.ph), Singapura (www.lazada.sg), Thailand (www.lazada.co.th), dan Vietnam (www.lazada.vn).

Dilancarkan pada Mac 2012, Lazada telah merintis jalan e-dagang di rantau ini dengan menawarkan kepada para pengguna kesenangan membeli-belah dengan cara bayaran yang berbagai-bagai termasuklah bayaran ketika penghantaran, khidmat pengguna yang menyeluruh dan penghantaran balik percuma. Lazada menampilkan pilihan produk yang luas untuk beraneka kategori, daripada barangan elektronik hinggalah perkakasan rumah, permainan, fesyen, dan peralatan sukan.

Lazada menawarkan jenama dan peniaga dengan sebuah pasaran yang ringkas dan akses terus kepada lebih daripada 560 juta pembeli di enam buah negara melalui satu saluran runcit tunggal.

Parcel of Joy

alkisahnya kelmarin aku dapat bungkusan yang besar dari Lazada. tertanya-tanya juga dapat barang apa ni. hadiah birthday ke? haha. rupanya dapat hadiah Parcel of Joy dari Lazada. memang tak terkata lah gembira dia kan. macam-macam barangan produk aku dapat. ada dari Loreal, Lactokid, Milo, Maggi, MamyPoko, Nescafe, Voucher Lazada, dan Tefal! sekarang ni tengah diskaun gila-gila dekat Lazada tau! aku suggest korang pergi ke website Lazada Online Revolution sekarang and mula shopping sebelum terlambat :D






post signature

Perempuan Mulakan Langkah Dahulu Ketika Mencari Jodoh?

$
0
0
assalamualaikum and hello lads! kalini pasal cinta lagi. punyalah lama fikir nak buat entri pasal apa. sampai aku berselisih dengan someone yang aku tertarik untuk berkenalan. but then, idea ni muncul dalam kepala. haha. punyalah excited sangat nak menaip pasal entri ni, terus hilang niat di hati nak mulakan perkenalan.
Image result for find love tumblr

Bila Perempuan Mulakan Perkenalan Dahulu

sebelum aku bercerita lebih lanjut, aku nak tanya. siapa perempuan di sini yang pernah cuba mulakan langkah dahulu ketika ingin berkenalan dengan lelaki yang dia berkenan? ha, percaya atau tidak. aku adalah salah seorang dalam kategori tu.


dulu masa sekolah rendah, aku punya tipikal minded fikir yang soal cinta ni, lelaki wajib mulakan langkah dahulu. and lepas tu terserah sama ada perempuan nak atau tak. benda tu terbawa sampailah ke alam sekolah menengah. lagi-lagi bila tengok kawan-kawan semua, seorang perempuan pun tak ada yang nak start dulu. sampailah timbul isu timba cari perigi. sebenarnya, boleh atau tidak kaum hawa mulakan langkah dahulu dalam mencari jodoh ini?

dulu aku akui, aku sangat-sangat malu untuk mulakan perbualan. lagipun, perempuan memang ada sifat pemalu kan. kena pandai jaga pergaulan. jadi, aku hanya tunggu dan tunggu sampai sudah aku tak jumpa sesiapa. haha. sedih tau. dengan confidentnya percaya yang jodoh ni kita perlu tunggu. dia akan datang sendiri. mungkin juga betul. mungkin juga salah. but who knows. semua orang punya kisah berbeza.

so, i change my ways of searching for my soulmate. aku malas nak tunggu dah. aku cuba ubah persepsi aku dengan pepatah perigi mencari timba. biarlah aku yang mencari pula. bagi aku, tak salah pun untuk aku cuba juga kan. selagi mana batas perhubungan atau pergaulan tu sentiasa terpahat dalam ingatan dan hati, aku akan terus mencuba. and of course, penantian aku masih lagi bergelar penantian. hahaha.

bila aku ceritakan mengenai benda ni kepada one of my colleagues, rupanya dia bersetuju dengan aku. sebab dia sendiri pun buat benda yang sama. masa dah nak habis zaman belajar, dia kata terus je dia berjumpa depan-depan dekat lelaki tu and ajak kahwin. wow. just like that. simple nya. and alhamdulillah. mereka sudah pun berumah tangga sekarang ini. 

