assalamualaikum and hello lads! Everyday-except-for-Friday Bluessssss~ over and over again. dah lah dekat sini pagi tadi jammed teruk. korang pun mesti sama kan? sebab member aku semua datang lambat. ada stuck sampai 2 jam dekat atas jalan raya. aku yang naik bas pun tadi dah terlepas satu. memang rasa nak menangis dah. hahaha. sebab time busy macam ni, memang impossible nak tunggu bas yang seterusnya. tapi alhamdulillah ada. tak sampai 5 minit je bas dah menyusul. nasib baik sangat. dengan tak cucuk duitnya, nanti nak naik teksi bayar pakai apa pula kan. daun?
Bibir Kembali Sembuh dengan Virgin Coconut Oil (VCO)
ingat tak haritu aku ada cerita pasal bibir aku yang terkena alergik lipstick tu? aduhai memang sedih tengok bibir sendiri kena macam tu. dah la obvious di pandangan mata orang lain. semua duk cakap, apa kau buat dengan bibir kau Amy? kena gigit dengan siapa tu? haha kurang asam betul kawan aku. nasib baik dah biasa bergurau senda dengan diorang ni. kalau tak, mahu kena bebel sekejap lagi.
so, bila try minta advice dari family and kakak-kakak AFB, akhirnya aku decide untuk apply VCO (Virgin Coconut Oil) sahaja pada bibir. tak ada lip balm. tak ada vaseline and so on. sebab senang sangat bibir kering bila apply benda tu. tapi masa pakai VCO, memang bawa banyak kebaikan. alhamdulillah. bibir yang dulu macam terbakar sekarang dah tukar warna and jadi semakin sihat. cuma ada masa kering sangat bila aku tak cukup minum air. heee aku ni memang pelupa sikit bab nak minum air banyak. -.-
hopefully, dapat kekal lama sikit sihat dia. kadang-kadang rindu nak pakai lipstick sebab bibir aku ni jenis warna gelap. so, memang nampak pucat bila tak oles apa-apa. sobs. nak pink kan bibir pun makan masa juga ni. ada juga lah aku try madu. tapi madu ada dekat dapur. and aku pemalas. heeee... sendiri malas nasib lah kan. macam mana nak baik macam tu. untung aje ada VCO ni. tiap-tiap malam aku akan pakai. lepas makan aku pakai. ada masa aku terpandang je VCO sebelah mata, confirm aku pakai. hahaha.