assalamualaikum and hello lads! okay, semalam dah gerak pergi ke salah satu 7 wonders of the world iaitu Tembok Besar China. so, harini dapat bangun lewat sedikit sebab destinasi kami kali ini hanya dekat sahaja dari hotel. usai sarapan, kami terus menunggu di lobi hotel. satu benda yang aku tak suka bila pergi dengan pakej ni, kena menunggu orang lain. aku cukup tak suka tunggu orang. kalau masa masih awal tak apa. tapi kata tunggu pukul 7 pagi. siapnya pukul 7:45 pagi, mahu tak berapi walaupun dekat tempat sejuk macam tu. hahaha.
Forbidden City | Tian'anmen Square
eh ter emo pula. sorry sorry. kita sambung pula ye. naik bas je dalam 30 minit, akhirnya sampai. tapi bas tak dapat berhenti betul-betul depan Forbidden City, jadi kami kena berjalan agak jauh sedikit. tak apa. aku suka dapat berjalan macam ni.
Day 3Tempat: Forbidden City + Tian'anmen SquareMasa: 8:30 pagiSuhu: 1 degree C
diingatkan masa ni banyak penyeluk saku tau! so, take care of your belongings very carefully. sebelum masuk ke Forbidden City, kami melalui Tian'anmen Square dulu. serious luas tempat dia. luas sangat-sangat!
nampak tak aku bulatkan warna merah tu? untuk lalu ke Forbidden City daripada Tian'anmen Square, kita kena lalu terowong bawah. jalan raya di antara dua tempat tu maybe khas untuk kenderaan sahaja. siap kena scan tu. beg sahaja. tak perlu masukkan hp, kamera dalam beg pun tak apa. dia nak scan beg sahaja, bukan badan kita.
dekat Tian'anmen Square ada Mausoleum of Mao Zedong dan juga Monument to the People's Heroes. aku tak pastilah boleh masuk ke tak. tapi macam tak ada benda menarik dalam bangunan tu. and monument cuma tempat bergambar sahaja. macam monumen dekat Putrajaya tu.
menurut tour guide kami, dekat sini sangat senang nak sesat. so, make sure ingat dekat mana kita pergi tadi. so, nak keluar senang. tapi member aku cakap pula, jalan masuk dengan keluar cuma satu hala je kot. so, possibility untuk sesat agak susah. pendapat aku pula, kita senang sesat kalau kita explore habis satu Forbidden City tu. approximately 3 hari kalau nak jelajah habis-habisan tau! sebab dalam tu terdapat 9 ribu bilik! can you imagine that! pergh, mahu tak habis 3 hari tu.
masa ni baru pukul 9 pagi tapi ramai dia jangan cakap lah. better datang awal kot. kalau tak nak elak overcrowds. entah lah. rasa macam sama je. -.- tapi memang worth it masuk dalam Forbidden City. luas sangat! part paling aku suka dalam ni adalah Jingshan Park dia. subhanallah taman dia lawa. aku rasa kalau aku duduk sini, andai kata stress and nak tenangkan fikiran, aku akan datang sini. make sure jangan sesat tau!!! oh, ada toilet di dalam kalau tak tahan sangat sejuk. tapi kena beratur la.
![Forbidden City & Tian'anmen Square]() |
pintu laluan masuk ke Forbidden CIty |
![Forbidden City & Tian'anmen Square]() |
tak ada kerja ambil gambar sambil duduk. sekali ada budak kecil mengepit daa.. haha |
![Forbidden City & Tian'anmen Square]() |
aku, Yan (Wiya Travel) dan Ana |
![Forbidden City & Tian'anmen Square]() |
tunggu jodoh ke Amy |
lepas dah puas bersantai dekat Forbidden City, kami pergi ke masjid pula. sebab hari tu jatuh pada Hari Jumaat. so, kenalah tunaikan apa yang wajib dahulu. aku ambil kesempatan untuk bertanya pada tour guide pasal kereta-kereta comel yang orang drive dekat Beijing. comel weyh! kalau dekat Malaysia ada, aku rasa kereta tu pun dah cukup okay untuk aku bawa ke mana-mana. hahahahahaha.
![Forbidden City & Tian'anmen Square]() |
sepanjang laluan pulang dari Forbidden City |
menurut Mr John, kereta tu memang ramai yang pakai. ada yang bawa parents pergi pasar. ada bawa budak-budak kecil pergi sekolah. kereta dia macam mana tau bentuk dia? macam beca. cuma lebih comel. tapi ada je secara illegal buat kereta tu sebagai teksi. hahaha. tapi aku rasa ada je kot yang naik walaupun kira kategori haram.
and cakap pasal kenderaan ni. nak tahu tak dekat Beijing ada polisi baru? untuk pengetahuan kalian, Beijing sangat teruk pollution. super teruk! cuma alhamdulillah, masa kami last day dekat sana barulah haze terjadi. jadi apa kerajaan dia buat? contoh pada hari Isnin, Rabu, Jumaat, hanya kereta bernombor plate GANJIL di hujung sahaja boleh keluar. so, hari seterusnya kereta bernombor plate EVEN pula boleh keluar. aku tergelak dalam hati. ini kalau buat dekat Malaysia, mahu kena sumpah seranah. hahahahahaha. tapi menjadi! almost 50% tau kereta berkurang atas jalan raya.