so, apa jadi dengan konsep menunggu dan mencari tu? perlu ke kita kaum Hawa ni menunggu ataupun kita juga perlu mencari soulmate kita? cari sahaja dan tunggu. dua-dua konsep boleh pakai. dalam masa kita sibuk mencari (don't search too hard or you won't be able to find him), kita tunggu juga. kalau dah jumpa jodoh pun, tapi ALLAH tahu kita belum bersedia, kita tak boleh nak buat apa. jangan pertikaikan kenapa orang lain dah jumpa dan dah kahwin, tapi kita masih sendiri. 

jadi, bagi yang memang ada courage untuk mulakan dahulu perkenalan, jangan tunggu lama-lama. at least we tried right. daripada menunggu benda yang tak pasti. tapi jangan letak harapan terlalu tinggi pada sesuatu yang kita tak tahu akan jadi atau tidak pada kita. so, instead of focusing on finding your true love, buat something yang boleh buka mata kita or challenge diri kita to be someone better than yesterday. 

korang pula macam mana? 

adios~

post signature

Sanam Teri Kasam Movie

$
0
0
assalamualaikum and hello lads! ingat tak haritu aku ada share satu lirik lagu dari satu movie yang bernama Sanam Teri Kasam. tak silap aku, Sanam ni macam sayang kot. Kasam pula janji. filem ni dah lama ada dalam simpanan aku. cuma tak berkesempatan nak tengok. dari cover filem dia, aku ingatkan cerita tipikal Hindi. rupanya ada lah beza sikit. of course, kalau cerita Hindi ni, aku layan romantik punya sekali. and yes, filem ini bergenre romance. siapa minat romance, boleh layan sinopsis yang aku akan kongsikan dengan korang. 

Image result for sanam teri kasam
Rating IMDb : 7.4/10
Pelakon: Hashvardhan Rane, Mawra Hocane

Sanam Teri Kasam Movie Review


Sanam Teri Kasam mengisahkan tentang seorang gadis nerd yang masih lagi single sehingga ke dewasa. of course lah lumrah seorang perempuan, dia akan ada crush dekat someone, dan dia (Saru) tak terkecuali. masalahnya, dia tahu gadis skema macam dia takkan ada sesiapa yang berminat. yang menjadi tekanannya bila adik dia duk paksa dia kahwin. sebab parents diorang cakap, selagi si Saru tak kahwin, adik dia tak boleh kahwin. marah sangat adiknya. kesian si Saru. 

arranged marriage? of course bapa dia ada menolong. tapi tiap kali orang nak datang merisik, semua reject. sampai dia terasa macam kena curse pula. kisah cinta dia bermula bila satu apartment yang sama dia duduk, ada seorang lelaki baru sahaja menetap di situ. sayangnya, awal-awal lagi dah jadi bad impression sebab lelaki tu (Inder) dulunya criminal and baru sahaja keluar dari penjara. tapi masa ni tak ada apa-apa pun yang berlaku. 

Related image

sampailah terlalu desperate nak kahwin, Saru sanggup datang rumah Inder awal-awal pagi buta sebab nak minta Inder temukan dia dengan girlfriend Inder yang merupakan model dan juga MUA tak silap aku. tapi silapnya bila girlfriend Inder tiba-tiba je datang rumah Inder. habis girlfriend nya salah anggap. and terjadilah pergaduhan sampai luka belakang badan Inder. sebab luka tu, Saru jadi kesian. and bawa Inder pergi ke farmasi berdekatan. 

guard yang jaga apartment tu, ternampak and pergi bagitahu si mak bapa Saru yang kononnya Saru ada hubungan sulit dengan criminal tu. masa ni aku rasa kesian gila dengan Saru. mak bapa Saru salah faham and terus halau anak dia dari rumah. terus kata dia dah consider anak dia mati and jemput semua datang untuk death ritual something something. bayangkan kau sebagai anak dengar macam tu. sedih kot. niat nak tolong family, last last jadi macam ni. 

