Quantcast
Channel: The Minimalist Traveler
Viewing all articles
Browse latest Browse all 451

Penyanyi di Sebalik Filem Hindustan Terkenal

$
0
0

Penyanyi Hindustan Terkenal

12:48 p.m
apartment
baru lepas layan Arrow.

http://oktumblr.com/wp-content/uploads//best-song-quotes-tumblr-2014-6g6i9tsw.jpg

assalamualaikum and hello lads!


ha, siapa sini minat Hindustan? or siapa kat sini pernah tengok Hindustan? pernah tak korang berperasaan macam aku? apa perasaan aku? aku ingatkan selama ni, bila Shah Rukh Khan berlakon, dia turut sama menyanyi. ataupun Kajol. ingatkan diorang semua ni sangat berbakat! rupanya tak. aku tahu pun masa aku masuk sekolah menengah. sebab baru nak belajar mengenai internet kan.

macam agak kecewa sebab pelakon yang aku minat tak pandai menyanyi. muahahaha.

selama ni kita asyik tengok muka pelakon je kan? teringin tak nak kenal siapa pemilik suara yang sedap menggoda hati tu? meh kita tengok senarai artis yang aku kasi dekat sini.

1. Kumar Sanu 

pergh. mamat ni legend weyh. masa filem-filem Hindustan lama, banyak pakai suara dia. selama ni aku ingat tu suara Shah Rukh Khan. rupanya Kumar Sanu! contoh lagu dia pernah nyanyi:

- Dilwale Dulhania Le Jayenge (1995)
- Dil Hai Tumharaa (2002)
- Pardes (1997)
- Baazigar O Baazigar (1993)
- Kuch Kuch Hota Hai (1998)

penyanyi filem hindustan legend. alka yagnik bersama kumar sanu

2. Alka Yagnik

okay, mula-mula aku tengok nama dia, aku ingatkan lelaki. hehe. habis ummi aku sound. minat Hindustan pun tak boleh beza nama tu lelaki ke perempuan. aiyark. Alka Yagnik pun famous juga zaman dulu. selalunya di mana ada Kumar Sanu, di situ ada Alka Yagnik. gabungan suara yang meletops!

- Dil Hai Tumharaa
- Kabhi Alvida Na Kehna
- My Name Is Khan
- Kismat Konnection
- Kuch Kuch Hota Hai

3. Sonu Nigam

credit to topnews2015.com

suara dia sangat-sangat sedap. bila filem dah semakin moden, diorang jarang ambil Kumar Sanu dah. Sonu Nigam menjadi pengganti. and diorang tak salah pilih. memang Sonu Nigam sangat berbakat. lagu dia nyanyi paling best aku dengar adalah lagu Kal Ho Naa Ho.

- Kal Ho Naa Ho
- 3 Idiots
- Fanaa
- Dhadkan
- Main Hoon Na

4. Shreya Ghoshal

penyanyi hindustan
credit to www.youtube.com

pergh, artis Shreya Goshal ni kalau sekali menyanyi, meremang bulu roma aku. pandai betul dia tarik suara dia. kalah Siti Nurhaliza weyh. suara dia lembut je. tapi boleh bawa lagu high pitch. lagu paling aku minat adalah lagu Rab Ne Bana Di Jodi

- Rab Ne Bana di Jodi (klik untuk review filem)
- Ramaiya Vastavaiya (klik untuk review filem)
- Happy New Year (klik untuk review filem)
- Ta Ra Rum Pum (klik untuk review filem)
- PK (klik untuk review filem)

5. Arijit Singh

http://2.bp.blogspot.com/-JK14hqo8oLo/VBanI1UqphI/AAAAAAAAATQ/o7j8tIpg7Mo/s1600/ArijitBrunch.jpg
credit to www.bestarijitsinghsongs.com

Arijit Singh ni, kalau malam-malam dia menyanyi untuk aku, confirm aku dapat tidur dengan lena sambil tersenyum. hahahaha. serious. suara dia sangat sedap. sangat menggoda. and sekarang banyak sangat sangat filem ambil suara dia untuk dijadikan lagu di dalam filem Hindustan. aku rasa tak terkira dah.

- Aashiqui 2 (fuh, suara dia dalam filem Hindustan ni)
- Main Tera Hero
- Kill Dil
- Khamoshiyan
- Chennai Express (klik untuk filem review)

6. Sunidhi Chauhan

credit to businessofcinema.com

suara dia besar sikit compare dengan suara Shreya Goshal. tapi dia lagi senior dari Shreya Goshal. aku suka juga suara Sunidhi ni. dia boleh bawa lagu yang ada rentak rock-rock sikit. bukan lagu over romantic.

- Dum Maaro Dum
- Yeh Jawaani Hai Deewani
- Aaja Nachle
- Dhoom 3 (klik untuk filem review)
- Student of The Year

7. Mohammed Irfan

mohammed irfan
credit to indianexpress.com

dia adalah penyanyi Hindi dari negara Pakistan. alah, tengok nama dah tahu dari mana. ini pun first time aku dengar dah terpikat. ehem, ini bukan bias sebab nama dia sama dengan nama adik aku ye.

- Yaariyan
- Ek VIllain (klik untuk filem review)
- The Expose
- Citylights

8. Rahat Fateh Ali Khan

rahat fateh ali khan
credit to www.letuspublish.com

antara penyanyi untuk filem Hindustan yang sangat legend. siapa minat Hindustan tapi tak pernah dengar nama dia, sila malu dengan diri sendiri *sorry*. sebab serious dia sangat famous. sampaikan dia dah buat lagu sendiri tanpa ada filem di sebalik lagu-lagu tu tau. ada album sendiri lah kiranya.

- My Name Is Khan
- Bodyguard
- Tezz
- Veer
- Miley Naa Miley Hum

ada ramai lagi. tapi inilah antara pemilik kepada suara terkenal di sebalik Filem Hindustan yang kita pernah layan di kaca TV mahupun laptop. apa faedahnya tahu? hahaha. faedahnya untuk aku sebab ada certain time, aku suka dengar semua lagu dari satu penyanyi sahaja. so, kalau nak tahu lagu siapa banyak best, aku search je nama dia.

okay tu je nak cerita.

adios~
 
 
 
 
post signature

Viewing all articles
Browse latest Browse all 451

Trending Articles