Quantcast
Channel: The Minimalist Traveler
Viewing all articles
Browse latest Browse all 451

Berkahwin dengan Orang Putrajaya

$
0
0

Kahwin Awal

1:21 a.m
rumah
penat. baru balik dari Banting

assalamualaikum and hello lads!

http://s3.favim.com/orig/46/engaged-engagement-jewelery-love-marriage-Favim.com-426959.jpg

apa khabar semua? :)  dah dua hari tak update. eh ye ke? ini pun schedule. sebab esok a.k.a harini aku akan mula busy. aku balik Uniten! woohoo. bajet suka. haha. padahal malasnya nak balik..zzz

ingat tak aku pernah cerita, masa awal-awal dulu bila orang cerita pasal kahwin, rasa nak tergelak je. dah kenapa korang bercerita pasal kahwin? korang semua baru je masuk form 4. then, apa yang aku sindir tu jadi dekat diri sendiri. bergosip dengan kawan-kawan pasal kahwin. haha.

http://www.girlsfav.com/images/beautiful-engagement-images-for-tumblr-2-8fd70.jpg
credit to google.com

tapi cerita hanya sekadar cerita. mula-mula tu rasa biasa je. lama-lama bila ramai kawan nak kahwin and sudah pun berumah tangga dan memiliki seorang cahaya mata, rasa macam alamak, dekatnya dah masa ni. kawan-kawan kau semua dah nak kahwin, kau ni sampai sudah single. ahaha.

bila dapat kad jemputan kahwin dari jiran or kawan-kawan kepada ummi and ayah aku, tak adalah rasa apapun. just datang kenduri then makan. tapi bila sahabat sendiri yang menjemput kita datang ke majlis mereka, masa tu mula lah hati kecil beremosi macam-macam.

maaf, aku tak berniat nak buat sesiapa yang berada di atas umurku dan masih belum berkahwin terasa. seriously, i'm so so sorry kalau ada yang kecil hati dengan statement aku ni memandangkan aku baru berusia 23 tahun which is still young untuk certain people.

tension kan bila orang terdekat yang kahwin ni, kita pun jadi mangsa. hahaha. sampaikan soalan pun dah advance.

"kaklong, nanti carilah suami dekat-dekat sikit. orang Putrajaya ke. senang."

aku dah tak tahu pula nak bereaksi macam mana. macam senang pula nak cari. hahaha. kalau dulu soalan boleh dibalas dengan senyuman sahaja.

"lepas ni kaklong pula kahwin. takkan tak ada 'kawan lelaki' kot?"

alamak. kawan memang ada. 'kawan' tu tak ada. hahahahahaha.

apapun, aku ucapkan tahniah pada Zulfadli dan Syazwan kerana sudah selamat beroleh cahaya mata sulung mereka masing-masing. alhamdulillah :)

credit to stforum.spacetoon.com

dan aku ucapkan tahniah pada Fauzan, Atiqah, dan sahabat MRSMKB yang lain yang sudah pun berumah tangga. :)

aku ucapkan tahniah in advance kepada Eti (kawan gila-gila aku) dan juga Izzah (kawan sekampung + kawan MRSM) for your engagement. semoga pertunangan tersebut akan bersambung dengan majlis perkahwinan yang diredhai oleh ALLAH. aamiin :)

tu je nak cerita. adios~
 
post signature

Viewing all articles
Browse latest Browse all 451

Trending Articles