Image result for sanam teri kasam

Inder yang tak sampai hati tengok Saru macam tu terus sewakan rumah untuk Saru. macam-macam lagilah Inder buat untuk kasi Saru happy. tapi tanpa sedar, Saru tak tahu Inder dah lama ada perasaan dengan dia. terlalu sangat sayang dengan Saru and dia sedar dia adalah bekas penjenayah, dia sanggup carikan calon suami yang sesuai dengan Saru dan juga boleh menjadi menantu favorite bapa dia. 

Image result for sanam teri kasam

tapi lain pula yang jadi. something happened to Saru. tu korang kena tengok sendiri. agak-agak dapat tak Inder luahkan perasaan dia dekat Saru? Saru memang dah nak kahwin dah masa tu dengan crush dia. tapi Tuhan sahaja yang tahu apa jadi lepas tu. macam mana pula dengan mak bapa Saru? sanggup ke diorang maafkan Saru? 





post signature

Beli Online Barangan Muslimah | Handsock

$
0
0
assalamualaikum and hello lads! setelah sekian lama tak menulis. aku rasa macam asyik mungkir janji je, nak update hari-hari last minggu berganti minggu, 1 entry pun tak terbuat. busy sangat-sangat sejak dua menjak ini. dengan kerja di office. dengan nak travel lagi nanti. macam-macam dalam fikiran. 


Beli Handsock Murah Online

bila sebut pasal office, aku sangat menitikberatkan soal pemakaian. kami punya management dah bertukar dari pakaian formal kepada pakaian casual. so, bila dah dapat casual, memang sakanlah semua pakai jeans and tshirt sahaja. and sebagai perempuan, memang jadi habit akan cari lagi baju yang sesuai. tapi sekarang some of baju yang aku cari semuanya lengan pendek. bila dah jadi macam tu, memang handsock wajib cari juga lah kan. nampaknya dah lama aku tak pakai handsock sebab aku jarang sangat-sangat pakai baju kurung. 

tapi antara satu problem dengan handsock ni, dia sangat ketat dan panjang sampai ke atas. kadang-kadang rimas. aku ni dengan masalah kulit lagi. senang sangat nak gatal. mujurlah sekarang dah ada macam-macam jenis handsock kan. pendek, warna warni, semua ada.

ada satu kedai online barangan muslimah ni aku jumpa di google. aku tertarik sangat dengan handsock yang dijual di situ. 

bagi yang suka pakai baju kurung and ada butang dekat tangan tu, handsock pendek macam ni memang sesuai. dapat cover sebab bila butang macam ni, dia akan buat lengan baju terangkat sikit kan. 

sarunglenganflower

WARNA HITAM, COKLAT DAN KELABU
RM7.00 SEPASANG
WARNA KELABU DAN MAROON
RM6.00 SEPASANG
MINIMUM ORDER 3 PASANG
WARNA MERAH, COKLAT GELAP, COKLAT
RM6.00 SEPASANG
MINIMUM ORDER 3 PASANG

kalau yang biasa pakai tshirt pendek tu, dah tak ada sangat baju lengan panjang and takat nak berkebun dekat luar, boleh pakai handsock macam ni pula. 

WARNA HITAM, BIRU, MERAH, PINK, HIJAU, UNGU
HITAM, BIRU TUA, KUNING, MERAH BATA DALAM STOCK
RM10.00 SAHAJA
kalau nak nampak rugged, (haha aku selalu rasa macam ni), boleh beli handsock yang sampai ke jari tu. tapi diingatkan! kalau nak pergi umrah, handsock bertutup sampai ke jari tak boleh tau! sebab tangan kita bukan aurat. 

SARUNG TANGAN JEJARI
RM6.00
ni aku rasa handsock yang terbaru. iaitu handsock aqua. not bad juga la handsock ni. dia licin. aku tak boleh sangat dengan handsock berkain. sebab bila peluh dah start keluar tu, gatal dia jangan cakaplah. last-last habis handsock aku turunkan sampai tutup atas pergelangan tangan sikit je.

WARNA HITAM, CREME, DARK CHOC, SKIN COLOUR, PINK AND GREY,
LAVENDER

kalau berminat nak mencari handsock ataupun barangan keperluan umrah/haji, boleh layari:

Website: Design Musleema 
Facebook: Design Musleema
Untuk belian boleh whatsapp ker 019-2883235 SERIUS BUYER SAHAJA.




post signature

Dilema Pilih Antara Universiti atau Politeknik

$
0
0
ah stressnya! mana satu yang terbaik untuk aku ni?? kalau pilih ni, nanti jadi macam mana? kalau pilih tu, nanti ramai mengata pula! habis tu tak payah study langsung?

