assalamualaikum and hello lads! apa cerita semua? ada kena Thursday Blues ke? hehehe. nak tahu tak? hari Isnin haritu memang blues lah. macam-macam benda pula nak jadi. jalan jammed teruk. shuttle ramai orang. bas tak nak berhenti bila lambai suruh berhenti. ah, geram sangat! rupanya bila cerita dekat member, diorang pun kena benda sama. alahai. maybe it was just a bad day for everyone. mungkin ada hikmahnya. tak apalah nak buat macam mana. benda dah jadi. hmm..
Kami Tidak Sehaluan
and ini terjadi pula satu cerita. hehehe. kebetulan masa tu tengah masak dengan ummi aku, ummi ajak aku pergi buat umrah sama. aku tanya bila, ummi jawab bulan 3. noooo, aku pergi travel tempat lain masa tu. sedihnya tak dapat tunai umrah sama dengan ummi ayah and adik. kebetulan memang masa yang sama pula tu. takkanlah nak suruh tunda. benda baik kan. jangan ditunda-tunda. aku pun dah bayar flight rumah semua. so, tak dapat nak buat apa. nampaknya aku hantar ummi naik flight, then aku pula naik flight ke negara lain. sobs....
dulu dapat peluang pergi dengan keluarga makcik and nenek. kalini nenek pula bawa parents aku. since adik kecil aku, Irfan je tak dapat pergi lagi. adik 2nd aku pun dah sedih tu. hehe. tapi duit tak ada. so, tak apalah. maybe next time. :')
bagi siapa-siapa yang belum pernah ke sana, boleh baca entry aku di Page Travel Overseas. subhanallah. memang indah tak terkata bila dapat tunai umrah. dapat tengok Kaabah depan mata. diduga dengan macam-macam tapi reward yang ALLAH beri tu lagi hebat tak disangka. and doa sahaja banyak-banyak. doa itu senjata orang beriman kan. ini pun macam sekelip mata je dapat peluang. destinasi pertama adalah di bumi suci ini. dan sebab tu jugalah yang membuatkan aku decide untuk travel satu dunia. okay, aku baru sahaja nak mula. memang jealous tengok orang lain dah merata. tak apa. haule haule. haha. slow slow. tak ke mana pun negara tu. duit je berbeza. -.-
aku harap semoga semuanya berjalan dengan lancar. untuk ummi ayah adik, pakcik makcik, nenek semua di sana. aku harap perjalanan kami ke negara tu pun berjalan dengan sempurna. mudah-mudahan. doakan kami ye. first time aku nak cuba backpack travel ni. hahahahaha. mari kita try dapat ke tak buat travel dalam duit yang serba sedikit tu.