Tempat: Fresh Water Pearl Centre | Tea CeremonyMasa: 12 tengah hariSuhu: 3 degree C
selesai solat, kami bergerak ke beberapa tempat yang tak best. iaitu Water Pearl Centre dan juga Tea Ceremony. alahai, bosannya pergi kedai macam ni. -.- sebab tu aku kata better pergi sendiri sahaja. tak perlu habiskan masa dekat tempat tak sepatutnya. masa kami kena TIPU tu, tak adalah seteruk berbanding kumpulan yang lain. kumpulan lain kena apa tau? masa dekat Water Pearl Centre tu, mereka sampai dikepung! selagi tak beli barang, selagi tu diorang tak kasi keluar. wey, tak baiknya!! tak memasal ada orang pakai kad kredit sampai 5K RMB sebab beli mutiara dekat situ. alahai.
tolong jangan terpedaya dengan cerita mereka. kata dia tak reti cakap English. lepas tu datang dari Shanghai bekerja dekat company pakcik. kata jade tak lawa, so better beli pearl. then, siapa boleh teka mana satu design dia, dapat free. bla bla bla.. cerita berbeza tapi plot nya sangat sama! cuba baca blog orang lain. memang sama. aku suggest janganlah beli dekat sini. pergi je lah Sabah tu. lagi lawa.
dekat tempat teh pun sama. hidang macam-macam jenis teh. memang sedaplah. tapi dengar harga sampai 100 RMB satu kotak. alah kak, saya beli dekat Cameron Highlands je la. sama je rasa dia.
Tempat: Bird Nest + Olympics StadiumMasa: 5:30 petangSuhu: 0 degree C
ini dari jauh dah boleh nampak. kalau waktu malam, Bird Nest tu berwarna biru. Olympics Stadium pula berwarna merah. memang besar. tapi kami tak boleh masuk pula. alahai. sedih. cuma boleh berlegar dekat kawasan situ sahaja. kawasan dia sebiji macam dekat Dataran Putrajaya tu. cuma masa kami duk lalu-lalu tu kan, tak perasan ada laluan kenderaan juga! ya ALLAH, nasib baik terpandang kiri kanan masa tu. bayangkan jalan dia panjang and luas, tiba-tiba ada laluan kereta. tak ada beza jalan pun. -.-
![Bird Nest Beijing]() |
Bird Nest |
![Bird Nest Beijing]() |
Water Cube |
![Bird Nest Beijing]() |
Jammed teruk gila even waktu malam. |
sekejap je kami dekat dalam lepastu kami melepak dekat kedai kopi luar sahaja. oh, sini ada satu kedai jual barang cenderahati. kalau korang berminat nak beli tshirt Hard Rock Cafe, better beli dekat sini sebab murah berbanding dekat Silk Market! aku beli banyak dekat sini. comel beg dia. beli 5 baru 50 RMB and dapat 1 beg percuma.
sementara menunggu orang lain shopping, kami turut minum hot cocoa. harga dia jangan cakaplah. tutup mata beli okay. sama mahal macam harga kopi Starbucks. sakan betul diorang shopping. sampai ada pakcik ni beli satu bagasi besar. hehe. tak muat dah kot barang lain nak masuk dalam beg bagasi yang awal-awal dibawa ke Beijing. aku pun duk berkira-kira sebenarnya sebab aku cuma bawa beg Deuter and barang yang aku beli dah makin banyak. nasib baik lah muat lagi.
Tempat: Wangasi Muslim Restaurant | Wangasi Musilim FlavorMasa: 8:30 malamSuhu: -1 degree C
okay, let me be honest. sebanyak-banyak tempat makan aku dah pergi dekat Beijing, Wangasi Muslim Restaurant is the best! memang sedap makanan diorang. walaupun masih banyak hidangan sayur, tapi semua sedap. siap pergi dua kali dekat sini.
aku tak sempat nak ambil gambar sebab dah memang lapar sangat. antara makanan dia adalah ikan, nugget, kuih yam, ayam dan macam-macam lagi. harga dia aku tak tahu. sebab ni pergi dengan pakej. hehe. sorry.
then, kami pun beransur pulang ke hotel. esok shopping time! nanti aku share makanan apa best beli. and macam mana tawar menawar di sana and all that. tunggu! :D