Image result for college life tumblr

Dilema Pilih Antara Universiti atau Politeknik


ha, bagi adik-adik yang baru sahaja habis SPM, some of us mesti akan ada masalah macam ni. universiti mana lah yang patut kita pilih kan. antara ipta dengan ipts, mana satu lagi bagus? politeknik pula macam mana? kalau salah pilih, nanti kerja macam mana pula? tak apa, jangan overthinking things. aku pun pernah berada dalam situasi sama juga. so, i'm gonna give some advice to you okay. and hopefully dapat membantu serba sedikit.

masa aku masuk PLKN dulu, aku dapat tawaran dari UTP (Universiti Teknologi Petronas). dalam hati agak bangga juga sebab bukan senang nak masuk UTP ni. apatah lagi bila dapat scholar kan. memang kurang sikit beban parents kita. malangnya, kos yang aku dapat tu bukan apa yang aku harapkan. aku dapat kos Business Information System. tapi MISTAKE aku paling besar masa ni, kos best tak best, aku ambil sahaja. and masuk sana, tak sampai 5 bulan, betul-betul sebelum final exam, aku keluar dari UTP. 

so nasihat aku, gah mana pun universiti tu, ada scholar ataupun tak, kalau dalam hati memang dah lama tak minat benda tu, aku tak galakkan ambil. kalau rasa minat korang boleh berubah, then just give it a try. tapi untuk take risk try dulu then keluar tiba-tiba macam aku, you will regret it for the rest of your life. sebab satu korang kena bayar balik duit scholar. second, korang dah bazirkan masa belajar benda yang satu apa pun takkan korang minat. third, kalau nak sangat cuba dahulu, better lah study dekat IPTA sahaja. yuran lebih murah (sangat) berbanding IPTS. 

hebat sangat ke belajar dekat different universities ni? orang kata, kalau dekat UNITEN, kos elektrik memang power. huh, aku rasa macam tak ada apa pun. teori je belajar tak habis-habis. masuk kerja, satu apa pun tak masuk. so, sia-sia sahaja 5 years aku belajar dekat sana. teori yang hanya 2 hari hafal, forever lupa. Autocad pun kami tak belajar. sedih lah. aku tahu Autocad, selalu budak mechanical je yang ambil. tapi kami dulu pun subjek Mechanical kami kena ambil, kenapa alang-alang tak ajar software ni sekali? aku lebih suka praktik berbanding hafal everything. betul orang kata. kita periksa dekat sekolah, universiti ni, bukan menguji intelligence kita, tapi menguji memori kita. 

politeknik ni rendah sangat ke taraf dia? BIG NO. aku tak pernah masuk politeknik. tapi aku ada ramai kawan dekat poli. especially kenal rapat dengan someone masa internship dulu. orang dekat office pandang pelik dengan aku kenapa aku yang belajar degree elektrik ni end up kerja dekat situ. selalu taraf budak poli je apply situ. aku tak expect langsung dia akan cakap macam tu. aku tak rasa bangga. aku tak rasa hebat. aku rasa malu. sebab hakikatnya, bila kerja involve hands on macam ni, kawan poli aku lebih banyak belajar berbanding aku. aku belajar dari dia macam mana nak pasang lampu, macam mana nak repair aircond. macam-macam lagi. and he's very smart. sekarang kerja apa? kerja engineer. sama sahaja macam kami budak universiti ni. so, please. jangan pandang rendah pada mereka. 

satu lagi yang menjadi dilema bila tak tahu nak ambil kos apa kan. kadang-kadang bila kita dah terlalu minat seni lukis or fashion design or maths, tapi keluarga saudara mara bising pula. cakap bidang macam tu susah nak cari kerja. aku pun kalau ikutkan nak ambil bidang yang aku suka, tapi bila jadi macam ni, akhirnya engineering je mampu fikirkan. benda dah terjadi, what to do. aku tak boleh nak salahkan siapa melainkan diri sendiri. tapi nasihat aku pula untuk adik-adik, kalau betul benda tu korang minat and boleh guide korang untuk berjaya pada masa depan, then just go for it. 

contoh lah ambil architecture. dulu best friend aku dalam dilema juga nak ambil ke tak. sebab kos tu diploma sahaja. tapi aku tahu dia kreatif. she likes to draw. she can imagine things beyond our normal thinking. biarlah hanya diploma. at least diploma dah selamat berbanding asasi. so, dia ambil. and now, dia berjaya menjadi salah seorang arkitek di KL. if you have passion for something and you know it can lead you to success, cuba pujuk mak ayah, bagitahu matlamat korang, maybe, just maybe they will understand. tapi kena tahu juga sama ada korang betul-betul nak ataupun tak. ini bukan masa untuk pilih sana pilih sini dah. this is not a game. life is not a game. kalau orang kaya tak apalah. ataupun kalau lagi hebat, ambil dua degree. 

okay, sampai sini sahaja. choose wisely okay. :)

adios~


post signature

Jus Qalbi al-Ehsan MAHA di MAEPS Serdang 2016

$
0
0
1 Disember hingga 11 Disember 2016 merupakan pameran MAHA 2016. Apa yang menarik di MAHA 2016, MAEPS Serdang ini? Aku tak akan lepaskan peluang ke MAHA 2016 Booth D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor.

Image result for jus qalbi al ehsan

Jus Qalbi al-Ehsan MAHA di MAEPS Serdang 2016

Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAHA 2016 kini kembali bersempena tepat pada cuti sekolah tahun ini. Pameran MAHA 2016 akan diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor mulai dari 1 Disember sehingga 11 Disember 2016. Pameran ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.


Kepada para ibu bapa yang tidak tahu untuk pergi ke mana-mana pada bulan hadapan, inilah kesempatan yang terbaik untuk membawa anak-anak berjalan-jalan sewaktu cuti sekolah.

SEBAB APA HARUS KE BOOTH D18, HALL C (International Hall) MAEPS, SERDANG SELANGOR?

 
 

👉Sementara offer, boleh belikan untuk yang tersayang, mak, abah. Sebagai hadiahkan buat mereka sebotol satu Jus Al Ehsan. Alhamdulillah mereka dah pekena sebotol, nampak efeknya.
👉Semasa program MAHA 2016 ini berlangsung. Ada harga istimewa potongan DISKAUN sehingga RM73. Banyak tu RM73. Rugi tak grab !
👉Dan, selain itu ada banyak VOUCHER potongan diskaun untuk pembelian lain.

KENAPA PERLU JUS QALBI AL-EHSAN?

Ada banyak kelebihan dan kebaikan Jus Qalbi Al-Ehsan.
 
FAKTA !!! SETIAP 1 JAM 6 ORANG RAKYAT MALAYSIA KENA SERANGAN JANTUNG DAN STR0K

KOLESTEROL tinggi memang masalah yang amat ditakuti kerana ia boleh menyebabkan penyakit jantung, stroke dan sebagainya tanpa kita sedari.. Ingat, orang yang kurus juga berisiko mempunyai kolesterol tinggi jika tidak mengawal pemakanan mereka..

TANDA-TANDA KOLESTEROL TINGGI

🔹Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
🔹Timbul bintik-bintik putih (biji kolesterol) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.
🔹Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
🔹Sering berasa sakit kepala.
🔹Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
🔹Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
🔹Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. 

Ini menunjukkan kadar kolestro terlampau tinggi. Jadi, jika ada mempunyai tanda-tanda seperti inj. Jom cepat lakukan pemeriksaan doktor dengan segera. Sebaiknya lakukan lab Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol anda.
Kawal KOLESTEROL... baru sihat!

Jangan lupa tunjukkan VOUCHER ini juga ketika ke Booth Jus Qalbi Al-Ehsan di D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor.

Keterangan lanjut boleh layari atau hubungi :
Telefon / Whatsapp : 018-373 9021 / 017-730 0366 / 012-6460421
Fb : Jus Qalbi al-Ehsan
Ig @qalbialehsan : Jus Qalbi al-Ehsan
post signature
Viewing all 451 articles
Browse latest View live